Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kesiannya, Ramai Ibu Hamil Kena Sakit Tulang Kemaluan

10-2-2021 12:15 PM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 4





Ibu mengandung memang hebat, terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang tempoh tersebut hinggalah saat kelahiran. Sakit, lenguh, loya, mengidam dan pelbagai lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi membuatkan wanita sangat istimewa.

Namun, pernahkan anda mendengar tentang sakit tulang kemaluan yang terpaksa dihadapi wanita hamil?

Mungkin bunyinya agak kelakar bagi segelintir orang, namun ianya benar-benar berlaku.


Foto : FB

Netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi sakit tulang kemaluan ini. Lebih dasyat kerana ada yang berlarutan walaupun setelah bersalin!


Foto : FB

Dalam artikel Asian Parent, sakit tulang kemaluan adalah normal bagi wanita hamil, terutamanya trimester ketiga. Bahasa saintifiknya ialah symphysis pubis diastasis (SPD) iaitu tekanan pada ligamen yang longgar akibat hormon relaxin.

Ibu hamil akan mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi melembutkan ligamen bagi memudahkan bayi ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti.

Tetapi, ada tubuh ibu yang tidak dapat menerima perubahan ligamen lembut ini, maka terjadilah SPD.

Foto : Asian Parent

Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasi rasa sakit itu, antaranya ialah duduk di atas bola gym dengan postur tegak selama 10 minit dan lakukannya dua hingga tiga kali sehari.

Selain itu boleh juga berendam dalam air suam, akupuntur dan juga berehat di katil sahaja.

Apa pun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Previous : Tak Guna Menangis Bayi Tiada Tempurung Kepala Jika Tak Datang Check Up Air Gula

Next       : Kenapa Kita akan Nampak Wanita Lain Lebih Cantik? Lepas Kita Berkahwin

Komen Terbaru

Quote Ain_h 11-2-2021 09:23 AM
Baru tahu thanks

Lain-lain Komen

Quote stinger.baik 10-2-2021 12:36 PM
baru aku tau

mak2 buyung ada kelab peringkat kebangsaan di fesbuk

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote kuzaime 10-2-2021 12:44 PM
pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. Kalau x jangankan kata nak duduk bangun, tengah2 berjalan pun rasa menyucuk2 aje
Quote Oroi8887 10-2-2021 12:51 PM
kuzaime replied at 10-2-2021 12:44 PM
pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. ...

Ya allah mmg sakit. Lagi2 klu baring. Duduk or diri ok sikit
Quote Ain_h 11-2-2021 09:23 AM
Baru tahu thanks

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top