Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Covid-19: 'Jangan Percaya Sangat Maklumat Penyelidik AS'

10-2-2021 08:31 PM Komen: 0
Seorang anggota misi menyiasat punca wabak Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ke China mengkritik penyelidik Amerika Syarikat (AS) selepas Jabatan Negara AS meragui ketelusan siasatan badan dunia itu.

Pakar Zoologi Britain, Peter Daszak berkata, ini kerana AS mempunyai matlamat berbeza iaitu mahu Presidennya, Joe Biden, 'harus dilihat lebih kuat berbanding China'.


Gambar hiasan

"Justeru, jangan terlalu bergantung pada maklumat penyelidik AS kerana mereka masih menyebarkan pelbagai berita berunsur politik.

"Walaupun sudah terlepas daripada cengkaman bekas Presiden AS, Donald Trump, AS berterusan membuat kesilapan dalam banyak aspek," katanya menerusi ciapan Twitter selepas misi itu berakhir semalam.

Maklumat berkaitan siasatan itu dikongsikan melalui akaun Twitter peribadi masing-masing, namun maklumat terperinci dan pandangan peribadi diluahkan ketika mereka bersedia untuk meninggalkan negara berkenaan.

Misi WHO ke China berakhir tanpa menemui punca Covid-19 yang setakat ini sudah menjangkiti 107 juta mangsa dan mengorbankan 2.4 juta nyawa di 219 negara di seluruh dunia.

Pakar penyelidik WHO menghadapi tekanan dalam melaksanakan tugas mereka kerana didesak AS supaya bertindak tegas ketika menjalankan siasatan manakala China pula kerap mengingatkan mereka supaya jangan mempolitikkan isu itu.

Daszak, menerusi ciapan Twitter, menyifatkan tugasannya kali ini dipenuhi pelbagai tekanan politik yang memerlukan diplomasi tahap tertinggi.

Beliau juga merujuk kepada Biden sebagai pemimpin yang secara membuta tuli memasuki kancah geopolitik mengenai asal-usul virus Covid-19.

Komen Dasak itu menyentuh mengenai kenyataan Jabatan Negara AS yang berulang kali meragui ketelusan China untuk bekerjasama dengan misi WHO.

Meskipun misi WHO gagal menemui asal-usul Covid-19 itu, pakar penyelidik asing bersetuju ia mungkin berpindah dari kelawar ke spesies haiwan yang tidak diketahui sebelum menjangkiti manusia.


Sumber: Harian Metro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

'Mentua Dari Neraka, Nasiblah Siapa Sangkut Dengan Keluarga Aiman Tino'
Nyaris Terperangkap Dalam Banjir, Gadis Minta Bantuan Guna FBlive
Jijik! Atuk Dipenjara Gosok Buah, Sayur Dengan Gaya Lucah Depan Pelanggan
Bekas Pemandu Lori Dipenjara 33 Tahun Lacur Anak Bini
Jenazah Covid-19 Dicuri Lepas 3 Hari Dikebumikan
"Tak Marah Pun, Saya Maafkan Dia" - Jue Aziz
Nia Ramadhani Menangis Dibuli Penduduk Indonesia
Risteena Teruja Dah Boleh Makan Di Restoran - 'SOP Tetap Jaga Okey!'
"Jaga-jaga Encik Maslan, Lama Dah Sabar Ni" - Abby Abadi Tuntut Ganti RM160,000
Sekampung Menangis 'Tak Rela' Guru Pindah
Sukar Bergerak, Wanita Obesiti Pernah Koma 12 Hari
Ada Pegawai Menteri Bingai, Ugut Media Batal Kontrak Iklan - Bos Karangkraf
Terpalit Kes Mahkamah, Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik
"Kacau Hidup Saya Lagi Ni Kurang Kasih Sayang Ke?" - Rita Rudaini
Gempa bumi kuat 6.3 pada skala Richter melanda Sumatera, Indonesia malam ini
Sister Andre, Wanita Tertua Di Eropah Dilapor Sembuh Dari COVID-19, Bakal Sambut Hari Jadi Ke-117
"Patutnya Bagi Surat Rasmi Dulu Sebelum Buat Kenyataan Media" - Boy Iman Ralat
Mati Dipukul Suami Kerana Minta Duit Persiapan Raya Tahun Baharu
Jong-Un Arah Hukuman Mati Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan Sering Mengeluh
Asyik Nak Naik Tangan, Kes Keganasan Rumah Tangga Melonjak Sejak PKP
Badan Lebam-lebam Setiap Kali 'Diculik Makhluk Asing'
Pendatang Israel Bertikam Lidah Nak Rampas Rumah Wanita Palestin
Bahana Londeh Seluar Kawan, Lelaki Mati Ditikam
'Anak Saya Mati Sebab Saya Bawa Balik Sate Itu'

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top