Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

“Kasihanilah Diri Sendiri, Semua Bakal Mati” Ustazah Asma Harun ‘Sound’ Penggiat Seni, Minta Henti Program Maksiat

17-2-2021 09:47 AM| Komen: 22

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sekali lagi membuat teguran terbuka kepada golongan artis dan selebriti agar lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Asma mengingatkan para artis supaya tidak menghidangkan persembahan berunsur maksiat, lucah atau yang boleh menjatuhkan maruah.


Kredit foto: mStar

"Mohon duhai semua artis tanah air atas tiket apa pun sama ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan lain-lain. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.

"Hentikan persembahan atau pertandingan berunsur maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah.

"Diharapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib, Persatuan Seniman dan lain-lain turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku," katanya.

Asma membuat teguran tersebut kerana menurutnya dunia hiburan pada ketika ini seakan-akan menormalisasikan maksiat dalam sesuatu persembahan yang dilakukan golongan artis.



"Kemungkaran berlaku secara terangan, dibanggakan, dipromosikan dan diikuti. Bahayanya jika kita dah tak rasa apa-apa, scroll atau dilihat sahaja tanpa rasa.

"Dan apabila ada pihak yang membuat teguran, berlaku situasi pembelaan terhadap pelaku maksiat.

"Lama-lama pelaku semakin berkuasa, pencegah semakin lemah, takut, paling sedih jika berhenti. Kita kuat kerana Allah," katanya.

Tidak bermaksud untuk 'mencerca' pekerjaan golongan artis, sebaliknya Asma mengakui golongan selebriti diperlukan dalam persada seni bagi memenuhi fitrah manusia yang memerlukan hiburan.

Namun dia berharap agar ia tidak dilakukan dengan cara yang boleh melalaikan.

"Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi fitrah insani, namun bukan dengan cara begini.

"Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali," ujarnya lagi.

Dalam entri tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turut dilihat meninggalkan komen di atas kata-kata 'peringatan' yang dikongsikan oleh Asma.


Kredit foto: mStar

"Terima kasih atas ingatan ustazah. Sejujurnya saya terasa sesuatu apabila baca apa yang ustazah tulis sebab saya pernah berada di fasa berbuat salah.

"Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi atas ingatan untuk terus ke jalan kebaikan," tulis Syatilla.

"Terima kasih atas ingatan ustazah," ungkap pelakon Noor Khiriah.

Menerusi laporan mStar terdahulu, Asma melahirkan rasa terkejut apabila menonton video muzik lagu Ayda Jebat berjudul Parah yang dikatakan secara terang-terangan mempamerkan aksi lucah dan memalukan. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 22
Komen

Previous : "Kenapa Perlu Sentap, Nak Saman Silakan," - Ellie Suriati Sedia Disaman Pengarah Filem

Next       : "I'm Sorry Mommy," -Hanis Zalikha Cemas, Putik Bunga Termasuk Dalam Hidung Anak

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-2-2021 08:42 PM
ok je dia tegur tu... ini adalah salah satu contoh kebebasan bersuara...
cuma memang takde sape la nak dengar ustazah nobody macamni punya teguran...

ko hadap je lah dunia ni... pandai2 la survive...

Lain-lain Komen

Quote bulalof 17-2-2021 09:49 AM
penguatkuasa takde ke nak pantau atau amik tindakan?
Quote MadameOnion 17-2-2021 10:03 AM
minah rempit bingit lowclass pun sebok mengomen
Quote MadameOnion 17-2-2021 10:04 AM
minah rempit bingit lowclass pun sebok mengomen
Quote putericahaya999 17-2-2021 10:05 AM
Atas nama seni mana ada limit depa
Quote KIM.K 17-2-2021 10:19 AM
Ustazah ni tak terpaling sangat ke
Quote bungarose 17-2-2021 10:25 AM
Tegur juger golongan2 yang jaja badan meliuk lentuk terkangkang di instagram untuk perangkap jantan2 kaya
Da macam sarang pela@_*!^ laks
Quote stinger.baik 17-2-2021 11:05 AM
takde ke ponen2 homo2 minah2 rosak nk hentam ustazah ni?

cuba kalau ustaz2 komen

dia la dlu menyerbu thread ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote dedek12 17-2-2021 11:31 AM
Tak makan tegur dah depa ni
Quote Hoola 17-2-2021 11:37 AM
Bkn setakat di.tv, di.instagram.pun msg2.dh.mcm.tkdak.maruah.
Org.sekrg.mmg dh tkda.prasaan malu
Tua.ka.muda ka

Rkytmathaen,instafmos pun sama
Quote sleepandream 17-2-2021 11:46 AM
ala ustad ustajah ni pon...
la nih PAS memerintah pon ada je kedai nombor ekor, bukak je kasino genting...
kartel daging import pun takde kena dakwa...
Quote mamajawie 17-2-2021 11:47 AM
MadameOnion replied at 17-2-2021 10:04 AM
minah rempit bingit lowclass pun sebok mengomen

at least dia komen juga la ada kesederan x macam anjubo tu..konon skang kawan ngan si idung faketiya tu konon nk mendalami agama..jangan hanyut 2.0 check in hotel kat MO lagi sudah..

gituuhh iollss bukan karat tillak ni hokeyhh


Quote eyansss 17-2-2021 12:23 PM
ko tegur sekali penonggeng agama la...  ada berani?  orang filem tu terang2 la kita tau jenis dia...  ni jenis tonggeng agama ni paling kena banteras sebab berselindung balik agama...  tu, adikberadik hajah litup heret jantan2 bawak masuk rumah tu, kena tegur sekali...  sebab kang yang lenlain selamba tiru walau konon la bertudung segala...  sebab ingat menda tu normal...
Quote mdhelmi 17-2-2021 12:34 PM
bagusla ada org dah tegur
Quote imatt 17-2-2021 01:19 PM
Ustazah ni tegur pasal something, ade pulak komen kenapa tak tegur pasal ni. Bila ade orang tegur pasal lain, ade pulak lagi komen kenapa tak tegur pasal hal lain jugak. Ko expect sorang ustazah ni nak kene komen pasal segala maksiat yang wujud kat dunia ni dalam sekaligus ke?
Quote YomiuriLandMae 17-2-2021 01:25 PM
susah la nak buat benda ni sbb hiburan itu sendiri dah melalaikan pun.. hiburan seni tu byk cabang.. kalo sume nak di normalisasikan mengikut syariat mmg takkan jadi la hiburan seni tu sendiri.. ibarat cmni la minyak dgn air mmg takkan bercampur smpi la hari kiamat nnt..
Quote cruz2 17-2-2021 02:19 PM
imatt replied at 17-2-2021 01:19 PM
Ustazah ni tegur pasal something, ade pulak komen kenapa tak tegur pasal ni. Bila ade orang tegur pa ...

Iols sokong kata2 uols ni.
Quote Zazama 17-2-2021 04:10 PM
Makin banyak hiburan retis tempatan kt tv kita.
Quote PEPPERMAN 17-2-2021 04:16 PM
1. Setiap manusia ada hak untuk buat dosa?
2. Berdosa di mata ustazah, tak bererti berdosa pada penilaian orang lain.
3. Kesudahan di alam sana bukan ditentukan oleh sebesar mana dosa sebanyak mana pahala, tapi oleh redha Allah.

Sekian, bagi pihak artis
Quote tagas 17-2-2021 06:26 PM
Pupus pun takpe industri2 hiburan yg

lagho dunia merugikan sia2 je sume nih

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top