Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Ebit Lew Dikecam 'Tukar Agama Orang Lain Melalui Bantuan Kebajikan Tindakan Hina'

2-2-2021 09:35 AM Komen: 239
Ada pihak tidak senang dengan berita mengenai pendakwah Islam Ebit Lew membantu masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah menjadi muslim dan mengenal Tuhan secara beramai-ramai.


Kredit foto: FB

Di Twitter, ada individu mendakwa Ebit menggunakan pendekatan aku beri kau makanan dan kau perlu masuk Islam.

Dia mempersoalkan nilai pengajaran dan unsur kemanusiaan yang disampaikan oleh Ebit.

Syabas Ebit! Sistem barter yang terbaik. Mangsa banjir 'saya memberikan makanan kepada anda tetapi anda perlu menjadi Islam'.

Apakah nilai pengajaran dan kemanusiaan ini? Pengalaman bermakna, jangan mempercayai mana-mana misionaris atau pendakwa. Layanan tidak beretika dalam perdagangan kepercayaan dan identiti anda, kata individu terbabit.



Dia bukan satu-satunya yang menuduh kononnya Ebit menjadikan bantuan kemanusiaan untuk menukarkan agama pihak yang dibantu.

Seorang wanita tanpa menyebut nama Ebit berkata, tindakan menukar agama individu dan masyarakat lain melalui bantuan kebajikan adalah tindakan hina.

Dia malah menuduh melalui penjajahan negara lain, mubaligh agama Kristian dari Barat pernah melakukan strategi yang sama.

Tindakan menukar sekumpulan orang yang berada dalam kesusahan sebagai pertukaran pertolongan adalah hina tanpa mengira penyebar agama. Mubaligh Kristian hina dalam hal ini, seiring dengan misi penjajah, katanya.



Seorang lagi pengguna Twitter turut mengecam Ebit. Beliau tidak faham bagaimana menolong kaum Bajau Laut menjadi Islam dapat membantu masyarakat tersebut.

Beliau merasakan tindakan Ebit tidak memberikan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat berkenaan sebelum membantu mereka menjadi Islam adalah tidak tepat.

Juga, perkara dengan E*it L*w. Ia meninggalkan rasa tidak sedap pada perasaan saya. Bagaimana menukar agama orang yang memerlukan bantuan mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik? Kerana saya belajar menyembah Tuhan hari ini, saya akan kenyang dan tidur lena di bawah bumbung esok? Tolonglah.

Tidak kira agama apa itu; Saya tidak merasakan bahawa menukar orang yang tidak diberi maklumat / berpendidikan adalah betul.

Saya tidak merasakan bahawa menukar orang yang terdesak untuk bertahan adalah betul. Ini tidak adil bagi mereka, walaupun mereka tidak memikirkannya seperti itu, katanya.



Seorang individu yang merupakan wartawan kontroversi turut melontarkan pandangan secara sinis.

Lelaki tersebut mendakwa apa yang dilakukan oleh Ebit merupakan kaedah yang digunakan oleh kumpulan pendakwa moden.

ICYMI (sekiranya anda terlepas) pertunjukan evangelisme dan mubaligh moden: Ebit Lew, seorang pendakwah Muslim yang telah disambut sebagai wira selama bertahun-tahun kerana tindak balasnya yang cepat kepada orang miskin, mendedahkan bahawa dia telah menukar beratus-ratus orang gipsi laut asli (termasuk di bawah umur) setelah menghulurkan sedikit bantuan.



Untuk konteks, di Malaysia, umat Islam bebas berdakwah dan menukarkan agama orang lain, tetapi jelas dilarang dan salah dari segi undang-undang bagi orang lain untuk melakukannya kepada orang Islam, kata wartawan beragama Islam di Twitter peribadinya.


Kredit foto: Twitter

Sebelum ini Ebit di laman sosial berkongsi pengalamanya membantu sekumpulan 157 masyarakat Bajau Laut yang tidak mempunyai pegangan apa-apa agama memeluk Islam.


Loading FB Post...

Kumpulan tersebut memeluk Islam selepas bertanya mengenai kewujudan Tuhan kepada pendakwah Islam tersebut yang hadir memberikan bantuan kepada merka.

Semalam Ebit turut berkongsi pengalamannya membantu 490 lagi kaum Bajau Laut di empat perkampungan menjadi muslim ketika menghulurkan bantuan kepada mereka.



Ebit yang juga ahli perniagaan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa menghiraukan pegangan agama atau perilaku kumpulan masyarakat tersebut.

