Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pasangan warga emas sambut Tahun Baharu Cina di kedai mamak

13-2-2021 03:36 AM Komen: 9


SLIM RIVER: Walaupun tahun ini sambutan Tahun Baharu Cina hanya diraikan dengan rakan pelbagai bangsa di kedai mamak, pasangan warga emas ini tetap merasai kemeriahannya.

Pasangan warga emas, Liew Yong, 78, dan Yu Chin Chu, 74, hanya menyambut tahun baharu berdua sahaja berikutan lima orang anaknya berada di perantauan.

Yong berkata tiga orang anaknya tinggal di Johor dan seorang di Singapura serta seorang lagi di Kuala Lumpur tidak pulang merayakan tahun baharu kali ini berikutan larangan rentas negeri bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Katanya, biasanya pagi tahun baharu akan meriah dengan telatah dan ragam sembilan orang cucunya bersama menantu tetapi kali ini hanya mereka berdua berada di rumah.

"Tahun ini kami berdua menyambut tahun baharu di kedai mamak sahaja dengan rakan pelbagai bangsa bagi mengubat kerinduan kepada anak dan cucu yang tidak dapat pulang.

"Bagaimanapun sambutan tetap meriah apabila ada sahaja rakan pelbagai bangsa yang menyapa dan mengucapkan selamat tahun baharu membuat kami berdua gembira," katanya ketika ditemui.

Katanya, anak dan cucu mereka ada menghubungi beliau dan isteri untuk bertanya khabar bagi mengubat kerinduan mereka sekeluarga.

Isterinya, Chin Chu pula berkata biasanya setiap tahun beliau akan menyiapkan 'ang pau' untuk diberikan kepada cucu dan jiran di kawasan perumahan itu tetapi tahun ini tiada satu 'ang pau' pun disediakan.

"Memang terasa sunyi apabila anak dan cucu tidak bersama menyambut tahun baharu menyebabkan saya dan suami ke kedai mamak untuk bersarapan pagi.

"Biasanya awal pagi lagi saya akan masak makanan kegemaran anak dan cucu tetapi sambutan tahun baharu kali ini hanya makan di kedai sahaja," katanya.

Beliau berkata ramai rakan pelbagai bangsa yang menegur dan menyapa mereka apabila melihat kelibat mereka makan di kedai mamak.

Katanya, rakyat kena bersatu memerangi wabak COVID-19 supaya sambutan tahun depan tidak perlu lagi seperti kali ini.

 
Sumber : Berita Harian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mziskandar 13-2-2021 11:48 AM
Tahun ni x nampak org pacak kedai boom boom..
Sebelom2 ni kebal yahamat.

Lain-lain Komen

Quote little_sis 12-2-2021 06:54 PM
Ok la tu, masih dpt beraya berdua.. next year moga masih dpt beraya lagi auntie & uncle ya
Quote aechae 12-2-2021 07:18 PM
Iols tgk kwn2 i sume sambut dgn family yg duduk 1 rumah je.. xda pn kunjung mengunjung. Ok lh masing2 tahu tanggungjawab kn..
tp yg x beraya plak kemain buat besday party lah bagai pastu g upload kt media sosial plak tu...
Quote CARI-HBZ 13-2-2021 03:36 AM





SLIM RIVER: Walaupun tahun ini sambutan Tahun Baharu Cina hanya diraikan dengan rakan pelbagai bangsa di kedai mamak, pasangan warga emas ini tetap merasai kemeriahannya.


Pasangan warga emas, Liew Yong, 78, dan Yu Chin Chu, 74, hanya menyambut tahun baharu berdua sahaja berikutan lima orang anaknya berada di perantauan.


Yong berkata tiga orang anaknya tinggal di Johor dan seorang di Singapura serta seorang lagi di Kuala Lumpur tidak pulang merayakan tahun baharu kali ini berikutan larangan rentas negeri bagi mengawal penularan wabak COVID-19.


Katanya, biasanya pagi tahun baharu akan meriah dengan telatah dan ragam sembilan orang cucunya bersama menantu tetapi kali ini hanya mereka berdua berada di rumah.


"Tahun ini kami berdua menyambut tahun baharu di kedai mamak sahaja dengan rakan pelbagai bangsa bagi mengubat kerinduan kepada anak dan cucu yang tidak dapat pulang.


"Bagaimanapun sambutan tetap meriah apabila ada sahaja rakan pelbagai bangsa yang menyapa dan mengucapkan selamat tahun baharu membuat kami berdua gembira," katanya ketika ditemui.


Katanya, anak dan cucu mereka ada menghubungi beliau dan isteri untuk bertanya khabar bagi mengubat kerinduan mereka sekeluarga.


Isterinya, Chin Chu pula berkata biasanya setiap tahun beliau akan menyiapkan 'ang pau' untuk diberikan kepada cucu dan jiran di kawasan perumahan itu tetapi tahun ini tiada satu 'ang pau' pun disediakan.


"Memang terasa sunyi apabila anak dan cucu tidak bersama menyambut tahun baharu menyebabkan saya dan suami ke kedai mamak untuk bersarapan pagi.


"Biasanya awal pagi lagi saya akan masak makanan kegemaran anak dan cucu tetapi sambutan tahun baharu kali ini hanya makan di kedai sahaja," katanya.


Beliau berkata ramai rakan pelbagai bangsa yang menegur dan menyapa mereka apabila melihat kelibat mereka makan di kedai mamak.


Katanya, rakyat kena bersatu memerangi wabak COVID-19 supaya sambutan tahun depan tidak perlu lagi seperti kali ini.




Sumber : Berita Harian
Quote Kurex 13-2-2021 06:01 AM
Wowwww isu semasa
Quote Buritan 13-2-2021 10:52 AM
Kurex: Wowwww isu semasa
A

Oklaa tup tup cite mira filzah ngandung.. lg hang bengang.. tak pun mira filzah cabut bulu punai somi ke.. lagii muntah ijo
Quote stinger.baik 13-2-2021 11:00 AM
Buritan replied at 13-2-2021 10:52 AM
A

Oklaa tup tup cite mira filzah ngandung.. lg hang bengang.. tak pun mira filzah cabut bulu puna ...

ckp pasal raya cina ni

nk citer kat ko rit

forumer yg aurora graviti tu rupanya bangsa chong cheng

ko perasan smalam mana dia ada buka thread

tngah sibuk bakar mercun halau hantu la tu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Artemesiaa 13-2-2021 11:00 AM
Ramai je yang macam mereka ni semalam lepas makan mereka jalan2 kejap di mall.  Bunyi mercun pun tak sehebat macam tahun2 sebelum.  Selalu malam tahun baru sejam dua baru berhenti berbunyi itu pun sebab ada yang dah mula angin tak boleh tidur.
Quote matchstick 13-2-2021 11:39 AM
Fair la tu..Raya tahun lepas aku pun tak dapat balik kmpng Raya dgn mak ayah. Skrg ni turn org cina pulok
Quote mziskandar 13-2-2021 11:48 AM
Tahun ni x nampak org pacak kedai boom boom..
Sebelom2 ni kebal yahamat.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top