Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Shuib Sedih Lihat Ratusan Orang Hadir Temuduga, Tapi Kekosongan Untuk 40 Orang Sahaja

12-2-2021 02:00 AM| Komen: 80



Pelawak dan juga usahawan popular, Shuib Sepahtu berkongsi satu video di laman Instagramnya memaparkan lebih 100 orang hadir untuk sesi temuduga bagi mengisi jawatan sebagai kru atau pekerja di dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan.

Bagaikan hilang kata-kata, Shuib mengakui sangat sedih kerana dia hanya 40 pekerja sahaja bagi dua cawangan itu.

"Beratus yang datang dari setiap pelusuk Kelantan. Sedihnya rasa mcm nak ambil kerja semua yang datang tapi ruang kekosongan buat masa ini hanyalah 40 lebih sahaja"

"Semoga ada rezeki mereka dan terus tabah dengan keadaan sekarang. Insya-Allah, Allah maha besar, rezeki di mana-mana. Terima kasih sudi datang untuk sesi temu duga. Maaf jika ada kekurangan. Doakan kami dapat buka banyak lagi cawangan di Kelantan supaya ramai lagi peluang pekerjaan dapat diberikan," katanya.


Menerusi Harian Metro, Shuib memberitahu situasi itu memberi gambaran yang mana penularan wabak Covid-19 memberi kesan besar dalam kehidupan masyarakat.

"Apabila Ketua Pegawai Eksekutif cawangan itu menunjuk video dirakamkannya, saya terdiam sekejap. Ternyata, ramai orang terkesan ekoran Covid-19. Lagi satu mungkin juga gaji yang ditawarkan dari RM1500 juga dianggap tinggi. Jadi, itu yang ramai datang.

"Selain itu, kemudahan lain disediakan adalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan elaun. Bagi yang masih mencari pekerjaan, cawangan lain seperti di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor sedang mencari kru," katanya.

Berkongsi lanjut, Shuib berkata, buat masa sekarang dia memiliki 33 cawangan dan beberapa tempat sedang dalam proses pengubahsuaian.

"Insya-Allah, selepas ini setiap minggu akan buka cawangan baru. Doakan usaha saya ini dipermudahkan sekali gus dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Sama-sama kita doakan semoga urusan Shuib dan semua yang sedang mencari perkerjaan dipermudahkan. - CARI





Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 80
Komen

Previous : Sebulan 'Sakit' - Ayie Floor88 Lega Pelanggan Dah Boleh ‘Dine In’ Dalam Restoran

Next       : "Kami Niaga Bukan Untuk Kaya" - Adibah Noor Tepis Dakwaan Semua Artis Jutawan

Komen Terbaru

Quote lolipopbiru 23-2-2021 02:52 PM
agknya sampai bila laku benda ni? tak sedap pn dah la manis..viral je lebih sbb kedai artis

Lain-lain Komen

Quote aduh2sayang 12-2-2021 02:10 AM
kesiannya tengok.  mungkin dorang ni fresh grad atau yg balik kampung sebab kena buang kerja
Quote dudaberhias 12-2-2021 02:41 AM
kesiannya omg... semoga ada sinar selepas pandemik...
Quote cikkilata 12-2-2021 02:57 AM
Iye.. bagus la kalau membuka ruang pekerjaan tu.. tapi, tolong la improve taste n menu tu... dah la overpriced..  
Quote LadyCarefree 12-2-2021 03:13 AM
Beraturlah depan rumah ebit
Quote Lagubestbest 12-2-2021 03:37 AM
kelantan? humm..
Quote slyfynx 12-2-2021 04:45 AM
Eh, x payah nk tunjuk baik la.
Quote otai_g 12-2-2021 06:31 AM
Ko kan kaya hulur je la sorang 50 yg dtg interview tu. Kete harga juta2 blh beli.

Tu br btl kesian.
Quote dua_chzy 12-2-2021 06:38 AM
slyfynx replied at 12-2-2021 04:45 AM
Eh, x payah nk tunjuk baik la.

Hahaha stujuh.
Quote tagas 12-2-2021 09:39 AM
Bukan da ade news psl ni ke seblum ni last year

hawat up balik

ke ni news baru
Quote helicornia 12-2-2021 09:53 AM
masalahnya ramai kt kelantan tu tk mau berhijrah ke negeri lain.tengok la klu cikgu, penjawat awam gigih tiap tahun aply balik kelate.kt belah kl selangor ni byk je keje.keje kilang bila2 je nak pakai org.kawan aku keje kt kilang glove ckp mmg nk pakai org sgt. gaji operator bole tahan bole dpt lebih 2500. kawan lagi sorang bisnes dobi pun ckp susah nk cari pekerja wpun dia bayar tinggi jugak.keje kejap berenti
Quote Ain_h 12-2-2021 09:54 AM
Semoga berjaya
Quote slyfynx 12-2-2021 10:03 AM
Korang ni....
Die up mende ni kt medsos untuk cite bisnes die berjaya, and die mampu tolong orang.
Korang ni cerita pasal kesian org2 x bekerja lak.
Salah tu, x kena dgn target die yang nk org bercakap ttg die dan bisnes die.
Sile puji Mira dan Choki2 skrg jugak.
Hahahahahaha
Quote Nurul_007 12-2-2021 10:51 AM
Masalahnya musim2 sekarang laku ke bisnis nya tu?kalau buka sana sini ambil orang kalau tak menjana pendapatan sangat tak guna jugak
Quote tagas 12-2-2021 11:38 AM
helicornia replied at 12-2-2021 09:53 AM
masalahnya ramai kt kelantan tu tk mau berhijrah ke negeri lain.tengok la klu cikgu, penjawat awam g ...


Merantau kl ke mana2 banda besar

gaji 2.5k dgn kos sewa umah

utiliti transport bagai dgn compare

keje kat kampung gaji 1k dok dgn parent

mana ko pilih
Quote hyie 12-2-2021 11:43 AM
baru teringat heshe ada bukak cawangan kat area rumah iols...nanti nak cuba cikcur ke sana lah...harga kat foodpanda cam tel aviv jugak
Quote bondeh 12-2-2021 11:55 AM
Sedihnya.
Quote addamnor 12-2-2021 12:41 PM
helicornia replied at 12-2-2021 09:53 AM
masalahnya ramai kt kelantan tu tk mau berhijrah ke negeri lain.tengok la klu cikgu, penjawat awam g ...

Your comparison itu sangat lah kelaut. Gaji 2.5k di Selangor or KL dgn gaji 1.5K di kelantan, bertiang lagi bagus duduk di Kelantan dgn gaji 1.5K. Apa guna gaji 2.5k sebulan tetapi miskin bandar, serba serbi kena beli, nak bela anak pun tak lepas, hidup berhimpit sewa bilik nak berkeluarga pun payah.
Quote fadz84 12-2-2021 12:48 PM
tagas replied at 12-2-2021 11:38 AM
Merantau kl ke mana2 banda besar

gaji 2.5k dgn kos sewa umah

Pastu duk perabih beras mak Pak kt umh tu kn.. dh besar kena berdikari la..
Quote tagas 12-2-2021 12:55 PM
fadz84 replied at 12-2-2021 12:48 PM
Pastu duk perabih beras mak Pak kt umh tu kn.. dh besar kena berdikari la..


Ade yg jenis berhijrah berdikari bagai

tp hujung2 bulan telefon parent

minta bank in duit

Camno tu

Lihat semua komen(80)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top