Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

5 Perkara Kita Anggap Pelik, Tapi Sebenarnya Normal Di Negara Lain!

18-2-2021 11:47 AM| Komen: 2

Setiap negara di dunia ini mempunyai tradisi dan kepercayaan tersendiri yang membezakan mereka dengan orang lain.

Sejajar dengan kemajuan dunia, tamadun manusia juga turut berubah dan kita turut berkongsi pelbagai persamaan terutamanya dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang masih diamalkan dan ia mungkin kedengaran pelik bagi kita tetapi ia adalah kebiasaan buat mereka.


1. Undi atau denda!


Kredit foto: mstar

Ada segelintir yang menganggap menyelesaikan masalah negara itu adalah tanggungjawab individu tertentu - tanggapan itu sama sekali tidak benar.

Setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih serta menentukan hala tuju sesebuah negara dan masih ada yang memandang ringan dan enggan keluar mengundi. Paling parah, langsung tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi meskipun sudah layak.

Atas sebab itu, di Australia, sekiranya rakyat tidak keluar mengundi, mereka boleh dikenakan tindakan denda.



2. Gusti dalam persalinan tradisional

Kredit foto: mstar


Wanita di Bolivia memang terkenal gemarkan sukan gusti. Paling menarik, mereka masuk ke gelanggang dengan memakai pakaian tradisional.

Meskipun kelihatan pelik bagi orang lain, tetapi ia adalah senario biasa di negara itu.



3. Kesesakan di Mesir


Kredit foto: mstar

Siapa yang tak tertekan jika ada pemandu yang melanggar peraturan sesuka hati, malah ada yang berani membuli pengguna jalan raya yang lain!

Tetapi, di Mesir ia adalah perkara biasa - malah melanggar lampu merah dan menyebabkan kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa.



4. Motosikal keluarga


Kredit foto:mstar

Sebuah motosikal yang dinaiki oleh tiga orang, pasti kita menganggap ia berbahaya apatah lagi jika ia membawa kanak-kanak di jalan raya yang sibuk.

Tetapi jangan terkejut sekiranya anda melihat sebuah motosikal dibonceng lima orang sekaligus dan ia adalah senario biasa di negara seperti India, Bangladesh dan Pakistan.



5. Umur sekadar angka

Kredit foto: mstar

Di seluruh dunia, usia seseorang manusia dikira mengikut tahun kelahirannya, tetapi berlainan di Korea Selatan.

Apabila seorang bayi dilahirkan, mereka terus berusia setahun pada hari dilahirkan dan umurnya bertambah setahun mengikut kalendar lunar. Contoh pengiraannya;

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 1 (Jika hari jadi sudah berlalu)

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 2 (Sebelum hari jadi) -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Previous : Bersyukurlah jika isteri yang dapat sebulan RM50 tu masih ada disisi kita

Next       : Bayi Baru Lahir Dah Tumbuh Gigi, Ngeri Nak Bagi Menyusu!

Komen Terbaru

Quote Zazama 18-2-2021 01:20 PM
Abis tu, yg diorang dok bela kambing, bela ayam dalam rumah. Rumah flat pulak tu! Masa bila diorang pikul kambing tu agaknya ye? Ini mmg pelik lah!

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 18-2-2021 12:27 PM
Lain negara lain aturannya hormatilah aturan negara masing2
Quote Zazama 18-2-2021 01:20 PM
Abis tu, yg diorang dok bela kambing, bela ayam dalam rumah. Rumah flat pulak tu! Masa bila diorang pikul kambing tu agaknya ye? Ini mmg pelik lah!

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top