Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Zul Yahya sebak kongsi pengalaman pernah bergelumang dengan "sugar baby", ini nasihat beliau

19-2-2021 05:16 AM| Komen: 88



Pelakon Zul Yahya pernah popular satu masa dulu kerana lakonannya yang bersahaja berjaya mencuit hati ramai penonton. Zul lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan pernah muncul dalam beberapa filem seperti Pepaya, MX3 dan Brainscan.

Terpanggil untuk menegur tentang isu sugar baby yang menjadi topik panas di negara kita sejak kebelakangan ini, atas dasar keperihatinan, Zul berkongsi pengalamannya ketika berada di "lorong gelap" semasa bekerja sebagai pelayan bar suatu ketika dulu.

Tidak mahu lagi terus mengunci mulutnya, Zul Yahya menceritakan pengalaman itu sebagai menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama selain menggesa rakyat negara ini menghalang kemungkaran yang berlaku dalam kalangan orang Islam.

"Amat menakutkan sekarang sebab dah banyak anak gadis yang terjebak menjadi baby sugar dalam kalangan siswi khususnya.

"Benda dah lama berlaku tapi hari ni makin teruk. Dan kita takut, tutup mulut tapi sampai bila? Bukan masanya untuk kita zip mulut, sembunyikan dan biarkan kemungkaran terselindung kerana bacul.

"Wahai orang ada jawatan dan berkedudukan, berapa ramai anak kampung masuk belajar di universiti tapi esok rosak dengan maksiat? Siapa galakkan" katanya.

Menurut Zul, gejala baby sugar atau sugar baby ini sering dikaitkan dengan penuntut universiti beragama Islam yang mementingkan hal-hal duniawi.

"Baby sugar ni dalam bahasa kasar tanak, sebut tapi dalam bahasa halusnya orang panggil anak gula atau call girl. Senang, saya cakap pelacuran. Bangsa Melayu, agama Islam.

"Ditambah dengan zaman gajet dan manusia hari ni pentingkan hal duniawi yang berlebihan namun siapa yang jadi pembeli? Siapa galakkan? Tu yang buatkan gejala ini semakin berkembang," katanya.

Menceritakan kisahnya, pelakon terkenal era 1990-an itu mendedahkan, sebelum menceburkan diri dalam bidang seni dia pernah menjadi pelayan bar (bar tender) di kelab-kelab malam.

Dan dari situlah kata Zul dia bergelumang dengan kehidupannya bersama sugar baby.

"Wallahi, dulu saya hidup dalam zaman gelap. Alhamdulillah Allah SWT tak matikan saya dalam gelap. Bukan saya nak buka aib, masa tu saya tak fikirkan agama, tak fikir padang Mahsyar, kerja hanya untuk keperluan hidup.

"Saya pernah duduk dengan call girl, pernah bersembang dengan mereka, pernah bersama mereka dan pernah hidup dengan mereka,"katanya.

Pada masa sama, Zul, 47, juga mendedahkan sikap "munafik" segelintir pihak yang sepatutnya mencegah gejala tersebut namun sebaliknya mereka sendiri melakukan kemungkaran.

"Tu sebab saya tak hormat pada ahli politik, tak hormat pada VIP. Saya tengok berlaku depan mata. Saya bukan nak salahkan satu jabatan atau satu kementerian.

"Tapi ni melibatkan GRO. Sewaktu saya kerja kelab malam di Jalan Raja Chulan, sepatutnya orang yang datang tu cegah maksiat dan kemungkaran, tapi dia boleh pula jadi tetamu dan berkaraoke dengan GRO tu," katanya.

Kata Zul lagi, sememangnya negara ini banyak mendirikan masjid, namun usaha menghidupkan agama di sekelilingnya masih belum mencukupi.

"Kenapa Allah susahkan kita untuk datang dan mengimarahkan masjid? Berapa banyak masjid dalam Malaysia macam cendawan tumbuh. Namun ia hanya bangunan, tak hidup agama dan dakwah di sekelilingnya," katanya.




Perkongsian dan teguran Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili bin Yahaya, 46, dalam video berdurasi 37 minit itu mendapat pelbagai reaksi dari penonton. Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon itu dan mendoakan agar kemungkaran yang sedang berlaku dapat dibendung bersama-sama.  - CARI









Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 87
Komen

Previous : Hun Haqeem Dan Wanna Ali Ni Berlakon Ke Bercinta Betul-Betul?

Next       : Semua Kerja Tertangguh, Eyra Hazali Habiskan Masa Layan Suami Dan Anak Di Rumah

Komen Terbaru

Quote Cahya669 24-2-2021 06:19 PM
salimrock replied at 23-2-2021 12:01 PM
ni pendapat aku la,



Ok...kalau dia jenis ambil ganja everyday sama jelah mcm ambil dadah kan..

