Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Nora Ariffin, Habsah Hassan Dan Yusry Abdul Halim Kini Bergelar Datuk

1-2-2021 02:00 PM| Komen: 121

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, tiga penggiat seni iaitu Nora Ariffin, Habsan Hasan dan Yusry Abdul Halim dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk pada Isnin.

Tiga selebriti tersebut merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Menurut Annuar, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

Foto: via mStar Online

Dalam pada itu, Nora yang juga isteri kepada Allhayarham Johan Nawawi meluahkan rasa syukur atas kurniaan yang dianggap tidak pernah dijangkakan tambahan pula anak-anaknya turut berada disisinya bagi meraikan anugerah tersebut.

Manakala Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah, 72, penulis lirik dan skrip ternama tanah air yang sudah empat dekad aktif menghasilkan ribuan naskhah turut meluahkan rasa syukur dengan kurniaan ini.

Katanya, ia memberi makna yang cukup besar kepadanya sepanjang bergelar anak seni dan akan menjadi pembakar semangat buat dirinya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 121
Komen

Previous : "Saya Memang Nakal" - Respons Elizabeth Tan Aksi Gedik, Nakal Di Media Sosial

Next       : "Jangan Tuduh Bukan-bukan, Isteri Saya Ada Hak" - Shuk

Komen Terbaru

Quote adelea 4-2-2021 12:27 AM
Heydidle replied at 4-2-2021 12:06 AM
Siapa ex sheols, ?

sorry, typo ex heolss ...

Lain-lain Komen

Quote jepp 1-2-2021 01:21 PM
Ni khas untuk sembang2 tentang Datuk Yusry.. hihi
Quote awanysss 1-2-2021 01:33 PM
datin lisa surihani..
Quote Belibis 1-2-2021 01:34 PM
Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai.
Quote Geeayden 1-2-2021 01:42 PM
Tahniah Dato yusry
Quote jajamis 1-2-2021 01:52 PM
Tahniah yuci, dia ni talented
Quote Tinot7 1-2-2021 02:05 PM
tahniah...
Quote cumie 1-2-2021 02:22 PM
wowwww
akhirnya
datuk betul okla, he deserves it..
datin lisa la lepas ni!
Quote annadonna 1-2-2021 02:25 PM
Norman dah datuk ke sebab aku rasa antara dorang bertiga norman lebih deserve. Kak chah sgt layak tapi nora entah lerrr
Quote mijot 1-2-2021 02:29 PM
tahniah..layak sebab talented dlm bidang musik..
Quote beatgirlX 1-2-2021 02:36 PM
Tahniah bang Chik...sekarang sudah bergelar Datuk Yusry Abdul Halim....
Quote jijana 1-2-2021 02:43 PM
Tahniah Datuk Yusry..mmg layak dpt title Datuk..
Quote husna_amal 1-2-2021 03:17 PM
Saje nak tahu title beli ke ni?
Quote kiter_09 1-2-2021 03:24 PM
Tahniah la datuk yusry dan datin lisa..bertuah la yahaira ngan leon(betul ke ejaan) ber daddy kan datuk...tibaaaaa
Quote nurul_akmar 1-2-2021 03:28 PM
annadonna replied at 1-2-2021 02:25 PM
Norman dah datuk ke sebab aku rasa antara dorang bertiga norman lebih deserve. Kak chah sgt layak ta ...

Rasa mcm dh..
Quote paku_karat 1-2-2021 03:28 PM
makin kekwatlah lisa dah jd datin nih.. hahaha lihatlah dunia..
Quote lifeline 1-2-2021 03:28 PM
ooo datuk bukan dari pahang kan
ok la layak la
hai datin Lisa
Quote nanies 1-2-2021 03:29 PM
ok nora tu pasal apa pulak dapat datuk? pasal anak dia kissing kat tiktok? pastu salah kan pihak lelaki je? hahahhaahakkktuii
Quote RVP20 1-2-2021 03:34 PM
nanies replied at 1-2-2021 03:29 PM
ok nora tu pasal apa pulak dapat datuk? pasal anak dia kissing kat tiktok? pastu salah kan pihak lel ...

Kenapa Nora ? Sebab dia ada business dlm bidang islamic education .. Dia founder & owner Hud Hud Media
Quote nordin84 1-2-2021 03:36 PM
lifeline replied at 1-2-2021 03:28 PM
ooo datuk bukan dari pahang kan
ok la layak la
hai datin Lisa

ydpa tu kan dr pahang.. aiyo

Lihat semua komen(121)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top