Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

COVID-19: Vaksin bukan 'tiket' kembali jalani hidup seperti biasa - Dr Noor Hisham

20-2-2021 01:20 AM Komen: 7



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan keadaan selepas berakhirnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih tidak berubah terutama berkaitan aspek pencegahan.

Jelas Dr Noor Hisham, masyarakat sebaliknya tiada pilihan selain perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan membiasakan diri dengan situasi norma baharu ini.

Untuk lebih jelas, ketika anda menyelesaikan vaksinasi, misalnya awal tahun depan 2022, kami menjangkakan untuk menyelesaikan vaksinasi untuk 70 peratus penduduk pada suku pertama 2022.

Pada masa ini, kita tidak boleh menganggap vaksinasi COVID-19 sebagai pasport imuniti.

"Dengan lebih ramai orang yang akan diberi vaksin, keadaan akan berubah dalam jangka waktu tertentu. Ia akan berkembang.

"Tetapi kami akan terus menilai tindak balas terhadap program imunisasi dalam beberapa bulan ke depan.

"Akan tiba masanya kita dapat mempertimbangkan untuk meringankan langkah pencegahan COVID-19 kita, tetapi tidak pada saat ini.

"Jadi, kita tidak akan punya pilihan selain terus mematuhi norma baru atau prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, jelasnya.

Namun tambah beliau, buat masa ini, rakyat Malaysia perlu meneruskan hidup bersama virus ini dengan meneruskan amalan memakai pelitup muka dan 3C dan 3W.

3C merujuk kepada jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

3W merujuk kepada kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Malaysia bakal memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula Ahad (21 Februari) sebaik bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech tiba.


Sumber ; Astro Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AniSani 21-2-2021 08:17 PM
dah x ada jaminan , kenapa nak paksa cocok vaksin pulak ?


giler ke hape????

Lain-lain Komen

Quote pyropura 19-2-2021 02:42 AM
Ni nak nyakat puak anti vaksin ke ape? Ke memang vaksin ni memang tak guna
Quote Lagubestbest 19-2-2021 05:20 AM
vaksin tak mati kalau antibodi tak bunuh. boleh je rilek2 kat lubang hidung, atas lidah.. cakap bersembur kena muka kawan. Alkisahnya pula kawan tu belum vaksin, boleh je lepas seminggu sesak nafas masuk ICU.
Quote CARI-HBZ 20-2-2021 01:20 AM







KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan keadaan selepas berakhirnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih tidak berubah terutama berkaitan aspek pencegahan.


Jelas Dr Noor Hisham, masyarakat sebaliknya tiada pilihan selain perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan membiasakan diri dengan situasi norma baharu ini.


Untuk lebih jelas, ketika anda menyelesaikan vaksinasi, misalnya awal tahun depan 2022, kami menjangkakan untuk menyelesaikan vaksinasi untuk 70 peratus penduduk pada suku pertama 2022.


Pada masa ini, kita tidak boleh menganggap vaksinasi COVID-19 sebagai pasport imuniti.


"Dengan lebih ramai orang yang akan diberi vaksin, keadaan akan berubah dalam jangka waktu tertentu. Ia akan berkembang.


"Tetapi kami akan terus menilai tindak balas terhadap program imunisasi dalam beberapa bulan ke depan.


"Akan tiba masanya kita dapat mempertimbangkan untuk meringankan langkah pencegahan COVID-19 kita, tetapi tidak pada saat ini.


"Jadi, kita tidak akan punya pilihan selain terus mematuhi norma baru atau prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, jelasnya.


Namun tambah beliau, buat masa ini, rakyat Malaysia perlu meneruskan hidup bersama virus ini dengan meneruskan amalan memakai pelitup muka dan 3C dan 3W.


3C merujuk kepada jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).


3W merujuk kepada kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


Malaysia bakal memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula Ahad (21 Februari) sebaik bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech tiba.




Sumber ; Astro Awani
Quote AbukRokok 20-2-2021 10:37 AM
ohh gitu....
jadi saya xmau terlibat
dan kekal dengan normah lahama
Quote Jemahjemah 21-2-2021 07:17 PM
Tu la. Rsnya nak back to normal life tu entah bila la ye{:cryrun
Quote putericahaya999 21-2-2021 08:16 PM
Lambat lagi keeeee
Quote AniSani 21-2-2021 08:17 PM
dah x ada jaminan , kenapa nak paksa cocok vaksin pulak ?


giler ke hape????

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top