Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dipenjara Umur 15 Tahun, Bebas Di Usia 83 Tahun- Lelaki Terkejut 'Beruk' Tengok Bangunan Tinggi

19-2-2021 01:27 PM Komen: 2
Philadelphia: Seorang lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat yang sebelum ini dihukum sepanjang hayat atas kesalahan membunuh akhirnya dibebaskan pada usia 83 tahun.

Joseph Ligon sebelum ini menjalani hukuman penjara sebagai pesalah juvana ketika berusia 15 tahun.

Hukuman itu menjadikannya antara banduan tertua di penjara berkenaan.

Dia yang dibebaskan, baru-baru ini dilaporkan terkejut apabila melihat bangunan pencakar langit selepas terkurung selama 68 tahun di sebalik tirai besi.


Lelaki itu dihukum penjara atas kesalahan membunuh selepas terbabit dalam kes rompakan dan serangan di sini.

Dalam kejadian itu, dua lelaki meninggal dunia manakala enam lagi cedera kerana ditikam.

Dia mengaku salah terbabit dalam kejadian rompakan dan serangan, tetapi menafikan membunuh mana-mana mangsa.

Dia kemudian menjalani hukuman itu sejak 1953.

Pada 2016, Mahkamah Agung AS mengurangkan hukuman penjaranya kepada 35 tahun.

Ia selepas mahkamah memutuskan hukuman sepanjang hayat untuk pesalah muda adalah kejam dan luar biasa.

Bagaimanapun, Ligon menolak untuk dibebaskan dengan syarat parol kerana mahu dibebaskan dengan erti kata sebenar tanpa perlu menjalani pengawasan lanjut.

Selepas 68 tahun dipenjara, dia menjadi pesalah juvana tertua di negara itu selepas dibebaskan dari penjara di Phoenix.

Ligon ternyata terkejut dengan perubahan pembangunan di sekelilingnya yang begitu berbeza ketika melangkah masuk ke penjara.

"Saya memandang bangunan tinggi yang sebelum ini tidak wujud. Ini sesuatu yang baru," katanya.

Sebelum dibebaskan, lelaki terbabit melakukan latihan peralihan bagi memudahkannya menjalani kehidupan selepas dibebaskan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 21-2-2021 01:14 PM
Lagi kesian dekat 2 orang mangsa rompakan yg terbunuh serta keluarga mereka
Dia walau dah tua kerepot dapat lagi tengok dunia. hirup udara & makan tanggung ber*k cangkung selama 68 tahun dipenjara
Bila tau pasal pandemik covid yg sedang mengganas, mungkin dia kesal & nak masuk penjara balik
Dan tak mustahil jika dia akan dijangkiti & menemui ajal akibat c19

Lain-lain Komen

Quote kakakpositifker 21-2-2021 11:51 AM
Kesiannya dia. Hm
Quote MarryPottet 21-2-2021 01:14 PM
Lagi kesian dekat 2 orang mangsa rompakan yg terbunuh serta keluarga mereka
Dia walau dah tua kerepot dapat lagi tengok dunia. hirup udara & makan tanggung ber*k cangkung selama 68 tahun dipenjara
Bila tau pasal pandemik covid yg sedang mengganas, mungkin dia kesal & nak masuk penjara balik
Dan tak mustahil jika dia akan dijangkiti & menemui ajal akibat c19

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top