Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Harga Telur Merudum, Kos Makanan Ayam Pula Meningkat. Peniaga Ini Campak Beratus Biji Telur Ke Semak

27-1-2021 04:31 AM Komen: 71



INDONESIA - Harga pasaran telur ayam yang jatuh merudum di negara jiran kita semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia menyebabkan ramai penternak dan peniaga telur ayam mengalami kerugian besar.

Oleh kerana sangat kecewa dengan penurunan harga telur yang mendadak membuatkan seorang peniaga hilang sabar dan bertindak membuang semua telur ayam miliknya ke dalam semak.

Memetik Merdeka.com, video kejadian yang berlaku di Magetan, Jawa Timur itu dipercayai berlaku kerana peniaga itu terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk bekalan makanan ayam tetapi sebaliknya tidak mendapat hasil setimpal dengan modal yang telah dikeluarkan.

Ketika kejadian, orang ramai yang berada disekitar itu cuba menasihati lelaki terbabit agar tidak membuang telur-telur itu tetapi langsung tidak diendahkannya. Malah, dia terus membuang semua telur yang diambil dari kenderaannya.

" Saya tidak mahu tahu, orang menawar dengan harga murah, sudah tak peduli, sudah buang semua," tegas lelaki itu.

Tindakan lelaki itu yang terlalu mengikut perasaan dan disifatkan sebagai membazir membuatkan dia menerima kecaman dari warganet yang menonton video terbabit.

Warganet berpendapat, dalam situasi dilanda pandemik COVID-19, bencana-bencana alam seperti gempa bumi dan banjir seharusnya kita lebih berjimat cermat dan saling membantu sesama kita kerana ramai yang masih kelaparan akibat kehilangan sumber pendapatan.
 
Alangkah lebih baik jika telur-telur tersebut dijual walaupun dengan harga murah atau dermakan sahaja kepada yang amat memerlukan. - CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 71
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Itzy 28-1-2021 09:44 PM
Jahatnya, dia dah bunuh beratus2 telur anak ayam yang dia ambik dari mak2 ayam dengan sia2 tanpa dimanfaatkan. Mati la kau dengan azab Allah.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 27-1-2021 04:48 AM
Sedapnya telur dadar extra bawang Belanda... Esk pagi kena buat la... Goreng pulak ayam perapan Bismi.. Fuhhh

Tambah kicap lemak manis Adabi sikit...

Ada manusia yg hanya pentingkan duit.. Sebab tu dia buat mcm ni..

Tapi dia lupa.. Bila Allah tarik balik dlm sekelip mata. Jangan ka telur ayam.. Telur ikan pun dia x mampu beli.

Quote Tinot7 27-1-2021 05:09 AM
Kalau dia jual, dia dpt juga tampung kos sikit.. ni buang semua, habuk pun tarak...
Kurang bijak...
Quote Perawankota 27-1-2021 05:17 AM
Jual jer lah wlupon rugi sikit.. Tak pon sedekah kan ajer rumah2 kebajikan yang memerlukan.. Daripada buang mcmtu
Quote zehra2 27-1-2021 05:17 AM
bongkak dan bodoh.
dalam diri dia asyik  nak untung.  tu sebab asyik rugi je
Quote MadameOnion 27-1-2021 06:35 AM
Oooo patutlah...ummah claim
Quote Nana_Man 27-1-2021 06:52 AM
Bongok punya jantan.. kt indon ramai yg susah nk beli makanan pasal takde duit, dia main buang semua. Stupid tak bole bwk bincang. Tamak yg merugikan.
Quote depresio 27-1-2021 06:56 AM
Dari buang elok sedekah
Quote babyleo68 27-1-2021 06:58 AM
Bangang nye. Samada ko jual je murah tak murah tak pun sedekah pada yang memerlu kan
Quote acik79 27-1-2021 07:22 AM
Ni tak bersyukur namanya.... tu baru Allah uji harga turun... kalau datang ujian lagi besar... patutnya derma la pd yg memerlukan, yg susah... Baru rezeki berlipat ganda...
Quote doubleA 27-1-2021 08:15 AM
Banyaknya dia buang. Ni kerja sia2 namanya. Susah2 ternak, dah packing elok2 dibuang je
Quote SalenaGomez 27-1-2021 08:27 AM
depresio replied at 27-1-2021 06:56 AM
Dari buang elok sedekah


Kannnnnnn....sana dah laaa ramai org susah daif.... manatau dengan sedekah lg murah rezeki nanti

SG x setuju bila ada penurunan harga mendadak diorg terus nak buang or bunuh haiwan ternakan tu...dont be so cruel..acah2 nak jaga harga pasaran buat mcm tu.byk je org susah...sedekah dr buang!!!
Ni set2 yg x percaya rezeki Allah
Quote shernazz 27-1-2021 08:34 AM
sarah82 replied at 27-1-2021 04:48 AM
Sedapnya telur dadar extra bawang Belanda... Esk pagi kena buat la... Goreng pulak ayam perapan Bism ...

Cisss
Iols plal terasa lapar..haHaha
Quote sarah82 27-1-2021 08:36 AM
shernazz replied at 27-1-2021 08:34 AM
Cisss
Iols plal terasa lapar..haHaha

Hahahhahaha.. Iols tengah defrostkan ayam perapan Bismi.. Nak goreng utk makan. Hahahahaba
Quote shernazz 27-1-2021 08:40 AM
sarah82 replied at 27-1-2021 08:36 AM
Hahahhahaha.. Iols tengah defrostkan ayam perapan Bismi.. Nak goreng utk makan. Hahahahaba

Hahahaha...
Lama tak.makan ayam perapan siap2 mcm ni...yum2
Jap lg nak buat wrap la..ada satay balance malam.tadi..yum2
Quote sarah82 27-1-2021 08:40 AM
shernazz replied at 27-1-2021 08:40 AM
Hahahaha...
Lama tak.makan ayam perapan siap2 mcm ni...yum2
Jap lg nak buat wrap la..ada satay b ...

Satay.. Rindu satay murah kat jitra.. Yum.. Nanti boleh beli wrap
Quote kam3n 27-1-2021 08:46 AM
Sini pun pernah buang entah berapa ratus tan tomato sebab jatuh harga dulu
Quote Skuau 27-1-2021 09:03 AM
ore tgh marah pada skala richter 10 yg menyebabkan 'tsunami'(campak telur tu).
Quote cashewnut 27-1-2021 09:06 AM
Pernah nampak manager sepet buang ayam goreng yang tak habis jual dalam tong sampah dekat separuh tong sampah. Alasan memang tak nak biasakan staf untuk ambik padahal modus operandi gini memang biasa untuk yang buke isle
Quote cashewnut 27-1-2021 09:08 AM
Dulu kat malaysia pun ada jugak set buke isle buang susu telur bakar anak ayam. So menang perangai serupa la ni

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top