Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Saya Takkan Benarkan Diri Dibuli Muhyiddin" - Puad

19-2-2021 02:25 PM Komen: 6
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Puad Zarkashi akan terus mempertahankan dirinya dalam kes saman fitnah oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Puad mengakui telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Muhyiddin dan bersedia untuk ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu lagi, tindakan saman Muhyiddin juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya," katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah menerusi hantaran di Facebook.

Puad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembali dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

Terdahulu, Puad menepis dakwaan Muhyiddin selain memaklumkan bahawa dirinya hanya melontarkan soalan terhadap isu tersebut.



Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu 'kepentingan awam' yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah 'kuarantin' tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak, katanya lagi.


Sumber: ProjekMM

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Rogue98 23-2-2021 11:00 AM
Banyak masa ye Abahcow nak saman2 orang ni. Dalam sibuk corvid, negara and nica geee..Kau sedap2 pi bawak tour kau berpuluh ratus orang pi negara yg banyak kes corvid yg tak record ada hati nak saman....puiiiii.

Lain-lain Komen

Quote Belibis 19-2-2021 02:48 PM
Ni pun kategori elipen figt elipen jugak ke?
Quote hatikudus 19-2-2021 03:22 PM
Bagus juga ada yg berani camni...akupun tak setuju cluster kayangan menteri kuarantin 3 hari. Pasni semua menteri kena cucuk vaksin mendahului rakyat, kot ada effect biar menteri hadap dulu. Nak special sgt kan......
Quote dodolgemok 19-2-2021 03:26 PM
Besnya tgok mereka bergaduh, kerajaan barokah diiktiraf mopeti nan satu itteww kan
Quote Orennn 19-2-2021 03:38 PM
Elok jugak dlm kerajaan ada dua team, barulah dorg nak suarakan benda2 tak betul musuh dorg buat. Klu tak semua pakat2 totop lobang puak sendiri. First time lah ada pennbangkang dlm kjaan yg boleh suarakan benda tak hetul, mmg elok sgt!
Quote laksmanabentan 19-2-2021 03:55 PM
hahahaha... diam la ko puad...
Quote Rogue98 23-2-2021 11:00 AM
Banyak masa ye Abahcow nak saman2 orang ni. Dalam sibuk corvid, negara and nica geee..Kau sedap2 pi bawak tour kau berpuluh ratus orang pi negara yg banyak kes corvid yg tak record ada hati nak saman....puiiiii.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top