Dia dilaporkan turut memberi bantuan kepada masyarakat bukan Islam, rumah ibadat tanpa mengira agama dan golongan transgander.-SM


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
2
0
Komen: 239
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Gianna111 22-3-2021 09:28 AM
mrsdean replied at 4-2-2021 08:50 PM
sorry ot sikit. dr dl iols ade baca kt benang mn ntah forumers ckp UEL ni bukan la mualaf. tp memang ...

pada pandgan i. masih banyak orang tak tahu beza mualaf dan mukalaf.mualaf itu 2 tahun sahaja lepas itu sama ja macam orang mukalaf yang lain.tapi kehulu kehilir asyik pegang passport mualaf yadda yadda.

Lain-lain Komen

Quote VioletsAre_Blue 2-2-2021 09:56 AM
Panas bontot dah sorang2
Quote rosasen 2-2-2021 09:57 AM
dia ni dh twist ape yg ust ebit ceritakan... abaikan aje
Quote KIM.K 2-2-2021 09:58 AM
Taktau camne nak komen sebab mubaligh kristian memang buat benda ni even tak masuk news. Bila kena idung agama sendiri unfair nak kutuk EL

Pada masa yg sama EL ni pendakwah kontroversial yang banyak ditegur orang melayu. Dia tak peduli asalkan ikut resepi kejayaan dia



Quote dua_chzy 2-2-2021 09:58 AM
Betul la kan. Sama jah dengan missionary Kristian yang korang kecam bagi duit untuk tarik orang lain masuk Kriste tu. Hindu ngan Buddha ja buat hal sundri takda sebok soh orang lain masuk agama dia.
Quote jalfa 2-2-2021 10:02 AM
Dia berdakwah kepada yg tidak beragama yg aku paham...kalo dia berdakwah kpd yg dah beragama beramai ramai mcm tu lg teruk ebit kena.apa apa pun lepas ni ebit kena rajin la turun sana,bukan setakat mengislamkan mereka,tp kenalah bertanggungjawab ajar mereka lebih mengenai islam
Quote makadek 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarnya warga di pulau tersebut telah memeluk Islam dengan bersyahadah apabila UEL telah berkunjung dakwah disitu memberikan bantuan.
Sumber dari page Ebit Lew :
- https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3938469116183304

Disini saya tidak ingin sentuh apa yang Ustaz Ebit Lew lakukan. Apa yang beliau lakukan adalah amalan yang sangat mulia dan saya tidak ada hak untuk mempersoalkan apa yang beliau laksanakan.

Cuma disini ingin saya jelaskan sesuatu perkara atas tujuan :
- Memperbetulkan persepsi masyarakat agar tidak salah faham.
- Menjelaskan keadaan sebenar agar tidak wujud fitnah terhadap badan dakwah Sabah.

Untuk makluman ustaz Ebit Lew dan anda semua,warga suku Bajau Laut yang berada di Pulau Tatagan yang dikunjungi oleh pasukan dakwah Ustaz Ebit Lew sebenarnya adalah MUSLIM ASAL. Mereka bukan Non-Muslim mahupun Mualaf (Revert).

Dan badan dakwah lain seperti Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dan Ghulam Dakwah (GAD) telah kerap berkunjung ke situ untuk memberikan bantuan dan disamping menyampaikan dakwah kepada warga suku Bajau Laut di Pulau Tatagan.

Disini saya kutipkan sedikit penjelasan dari pihak GAD seperti berikut :

(1) Kami (GAD) telah berdakwah di tatagan sejak 2018 lagi.

(2) Antara aktiviti yang biasa kami laksanakan ketika di sana :
I - Pembahagian wang zakat
II - Beri makan makanan yang telah dimasak
III - Agihan pakaian
IV - Tazkirah ringkas dengan penterjemah daripada masyarakat tempatan
V - Menghantar guru yang telah dilantik untuk mengajar agama di sekitar Pulau Tatagan, Pulau Maiga dan Pulau Sibangkat.
(Guru kami tinggal di Pulau Maiga).

(3) Time pandemik Covid19 ini pun kami ada hantar beberapa kali bantuan ke sana. Bantuan barang keperluan makanan seperti beras, ubi kayu, minyak, gula dan lain-lain.

Sumber :
- https://www.facebook.com/1732340337023348/posts/2782191308704907/?d=n

Saya sertakan beberapa video sebagai bukti bahawa badan dakwah Sabah Ghulam Dakwah (GAD) sangat aktif dalam memberikan bantuan kepada warga suku Bajau Laut Pulau Tatagan sejak dari tahun 2018 sehingga kini :
- https://www.youtube.com/watch?v=CAYFZeq8IK8
- https://youtu.be/15D0xe1yKEo

Dengan penjelasan ini,maka diharap dapat menjawab salah faham dan mengelak dari wujudnya fitnah. Saya memohon kepada warga suku Bajau Laut Pulau Tatagan agar tidak bersikap ambil kesempatan dan hebat meraih simpati sehingga berlakon kononnya ingin/telah memeluk Islam walhal hakikatnya kalian sebenarnya adalah muslim asal.