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 19-2-2021 08:42 AM
Shadap ler zul oiiii poyo suka mencapub kalau ada isu panas mcam gud gud je
Quote msamyrazi 19-2-2021 09:15 AM
zul yahya sejak jadi ustaz jadi -jadian nie kan , i nampak dia cam busuk lah. dengan rambut panjang , dengan janggut serabai .
Quote mrsbale 19-2-2021 09:23 AM
Gaya mcm dah xnak dunia glamour/hiburan. Tp masih nak ehhhh pkcik zul. Ngaku je lah suka org ckp psl u. Masih nk jg perhatian dlm dunia ‘lagha’ eh walopon dah berniqab. Eh tersasul plak. Berkopiah bjanggut berpost islamik
Quote aijinmisaki 19-2-2021 09:27 AM
Diam lah si janggut putih ni. Kau ingat orang akan puji kau bila dah acah2 gud? Padahal lagi banyak kecaman sebab orang MENYAMPAH. sape2 please invite dia kat sini. Biar dia baca! Kat fb boleh la dapat banyak pujian kat situ semua pprt penjilat je banyak
Quote sleepandream 19-2-2021 09:51 AM
bagusla kalau dah bertobat..
heols nampak sgt tua walaupun baru 47..
Quote remotechiever 19-2-2021 09:54 AM
msamyrazi replied at 19-2-2021 09:15 AM
zul yahya sejak jadi ustaz jadi -jadian nie kan , i nampak dia cam busuk lah. dengan rambut panjang  ...

Totally busuk. Janggut dia itu paling geli tengok haha. Try compared dengan janggut ebitlew. Kemas je.
Quote salimrock 19-2-2021 09:54 AM
LadyCarefree replied at 19-2-2021 08:42 AM
Shadap ler zul oiiii poyo suka mencapub kalau ada isu panas mcam gud gud je

kena la menonjol kan diri, mana la tau ada producer nak offer job berlakon balik...

producer: drpd aku amik kau, baik aku amik pelakon baru...  boleh tarik penonton dan mgkn boleh cas mur mur....
Quote Normabaru 19-2-2021 09:54 AM
Pada kaka nak cerita pon xperlu sampai buka aib sendiri.. Allah dh tutup kemas da.. P buka blk siap kata bukan nk sebar aib.. Tp mmg itula pon ko buat

Haih

Dlm islam ada caranya nk cerita utk pengajaran.. Admission doesnt validates ur repentance
Quote Normabaru 19-2-2021 09:55 AM
Pada kaka nak cerita pon xperlu sampai buka aib sendiri.. Allah dh tutup kemas da.. P buka blk siap kata bukan nk sebar aib.. Tp mmg itula pon ko buat

Haih

Dlm islam ada caranya nk cerita utk pengajaran.. Admission doesnt validates ur repentance
Quote salimrock 19-2-2021 09:56 AM
apa hukum isap ganja cik zul?

ke dah insaf bila tahu ganja .bal itu khayal dan harom...




nak lagi ke berlakon gerak khas watak lelaki lembut?


Quote She-Ra 19-2-2021 10:01 AM
dulu follow dia, tapi sekarang tidak lagi selepas tgk dia ni ibarat ustaz jadian melebih drpd mufti alim ulamak  bila berkata-kata... emosi lebih drpd akal waras bila bercakap atau menulis.. serem je

bila artis berhijrah... hmmmm
Quote monreyes 19-2-2021 10:03 AM
bagi nasihat sudah lah...
x perlu buka kisah lama...
Quote bulalof 19-2-2021 10:08 AM
kunun hebat la ada pengalaman camtu. semua nak citer sebab lapar likes and comments.
Quote JalaEmas 19-2-2021 10:13 AM
Normabaru replied at 19-2-2021 09:54 AM
Pada kaka nak cerita pon xperlu sampai buka aib sendiri.. Allah dh tutup kemas da.. P buka blk siap  ...

betul tu kaka..adik setuju. . bukan nak bukak aib..tapi cerita jgk aib tu.. ermm.. camne tu.. adik is tak faham
Quote Carcosa 19-2-2021 11:08 AM
DIAMLAAAAAAH. semak lah kau ni. Mencaaaapub je keje ko. You are not in any position to comment ok. Kau bukannya kayaraya pun, penah langgan sugarbaby tu. Diam sudah.
Quote pearl.silver 19-2-2021 11:13 AM
Aiyoo.. Tiba2 satu malaysia tau aib ko..
Quote arffa 19-2-2021 11:42 AM
Aku perasan kalau yang jenis dulu wild lepas tu berhijrah sokmo nak tunjuk dia lah terpaling baik dengan throwback kisah silam konon sebagai pedoman, tapi yang sedia baik ni tak pernah pula tunjuk baik dan alim sebab memang dah sedia alim kan.
Quote haruslah 19-2-2021 11:48 AM

"Tu sebab saya tak hormat pada ahli politik, tak hormat pada VIP. Saya tengok berlaku depan mata. Saya bukan nak salahkan satu jabatan atau satu kementerian.


Yerr lahhhh....
Quote husna_amal 19-2-2021 12:28 PM
Bila dia ceritakan kisah jahil yang lalu tak sangka macam tu sekali. Dulu2 tengok macam ok dan clean je dia ni.

Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top