Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bunuh Isteri Sebab Tak Bagi Beli Kasut Baru

4-2-2021 09:39 AM Komen: 11
Lelaki membunuh isterinya dengan membenamkan kepala mangsa di dalam baldi sehingga meninggal dunia.

Harian Metro memetik TribunNews melaporkan dia bertindak demikian kerana berang permintaannya untuk membeli kasut baharu tidak dituruti mangsa.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui di ruang tamu kediaman.


Gambar hiasan

Ketika kejadian, Supriadi, 32, mencekik leher Nurvita Sari, 26, sebelum membenam kepala mangsa di dalam baldi di rumahnya di Barelang.

Sebelum itu, isterinya didakwa memberi alasan tiada wang apabila suaminya meminta wang untuk membeli kasut bagi kegunaan ke tempat kerja baru.

Suspek kemudian mengambil wang dari almari di bilik tidur mereka sebelum dirampas semula mangsa.

Apabila tindakannya dipersoal, isterinya memberi alasan tiada keperluan suaminya membeli kasut baru.

Berikutan kejadian, Supriadi menyerah diri di balai polis Balerang, kata Jurucakap Polis Barelang, Juwita Oktaviani. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
1
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ain_h 7-2-2021 01:01 AM
Baran rasanya

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 4-2-2021 08:26 AM
takziah kpd keluarga.
Quote Belibis 4-2-2021 09:13 AM
Ko nak kasut temberland ke kasut bata??sampai mati bini dikerjakan..siyal punya laki.
Quote Megikari 4-2-2021 09:45 AM
Nak beli kasut pun mintak duit bini.. Patut laki dia je yg gi mati
Quote epuepy 4-2-2021 11:02 AM
aiyoh. scaryy.. ni jenis laki x sedar duit x cukup ujung bln pau bini gak
Quote Artemesiaa 4-2-2021 11:26 AM
Kerjalah dulu dah dapat gaji nanti baru beli kasut baru.  Ni angin baran dia je nak ikut dah sampai membunuh kasut kemana kerja kemana yang pasti hukuman dah menunggu.
Quote any42 4-2-2021 03:13 PM
nyawa isteri xde nilai. kasut yg lg bernilai dimata jantan tu. harap mereput dlm penjara
Quote Supersirap 4-2-2021 10:42 PM
Semoga laki ni mendapat hukuman yang setimpal
Quote raxief 4-2-2021 11:29 PM
barelang eh.. teringat dulu kitorg cycling kat barelang bridge ni.. jambatan ni ada 6 bahagian, menghubungkan pulau BAtam, REmpang & kaLANG kalau x silap.. ada pulau kecik2 gak kat tangah, lupa dah pulau apa, pulau nipah ke apa tah

total jarak kayuh nak habiskan 6 jambatan ni pergi balik 130km la rasanya.. smpi hotel tdo mati, letih nak mampos
Quote Jemahjemah 5-2-2021 12:02 AM
Nak beli ksut mintak duit kat org plak. Bodo
Quote jalfa 6-2-2021 10:13 AM
Duit bini ke duit ko...kalu duit ko knp bini beria x nak kasik...kalo duit bini mmg ko patut mampos makan tanah..jantan jahat
Quote Ain_h 7-2-2021 01:01 AM
Baran rasanya

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top