Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Mark Adam Ganti Shuib, Shuk Masih Digantung Tugas

15-2-2021 10:42 AM| Komen: 56

Penyanyi dan pelakon Mark Adam diumum sebagai penyampai baharu segmen Geng Pagi Hot (GPH), Hot FM bermula Isnin.

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

"Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas.

"Namun saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru," katanya.

Foto: IG

Sementara itu, Mark berkata dia sedar mengenai kekurangannya bertutur dalam bahasa Melayu, namun tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk menghiburkan pendengar.

Malah, dia mengakui teruja untuk memulakan tugas selepas menjalani sesi latihan bersama Fizie selama hampir sebulan.

"Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga melihat peluang di Hot FM ini adalah salah satu cara untuk memperbaiki bahasa pertuturan saya.



"Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio.

"Kalau di program TV, saya tak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa. Tetapi, di radio saya kena sentiasa ada idea untuk dilontarkan dan pastikan para pendengar memahami informasi yang disampaikan.

"InsyaAllah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM," ujarnya.

Sebelum ini, GPH yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie.



Bagaimanapun, Shuk digantung tugas sementara pada 25 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman mengenai isu rumah tangga pelawak itu yang tular di media sosial.

Sehingga kini, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa isu ini masih dikaji dan dalam perbincangan dan sebarang pengumuman akan diumumkan kelak. -CARI 

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 56
Komen

Previous : Alicia Amin Selamat Bergelar Isteri Doktor, Tahniah!

Next       : Tomok Dipuji, Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri Sendiri

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 17-2-2021 10:47 AM
Hot FM nak buat morning segment belajar bahasa Philippine kah...?
selalu dgn cikgu fatimah tu belajar bahasa inggeris...

Lain-lain Komen

Quote chocobozhere 15-2-2021 10:45 AM
Aku lagi suka fizi sorang je jadi DJ..
Quote Kurex 15-2-2021 10:46 AM
Lagi byk la lawak salah perkataan... Zzzz
Quote jasmeen 15-2-2021 10:49 AM
bukan dia memang keje radio ke sebelum ni?
Quote cmf_premierleag 15-2-2021 10:56 AM
takyah gantung la.buang terus pun takpe
Quote manehnya 15-2-2021 11:13 AM
biorlah sesapa pun, ganti si syuk boroy ni... lega
Quote Minami2013 15-2-2021 11:37 AM
Tak de kualiti dj radio skrg.
Quote adaakukesah 15-2-2021 11:41 AM
Buat rosak bahasa melayu je la.
Quote sleepandream 15-2-2021 12:14 PM
mark cakap gagap2 ni kau ambik jadi dj? dengan slang dia lagi..
konsepnya nanti boleh banyak content membahan dan gelak sama sendiri khen
Quote salmon-suki 15-2-2021 12:27 PM
Brp lama dia duk malaysia? wife malaysian bcakap bahasa melayu, kawan2 malaysian bercakap bhs melayu,xkan dia sorg je y tak reti?matsaleh2,pinoy lain dtg malaysia pn reti ckp bhs melayu kalau surrounding dia mmg malays..pelik betul dia nih..

Dlu suka laa tgk dia dlm icsyv tp rse mcm pelik plak asal dia ni bertahun duk mlysia,xfasih lg bm..
Quote mrs_adr 15-2-2021 12:38 PM
minat mark adam tp untuk jadi dj
tak best wehhhh ....
Quote harkktuih 15-2-2021 12:41 PM
salmon-suki replied at 15-2-2021 12:27 PM
Brp lama dia duk malaysia? wife malaysian bcakap bahasa melayu, kawan2 malaysian bercakap bhs melayu ...

apa nak heran.. sedangkan segelintir warganegara yg lahir kat tanah air, malah mother tongue pun bahasa melayu acah2 tak reti nak berbahasa melayu, inikan pula foreigner..
Quote awanearisu 15-2-2021 12:47 PM
Mengapa tak ambil DJ yang betul-betul memiliki latarbelakang komunikasi media?
Quote Nenasketum 15-2-2021 12:49 PM
Dia ni pinoy kan? Dah tak ada orang Mesia yang depa boleh amik ka? Nasionalist gilerr aku ni pun.
Quote AshkieLa 15-2-2021 12:57 PM
takde ke kredibiliti DJ mcm bro noramin & isma halil hamzah..
tengok diorg share knowledge masa diorg jd guest kat program warung sepahtu dua minggu sudah..
best sungguh... ade aura DJ yg berkelayakan dan penuh pengalaman di situ...
cara penyampaian, bahasa, imej semua ade gaya tersendiri masing2..

ni amik taraf2 gini... cakap BM pun ke laut..
semua pun sama je, takde yg rare... duhhhhhhhh
Quote anony-mous 15-2-2021 12:58 PM
I suka jah heols tp utk dia jd dj hmmm hambariah la. Ckp pon kdg2 xphm apa dia nk bgtau. Xboleh ke pilih someone yg mmg latar belakang masscom ke apa? Buat la interview n pilih nobody n naikkan org tu. Susah sgt, pilih a few calon dri interview tu then bg sorang 3 slot smggu tgk mana yg ok chemistry
Quote adeqbun 15-2-2021 01:04 PM
kesian org yg ade skill PR yg bagus dan ade kelulusan masscomm..xmerasa lgsg nak keje sbb muke2 hauk yg lawak bodo ni yg dpt..
Quote dedek12 15-2-2021 01:18 PM
Mark ni okay je peel nye yang blur2 tu tapi kalau nak jadi dj macam tak sesuai ajee
Quote kiah_mai_pulak 15-2-2021 01:41 PM
kesssssahhhhhhhhhhhhh
Quote orglama 15-2-2021 01:42 PM
pelik...org tak begitu fasih berbahasa melayu tetapi diambik sbg penyampai radio stesen melayu...hmmmmmm

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top