Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Perjudian bukannya satu ‘essential services’" PAS taruh harapan, kerajaan timbang kebenaran operasi judi

19-2-2021 04:49 AM Komen: 5


Pemimpin PAS melontarkan harapan agar kerajaan persekutuan membuat pertinbangan semula berhubung kebenaran operasi operator perjuadian berlesen.

Anggota Parlimen Pasri Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata walaupun sektor itu mengutip hasil cukai yang tinggi, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan semula aktiviti ini dilaksanakan.

“Apatah lagi jika dibincangkan dari sudut keperluan dan keutamaan, aktiviti perjudian bukannya satu ‘essential services’ yang perlu disegerakan perkhidmatannya.

“Dalam situasi rakyat sedang tertekan akibat wabak pandemik Covid-19 ini, membenarkan aktiviti perjudian hanya akan menambah parah ke atas luka rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

erdahulu Malaysiakini pada 16 Feb lalu melaporkan syarikat pengendali kasino, Resort World Genting (Resort World), serta syarikat nombor ramalan hari ini mengumumkan mereka kembali operasi selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Pengumuman itu dibuat Resort World bersama syarikat Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial serta laman sesawang masing-masing.


Untuk rekod melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula 13 Jan lalu syarikat terbabit tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.

Sementara itu Ahmad Fadhli berkata, dia turut menghantar nota kepada menteri kewangan untuk membuat penilaian semula dan yakin, adanya ruang untuk kerajaan mempertimbangkan semula perkara itu.

“Ia dibimbangi hanya akan mencetuskan masalah sosial yang lain dan tidak berbaloi dengan cukai yang berjaya dikutip oleh kerajaan nanti.

“Sudah tentu jika dilihat di dalam Islam sekalipun, ia merupakan dosa besar yang dibenci bahkan dalam semua agama-agama utama di dunia juga, judi dianggap perbuatan yang tidak bermoral,” katanya.

Tambah timbalan Pemuda PAS itu, berdasarkan semakannya keseluruhan cukai judi yang dikutip oleh kerajaan agak lumayan yang mana pada tahun 2019 (sehingga September), kerajaan mengutip cukai sebanyak RM2.72 billion, manakala tahun 2018 sebanyak RM2.018 billion daripada aktiviti perjudian. 


Sumber : MK

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 03:53 PM
Lobai dengan rokok yang haram pun jadi halal

Lain-lain Komen

Quote Orix 19-2-2021 07:12 AM
Halah halah... menyibuk dgan judi yg xde kacau kau pun.. ramai lg ummah isele yg merokok, dah la mencemarkan udara, membahayakan kesihatan org lain n membazir duit takde plak lobai ni nk suh kerajaan ni harom kan ?? Ke lobai pun sama merokok ?? Gigi pun kemain karat... Ohhhhhhhh dlm koran dlm hadis xde kata rokok ni haromm ye dokk ? Ptut la penagih dadah kt Kelate pun mendonia sbb lobai ikut logik lobai babi arak judi jah haromm...
Quote dodolgemok 19-2-2021 07:53 AM
Aik, xkan dh jadi kerajaan pon setakat sembang pumpang dlm media jah? Menteri undang2 tu menteri lobai, duta khas timur tengah tu lobai jua, apa nak jadi dengan kerajaan barokah melayu isle ni?
Quote LadyCarefree 19-2-2021 08:28 AM
Baguslah casino buka. Kot nanti ada cluster casino melibatkan apa meleis racist panggil chingchong leluhur sepet bagai tu semua mampos kan?
Quote tripleid 19-2-2021 03:50 PM
[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1810329792478863/?type=3&source=54[/fbp]

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1838119036366605/?type=3&source=54[/fbp]

Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 03:53 PM
Lobai dengan rokok yang haram pun jadi halal

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top