Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bangun Nak Tahajud, Cemas Tengok Anjing Kejar Pocong

18-2-2021 08:16 AM Komen: 45
Jakarta: Satu keluarga terkejut dan cemas apabila melihat imej pocong lari lintang-pukang akibat dikejar anjing sekitar jam 2 pagi.

Kejadian yang berlaku di Jeneponto, Sulawesi Selatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik H Karim, 55, jam 2.29 pagi pada 9 Februari lalu.

"Ketika itu, isteri saya bangun untuk solat tahajud. Selesai solat sekitar kira-kira jam 2 pagi, anjing menyalak di depan rumah tanpa henti.

"Kami ada memelihara kucing dan bimbang sekiranya anjing makan kucing kami," katanya seperti dilaporkan Detiknews.

Isterinya yang risau dengan keadaan kucing meminta anaknya memeriksa rakaman CCTV itu.


Kredit foto: Harian Metro

"Ketika anak memeriksa CCTV, kami melihat sosok pocong dikejar anjing," katanya.

Dalam rakaman video yang tular itu, kelihatan seekor anjing berada di depan rumah sebelum mengejar pocong yang melalui seberang jalan di depan rumah itu.

Anjing itu gagal mengejar pocong itu yang kelihatan melompat-lompat dengan cepat.

Secara peribadi, Karim yakin sosok yang dikejar anjing seperti terakam dalam CCTV memang pocong dan bukan orang.

"Yang jelas kalau kita lihat, ini jam 2.30 pagi, tidak mungkin ada yang sengaja memakai pakaian seperti pocong dan jelas anjing mengejarnya," katanya.

Dia juga menjelaskan, lokasi pocong itu berlari memang tidak ada rumah dan berdekatan kubur.

"Di depan rumah memang kebun dan dekat dengan tanah perkuburan keluarga," katanya.

Isteri Karim, Suriati, 53, berkata, ketika kejadian, dia mendengar bunyi salakan anjing di hadapan rumah.

"Anjing mula menyalak depan rumah waktu tahajud, ketika saya baru bangun tidak kedengaran salakan anjing," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
3
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 45
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Supersirap 22-2-2021 01:08 AM
Berani betul anjing tersebut

Lain-lain Komen

Quote espri6006 18-2-2021 08:22 AM
macam hal ...
Quote anisanim 18-2-2021 08:43 AM
Nk tergelak pulak bila hantu reti takut... Haha.. Baik lari kang kena koyak kain... Haha
Quote rain2169 18-2-2021 09:11 AM
aah kannn reti pulak pocong tu takut anjing....
Quote Tinot7 18-2-2021 09:16 AM
Pocong ke?

Quote ninjago 18-2-2021 09:20 AM
x clear la imej tu. camne bole cakap pocong?
Quote Simunggu 18-2-2021 09:20 AM
hahaha..pocong takut anjing....
Quote ultra78 18-2-2021 09:23 AM
Tak nampak apa pun. Mcm tengok video youtube 240p

Quote getarsukma 18-2-2021 09:24 AM
anisanim replied at 18-2-2021 08:43 AM
Nk tergelak pulak bila hantu reti takut... Haha.. Baik lari kang kena koyak kain... Haha

Satu hal pulak nak gi jakel beli kain baru... Raya dah tak lama dah...
Quote akusukaq 18-2-2021 09:25 AM
Cara dia berlari mcm manusia kene kejar je. ke ini pocong jadian
Quote insulin 18-2-2021 09:32 AM
Apasal gambar teruk macam tu? Infrared camera ke ni?
Quote Amandaminaj96 18-2-2021 09:56 AM
Peh seram eh {:nose
Quote Chairman 18-2-2021 10:12 AM
beware of dogs
Quote duri_durians 18-2-2021 10:19 AM
hmmm video tak jelas..
tapi mcm nampak gerakan kaki sedang berlari
Quote luvemedaa 18-2-2021 10:41 AM
Kalau aku bisa cerita pasti kalian ngak percaya
Quote belacan_gurl 18-2-2021 10:53 AM
Hahahahaha nih mst bukan pocong sebenar ni
Quote notM 18-2-2021 10:56 AM
Kamera murah buatan anak Jawa transmigran kahwin Melayu Sumatera.


Haaaaaaaaa
Quote stinger.baik 18-2-2021 10:58 AM
manusia bungkus kot?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote mh17 18-2-2021 11:01 AM
Alah,prompak la bkn pocong.trisna aneh2 btol
Quote Bholatchomel 18-2-2021 11:34 AM
nampak cam lari jer.. pocong jadian ni

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top