Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Bingung Telefon 'Diganggu' Orang Tak Dikenali Rayu Vaksin Covid-19

26-1-2021 12:47 PM Komen: 1
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diganggu dengan panggilan telefon merayu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut laporan Metro, Sophia Garcia dan ibunya, Emily Lewis bingung apabila telefonnya menerima panggilan daripada ramai orang tidak dikenali setiap masa.


Kredit foto: Metro

Keluarga yang menetap di Sullivan, Missouri itu kemudian membuat siasatan menerusi dalam talian dan mendapati, nombor telefon Sophia rupa-rupanya hampir sama dengan nombor telefon Jabatan Kesihatan Arizona iaitu hanya satu nombor yang berbeza.

Difahamkan, keluarga mereka berpindah dari Arizona ke Missouri beberapa tahun lalu dan masih menggunakan nombor lama untuk telefon bimbit yang kini dimiliki Sophia.

"Khamis lalu merupakan satu malam yang panjang apabila telefon Sophia berdering tanpa henti. Ia berlaku secara tiba-tiba, 24 jam sehari," kata Emily kepada KTVI.

Sophia dan keluarganya pada mulanya menganggap insiden itu satu kejadian melucukan, namun mula tidak selesa apabila menerima 'gangguan' itu tanpa henti.

Malah, mereka terpaksa mendengar mel suara daripada orang yang terdesak mendapatkan vaksin Covid-19.



Sophia yang simpati dengan nasib orang ramai yang terdesak cuba membantu dengan memberikan nombor telefon yang betul.

Dia turut merekod mesej mel suara untuk mereka yang tersalah nombor "Hai, ini iPhone Sophia. Jika anda ingin mendapatkan vaksin Covid, ini nombor mereka. 602..." - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Churchill 26-1-2021 01:20 PM
maklumlah Amerika Syarikat negara pembela ummah lgbt etis liberal dan pornografi ini ada ramai yang pedo

semoga Yang Maha Kuasa melindungi kanak-kanak yang tidak berdosa ini

Amin

Lain-lain Komen

Quote Churchill 26-1-2021 01:20 PM
maklumlah Amerika Syarikat negara pembela ummah lgbt etis liberal dan pornografi ini ada ramai yang pedo

semoga Yang Maha Kuasa melindungi kanak-kanak yang tidak berdosa ini

Amin

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top