Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PKP Tak Halang Pengajian Maahad Tahfiz Ikut Jadual

27-1-2021 04:06 PM Komen: 0
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang pengajian di maahad tahfiz dijalankan secara bersemuka mengikut jadual.

Pengerusi Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari (MTVAB), Mohd Asri Yunus berkata, pihaknya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi sepanjang pengajian.


Kredit foto: Utusan

MTVAB mempunyai tujuh cawangan termasuk di Kedah yang beroperasi sepenuhnya termasuk ketika PKP ini tetapi dengan SOP yang lebih ketat.

Antaranya, kita tidak benarkan penghuni keluar sama sekali dari pusat ini sepanjang tempoh PKP. Pekerja termasuk tenaga pengajar di situ diarah untuk mematuhi  SOP dan orang luar memang tidak boleh masuk ke pusat ini langsung, katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 80 pelajar berkenaan yang ditempatkan di maahad tahfiz seluruh negara.

Kebanyakan mereka menjalani latihan dalam kerja jadi semasa PKP ini mereka akan dilatih tubi. 

Sememangnya banyak kekangan ketika Covid-19 ini dan ibu bapa mungkin risau tetapi kita sentiasa pastikan maahad tahfiz ini bebas Covid-19,  katanya.

Mohd. Asri menjelaskan, maahad tahfiz merupakan model pendidikan Islam yang berteraskan penghunian di asrama sepenuhnya dalam kalangan pelajar sekali gus memudahkan usaha mengekang jangkitan.

Ini model terbaik untuk pastikan pengajian pelajar tidak terbantut, namun usaha ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin, katanya.

Sementara itu, menurut Mudir MYVAB Kedah di Wang Tepus di sini, Megat Saiful Adam Hazimi, penerapan norma baharu di maahad tahfiz tersebut dilakukan sepanjang masa sejak Covid-19 melanda.

Tetapi sepanjang PKP ini, SOP lebih ketat daripada mereka bangun tidur, ke kelas, makan dan sebagainya. Orang luar memang dilarang melawat termasuk keluarga mereka.

Kini terdapat 24 penghuni yang menjalani pengajian agama dan vokasional di sini, katanya.

Sementara itu, menurut Pengetua Maahad Darul Mustafa di Pendang, Shuzaimee Aidy Samsudin, maahad tahfiz tersebut beroperasi sepenuhnya dengan 50 penghuni demi memastikan pengajian pelajar tidak terganggu.

SOP memang ketat dan memandangkan semua pelajar tinggal di asrama lebih mudah mengawal mereka, katanya. 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top