Semoga bermanfaat,bersama kita muhasabah diri.

cc to : Abdul Rani Kulup Abdullah / Ghulam Al Dakwah / Dayang Junainah

Related article :
- https://www.facebook.com/101158311951963/posts/112065574194570/
(statement dari Mohd Asri Khalid)
Quote jalfa 2-2-2021 10:10 AM
Tak baik tau tipu ebit..dah muslim pon nak covert muslim lagik...pelik pelik
Quote miszclassique 2-2-2021 10:20 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

Amboi uol bercopy copy uol paste...kikiki
Tapi tu lah, harapnye ebit lew janganlah post apa2 info kalau tak confirm lagi.. Dulu kes kedah tu pun sama, tak pasal2 org zakat dituduh..
Memuslimkan org ni adalah tanggungjawab yg sgt besar, kena pastikan dia dpt dibimbing lepas ni... Tapi kes ebit lew ni dah keluar statement katanya memang muslim mcm yg uol tepek tu sooo hmm tgk lah harap2 jgn berdrama ala2 victim mcm kes bas haritu...kalau jabatan agama sana tak bimbing dorang, biar mereka yg terima akibat
Quote mamajawie 2-2-2021 10:22 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

ape kebenda aku baca ni??aku baru la nak bekap si EL sbab bab2 mengislamkan tu amalan mulia tapi kalu dorang tu da sememangnya Islam tetiba berlakon konon nk peluk Islam I am truly speechless..
Quote gideoncross 2-2-2021 10:22 AM
Tringat kat thread hri tu yg stu Chinese family rmai2 pluk ugama Islam slepas brjumpa dgn UEL ni msa dorg tngh brniaga. Musykil gak, kali ni stu puak yg mngandungi bratus2 org, sngnya UEL ampuhkn dorg.
Quote MontanaHannah 2-2-2021 10:28 AM
Mubaligh Kristian pun ramai cari org asli utk dikristiankan tp amalan kristian habuk apa xde.

Penat saja.

Bila Islam datang , di ajar , diberi kehidupan dna diangkat darjat mereka lanats mereka sujud menyembah Allah yg Esa.
Quote makadek 2-2-2021 10:31 AM
mamajawie replied at 2-2-2021 10:22 AM
ape kebenda aku baca ni??aku baru la nak bekap si EL sbab bab2 mengislamkan tu amalan mulia tapi k ...

Tu aku hairan bila tgk mama berlembut hati..iolss ttp berburuk sangka..hajha
Quote makadek 2-2-2021 10:33 AM
miszclassique replied at 2-2-2021 10:20 AM
Amboi uol bercopy copy uol paste...kikiki
Tapi tu lah, harapnye ebit lew janganlah post apa2 info ...

Iolss tk mau jd manusia yg teruja tnpa sbb 1st day tgk viral dh tk berhusnuzon..cra dia mmg suka terjah tp dia peduli apa...bila ada yg attck dia.dia akn biarkan follower selesaikan
Quote makadek 2-2-2021 10:34 AM
jalfa replied at 2-2-2021 10:10 AM
Tak baik tau tipu ebit..dah muslim pon nak covert muslim lagik...pelik pelik

Tk kn ebit tak dpt infooo haha
Quote makadek 2-2-2021 10:34 AM
dua_chzy replied at 2-2-2021 09:58 AM
Betul la kan. Sama jah dengan missionary Kristian yang korang kecam bagi duit untuk tarik orang lain ...

Sbji mcm mubaligh ....
Quote toxicated 2-2-2021 10:48 AM
Kalau mmg takde agama ok la islamkan.
Tp siapa nak berterusan bimbing utk kekal dlm agama nanti.
Kalau mmg dh muslim asal pulak kenapa ckp takde agama.
Sgt berlapik pihak yg tegur tu punya bahasa, bagusla.

Quote toxicated 2-2-2021 10:50 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

Geng bajau laut ni mmg sejenis amek kesempatan juga. Contoh pelancong dtg bg ape2, dorg dh dpt pun mintak lagi.
Quote Trumpettt 2-2-2021 10:52 AM
Padan muka depa tergugat...selama ni mubaligh mubaligh kristian berleluasa tukar agama org kt sana tak bising pulak...Go ustaz...
Quote brownstone 2-2-2021 11:01 AM
So, Rohingya duduk dlm bot tu patut kita karamkan aje???...sebab dah Islam....syahid.

Bajau Laut pula kita umpan dengan makanan.

Gila!

Lihat semua komen(239)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top