Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Bukan Merajuk Cuma Tak Serasi Dunia Glamor" - Illa Sabry

13-2-2021 11:02 AM| Komen: 34




"Sebenarnya bukan merajuk dengan industri, tahun 2001, 2002 tu habiskan study dan buat bisnes F&B."

"Keranamu Kekasih" antara lagu popular awal tahun 2000 yang masih evergreen hingga sekarang.

Namun penyanyinya, Illa Sabry, 42 menyepi membuatkan ramai yang tertanya-tanya kerana hilang ketika berada di kemuncak karier.

Bagaimanapun, portal Mstar berjaya menjejaki penyanyi OST Gerak Khas The Movie itu di sebuah Restoran di Selayang.

Foto : mstar


"Ada peminat lagi ke? Kalau masih ada, Kak Ila nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui dan mengingati."

Menurut Illa lagi, 20 tahun yang lalu, dia masih muda, masih belajar dan juga tidak begitu serasi dengan dunia glamor.

"Akak tak berapa rasi sangat dengan dunia glamor, dunia kemashyuran macam tu, yang akak suka low profile, buat kerja belakang, dengan family. Bukan merajuk ke apa tapi sebenarnya suka macam ni, selesa orang tak kenal sangat dan happy dengan privacy ni."

Foto :mstar


Tambahnya lagi, kehilangannya bukan kerana tidak boleh menangani gossip kerana pengalaman sebagai artis memang menyeronokkan tetapi dia selesa dengan dunianya di belakang tabir.

"Syukur orang masih ingat, tapi memang tak lah kot nak sambung semula karier nyanyian. Sebab dah penceh dah."

Di akhir video, Illa diminta mendendangkan lagu yang mempopularkan dirinya dan ternyata suaranya masih sama seperti dahulu.



Foto : fb

Semoga terus sukses ya Illa Sabry. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 34
Komen

Previous : "Abaikan Isteri Dan Anak Tu Muslim Yang Baik Ke? "- Rihana Oksana

Next       : "Jemput Tengok DELEN, Buah Tangan Sulung Saya Untuk Semua." Janna Nick Kini Bergelar Pengarah

Komen Terbaru

Quote belacan_gurl 15-2-2021 06:15 PM
Bilaaaa ku imbas lagiiii

Lain-lain Komen

Quote kiah_mai_pulak 13-2-2021 11:13 AM
3budakgemok tu dia punya ke? ke join venture?
Quote aechae 13-2-2021 11:15 AM
Eh 3budak gemok mna yg dia jaga? Iols slalu beli yg kt wangsa maju pnya
Quote hyie 13-2-2021 12:00 PM
tak silap dulu sheols study kat usm pastu tak habis...kalau tak silap la..maybe lepas tu sambung tempat lain...masa tu tengah meletop dengan single Keranamu Kekasih
Quote tagas 13-2-2021 12:50 PM
Gundu dah

Pernah involved jg dlm filem gerak khas

nyanyi lagu top nyer kernamu kekasih
Quote Kurex 13-2-2021 12:52 PM
Mata kau kak......
Quote Nenasketum 13-2-2021 01:00 PM
tagas replied at 13-2-2021 12:50 PM
Gundu dah

Pernah involved jg dlm filem gerak khas

Gundu no hal, sekarang trend buang perut.
Duit i-sinar kan ada (wink wink)
Quote dedek12 13-2-2021 01:06 PM
Tak kenal pun makcik ni hakhak
Quote pavlovachoc 13-2-2021 02:18 PM
Dia ni popular satu lgu je kn
Quote iza_yuss 13-2-2021 03:33 PM
lagu illa best buat karoks.... layan!!
Quote fadz84 13-2-2021 03:59 PM
Edited by fadz84 at 13-2-2021 04:00 PM

Ada satu lagi single yg agak popular Saat Bahagia duet ngn Zamani Slam. Btw lagu Keranamu Kekasih tu pernah dinyanyikan oleh Noryn Aziz ngn tajuk Andai & Ina Freshies (Buatmu Kekasih). Tapi versi Illa Sabrie yg popular.

Versi Noryn Aziz (tahun 1997) - lirik berbeza, arrangement pun lain sket.


Versi Ina Freshies (tahun 1997) - lirik & arrangement agak2 sama dgn versi Illa Sabrie.
Quote fadz84 13-2-2021 04:01 PM
dedek12 replied at 13-2-2021 01:06 PM
Tak kenal pun makcik ni hakhak

Dia popular tahun 2000.. mungkin x lahir lagi kot..
Quote mamatz19 13-2-2021 06:23 PM
best woo lagu ni . teringat zaman study dulu .. huhu
kena add terus dlm my spotify playlist ni..
Quote sukacactus 13-2-2021 06:27 PM
Suka tgk rambut dia dl
Hitam lurus n lebat
Quote jalfa 13-2-2021 06:28 PM
Cepatnya masa berlalu..dah jd macit macit ila sabry...tp lagu ila mmg evegreen..masih boleh ingat lirik dia
Quote little_sis 13-2-2021 06:54 PM
Lain benar rupanya.. kot aku jumpa mmg x kenal la dia ni, teringat dia penah berlakon movie gerak khas gak kan dulu
Quote Lengkong 13-2-2021 06:57 PM
dedek12 replied at 13-2-2021 01:06 PM
Tak kenal pun makcik ni hakhak

Mesti muda lagi ni

Quote exclusive_vvip 13-2-2021 06:59 PM
dia ni xde aura utk pergi jauh..lagu Keranamu Kekasih takde la sedap mana pun..bukan la x sedap langsung..sedap yg biasa2 je..itu kat telinga iols la..
Quote bintangct 13-2-2021 07:02 PM
fadz84 replied at 13-2-2021 03:59 PM
Ada satu lagi single yg agak popular Saat Bahagia duet ngn Zamani Slam. Btw lagu Keranamu Kekasih tu ...

ramai plak yg nyanyi lagu sama.. rasanya ila sabry punya lg sedap
Quote gekkou 13-2-2021 08:55 PM
gambar last tu dia punya filter tak beragak
baguslah low profile
aman2 hidup
jangan lepas dah kena interview
cipta kontroversi untuk disebut2 nama

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top