Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Penduduk Kampung Jadi 'Jutawan Segera', Ramai Sibuk Beli Kereta"

18-2-2021 03:46 PM Komen: 67
Penduduk kampung Sumurgeneng bergelar jutawan segera selepas memperoleh wang pampasan tanah yang dibeli oleh syarikat minyak di Jawa Timur, Indonesia.

Dianggarkan 225 pemilik bersetuju tanah mereka dijual dengan setiap seorang menerima Rp8 juta dan lokasi itu bakal dibangunkan sebuah kilang pemprosesan minyak, lapor Detik News pada Khamis.



Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto, mengesahkan perkara itu.

"Benar, penduduk kampung menjadi 'jutawan segera'. Ramai sibuk membeli kereta. Sebanyak 176 kereta baharu telah dihantar ke kampung ini dan selebihnya masih dalam proses dokumen," katanya.

Menurutnya, pembelian kereta secara berkelompok menjadikan kampung itu tular di laman sosial.

"Apabila penghantaran sebanyak 17 kereta secara serentak di kampung ini, ia menjadi bualan hangat netizen dan tular di laman sosial.

"Kami tidak menyangka perkara ini mendapat perhatian ramai pihak," katanya yang bersyukur kehidupan penduduk lebih baik terutama dalam tempoh pandemik Covid-19.

Seorang penduduk dikenali sebagai Tain, 38 berkata, tanah itu dijual sebelum Covid-19 melanda negaranya.

"Ya, tanah dijual sebelum Covid-19 tetapi proses pembayaran agak lewat kerana negara dilanda wabak ini jadi semua urusan tergendala.

"Tetapi kini, semuanya sudah selesai dan wang pampasan sudah dibayar," katanya.

Seorang lagi penerima, Siti Nurul Hidayatin bersyukur kerana kehidupannya jauh lebih baik terutama ketika menghadapi pandemik Covid-19.

"Kami juga bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh ALLAH. Kampung ini sudah menjadi kampung jutawan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
0
0
Komen: 67
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 21-2-2021 07:28 AM
toxicated replied at 18-2-2021 05:27 PM
Dah mcm geng felda sendayan kan

kakyung teringat masa org sendayan tengah mendoniaaa dapat duit pampasan nak buat KLIA tu...berebut2 buat rumah lawa,beli kereta mewah...siap punya laa tak tau nak manfaatkan duit tu siap ade upacara bakar duit kat majlis kawen...sekarang melahu laaa masing2 sebab duit pon dah habis...

Lain-lain Komen

Quote mamajawie 18-2-2021 04:10 PM
siyes la 8juta rupiah baru rm2306 je kalu cnvert..ni buat duit muka beli kereta bleh la..lain la dpat 800juta rupiah sdap skit la kot duit banyak..
Quote LadyCarefree 18-2-2021 04:14 PM
Kesian bila tiada pengetahuan urusan kewangan dan ada pihak ambil kesempatan.
Quote Skuau 18-2-2021 04:17 PM
Dapat 8 Juta...kaya indon ni....xpyh nk fikir pi Msia....gaji kat Msia ni pon dpt ribu2 jer.....
Quote c===8 18-2-2021 04:23 PM
sama la macam kes peneroka kat sini bila tanah dibeli, anak2 laju je abiskan duit beli moto beso, keta beso.las2 mak ayah miskin balik
Quote Artemesiaa 18-2-2021 04:28 PM
Kalau mereka beli kereta untuk jadi supir ok jugak boleh jana pendapatan tapi kalau beli untuk joli tak lamalah kayanya
Quote damsel_fiji 18-2-2021 04:31 PM
Banyak sgt ke 8 juta? Ke 800 juta ko dapat tu?
Quote renko 18-2-2021 04:37 PM
jutawan ke dpt 8juta rupiah?
Quote Punat_button 18-2-2021 04:40 PM
Bukan sorang dua youtuber indon kemain jakun tengok rumah di Malaysia ada 2-3 biji kereta.

Quote Boomibulat 18-2-2021 04:44 PM
mamajawie replied at 18-2-2021 04:10 PM
siyes la 8juta rupiah baru rm2306 je kalu cnvert..ni buat duit muka beli kereta bleh la..lain la dpa ...

Kalau ikut Metro..
Menurutnya, rata-rata penduduk mendapat pampasan sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) malah ada penduduk memperoleh 26 bilion rupiah (RM7.5 juta) selepas menjual empat hektar tanah mereka.


Quote mamajawie 18-2-2021 04:46 PM
Boomibulat replied at 18-2-2021 04:44 PM
Kalau ikut Metro..
Menurutnya, rata-rata penduduk mendapat pampasan sekitar 8 bilion rupiah (RM2. ...

kalu hat ni aku percaya..tapi membazir la plak g beli kereta patutnya cari la harta lain ke tanah lain buat gantikan tanah tu..

Quote Boomibulat 18-2-2021 04:48 PM
mamajawie replied at 18-2-2021 04:46 PM
kalu hat ni aku percaya..tapi membazir la plak g beli kereta patutnya cari la harta lain ke tanah  ...

Kalau jota2 takkan abis semua duit beli kete..klu dlm berita full ada ckp diorang ada buat rumah,beli tanah gak..
Quote Abot 18-2-2021 04:54 PM
Kite g bercuti pun bawk juta2 {:run
Quote downiey 18-2-2021 04:55 PM
Boomibulat replied at 18-2-2021 04:44 PM
Kalau ikut Metro..
Menurutnya, rata-rata penduduk mendapat pampasan sekitar 8 bilion rupiah (RM2. ...

wahhh byk nye
Quote jfq 18-2-2021 04:57 PM
Takkan 8juta kot ada tertinggal zero tu
Quote Boomibulat 18-2-2021 04:57 PM

Kat Msia pun susah nak dpt pampasan sebanyak tu..
Quote mamajawie 18-2-2021 05:01 PM
Boomibulat replied at 18-2-2021 04:57 PM
Kat Msia pun susah nak dpt pampasan sebanyak tu..

international company kot yg bagi pampasan tu..kat sini dpat pampasan tah2 ada layer2 cm kontrak ke sub con sume tu..kot la..

Quote shida81 18-2-2021 05:01 PM
jgn beli je tp x bawa.....
Quote Boomibulat 18-2-2021 05:22 PM
mamajawie replied at 18-2-2021 05:01 PM
international company kot yg bagi pampasan tu..kat sini dpat pampasan tah2 ada layer2 cm kontrak k ...

Menurutnya, ramai penduduk membeli kereta baharu sebaik menerima wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang Pertamina dan Rosneft iaitu syarikat dari Rusia.

Quote toxicated 18-2-2021 05:27 PM
Dah mcm geng felda sendayan kan

Lihat semua komen(67)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top