Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Direndam Dalam Tab Air Panas, Budak 2 Tahun Maut Di Tangan Ibu Tiri

13-2-2021 11:23 AM Komen: 15
Tidak berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang wanita yang bertindak kejam apabila memasukkan anak tirinya yang berusia dua tahun ke dalam tab mandi berisi air panas, dalam satu kejadian di wilayah Jordan.

Anak kecil tersebut merupakan anak kepada suaminya melalui hubungan terdahulu.

Kredit foto: Dailystar

Perlakuan kejam tersebut ekoran pertengkaran wanita itu bersama suaminya, di mana dia tidak berpuas hati selepas lelaki itu memintanya untuk menjaga dua anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Menurut fail mahkamah, dia memutuskan untuk 'membalas dendam' kerana dipaksa menjaga anak-anak suaminya.

Wanita itu hanya mengeluarkan anak kecil berkenaan selepas dia menangis, lantas membawanya ke hospital berdekatan.

Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dua minggu kemudian.

Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap wanita tersebut. - CARI

Sumber: mStar/Dailystar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-2-2021 04:23 PM
Gilaaaaa btl dia ni xde hati perut.   Ya Allah kesiannyaaa anak tu {:yameteh

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 13-2-2021 11:40 AM
Seriously??? Apa dosa budak tu?nape x je ko pegi curah air panas kt laki ko tu kalau nk sgt balas dendam??
Quote angelofish 13-2-2021 12:04 PM
anak tu anak hasil skandel laki ke?
Quote Skuau 13-2-2021 12:30 PM
Maknanya...bukan mitos la..'IBU TIRI TU KEJAM'..
Quote Suchi 13-2-2021 12:46 PM
Nangis baca berita ni..

Mohon mana2 TT letak trigger warning utk kes penganiayaan dan penderaan anak2 kecil.
Murung rasa kerap sangat plak keluar berita gini.
Tanak baca tapi terbaca plak

Sebenci mana pun kita pada anak2 yg bukan darah daging kita mohon sangat jauhkan diri kita daripada mereka.
Kalau tak suka anak orang keluarla daripada perkahwinan tu.
Quote Kurex 13-2-2021 12:49 PM
Dah tu mintak je la cerai kalau tak sanggup jaga
Quote Suchi 13-2-2021 01:16 PM
Skuau replied at 13-2-2021 12:30 PM
Maknanya...bukan mitos la..'IBU TIRI TU KEJAM'..

Sapa yg kata mitos tu, mak tiri ni kalau tak dera fizikal dia dera secara psikologi.

Kisah benar yaa, sorang mak tiri ni ada dapur dlm bilik dia.
Sebab dia cuma nak masak yg sedap utk laki dia je. Milo n nescafe yg mahal2 ni ada dlm bilik dia. Kat dapur nun ada serbuk teh je.
Ko anak tiri pandai2 la masak sendiri nk makan apa kt dapur tu.
Anak2 sendiri dapat belajar tinggi sampai g obersi, anak2 tiri belajar sekerat jln je belaka.
Time mak tiri nak balik kg dia, anak2 tiri tak dibawa yaa.
Walaupun gitu hub anak2 ok je sesama adik badik berbeza mak ni.
Depa hormat ja kakak2 n abang lain mak ni.
Quote bondeh 13-2-2021 04:19 PM
Iya bukan mitos MAK TIRI JAHAT. Aku benci pakcik aku kahwin dgn bini baru dia, bini baru dia nih putuskan hubungan anak2 tiri dia dgn mak kandung. Mula2 kahwin je elok layan anak2 tiri, lama2 dia punya malas nak layan anak2 tiri dia (kecik2 lagi) dia bagi budak2 tuh minum kopi. Bebal sampai ktorg bergaduh dah tentu aku sayang adik2 sedara aku, kau tuh orang luar boleh pegi mampppp.. pakcik aku pun dah dingin dengan pempuan gila tuh. Dahlah pencaras. Sedeyhhhh
Quote anakmak 13-2-2021 05:02 PM
Suchi replied at 13-2-2021 01:16 PM
Sapa yg kata mitos tu, mak tiri ni kalau tak dera fizikal dia dera secara psikologi.

Kisah bena ...

I pernah jadi mak tiri
Tapi I baik heheh

Kandung atau tiri
Cubalah jadi manusia yg baik

Kadang x tercapai akal kita manusia ni dengan perangai gila manusia lain
Yg bersorok makan dgn anak2 tiri tu dah kenapa?
Kan laki dia merangkap ayah anak2 tiri dia jugak yg beli? Ke dia keluar duit dia sendiri?
Macam2
Quote HappyGumbira 13-2-2021 06:43 PM
jahat ke tak atas individu tu sendiri, sbb keliling meols ada jumpa mak tiri hanat sampai dikerjakan bdk tu smpai hilang cap jari xleh buat ic n ada mak tiri yg baik bela sampai besar, ye la mak kandung dh lama meninggal dah besar lupa diri, rasa hebat sgt pdhal nan hado xpeduli ke mak tiri xyah ckp la, ayah kandung pun xnak jenguk. ada mak tiri yg ok dr mak kandung smpai anak2 tiri request nak ddk ngan mak tiri sbb ddk ngan mak kandung xdpt mkn.mak tiri plak hobi masak xhenti2
Quote notM 13-2-2021 06:45 PM
Budak tu Tak tahu apa2 pun masalah kau bersama org lain.

Dia pun Tak minta benda tu terjadi

Tapi jadi mangsa
Quote Jemahjemah 13-2-2021 07:43 PM
Bodohnya lahai. Sakit hti plak aku tgk kerabat tiri menjadi2 ni. Walupun bukan semua tp majoriti gini la. Emm
Quote Aikiko 13-2-2021 07:45 PM
Hanat sangat mak tirinya ni...iols rasa sejahat2 kita janganlah membenci budak2 n org tua
Quote Supersirap 13-2-2021 08:56 PM
Gila punya kerja, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Quote spankee_fili 14-2-2021 08:27 AM
Mak tiri busuk hati bab duit & makanan
Bapa tiri kerja nak merogol meliwat anak
Perangai lagi teruk dari setan!
Bahagia ke hidup korang buat naya kat budak?
Quote chinta89 14-2-2021 04:23 PM
Gilaaaaa btl dia ni xde hati perut.   Ya Allah kesiannyaaa anak tu {:yameteh

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top