Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Hanya Pandai Cakap, Tak Ada Sumbangan!" -TMJ Sindir Siapa?

26-1-2021 09:26 AM Komen: 113
Orang yang ada jawatan dan baru saja jadi pemilik ini semua hanya pandai bercakap.

Itu antara sindiran pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menempelak segelintir pihak hanya banyak bercakap namun sebenarnya tidak mempunyai 'isi' dalam industri bola sepak.

Tunku Ismail menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa individu berkenaan sebenarnya tidak memberi sebarang sumbangan atau membantu industri bola sepak negara berada pada tahap yang lebih baik.


Foto: Instagram

Katanya, individu terbabit seharusnya bercakap apabila sudah mencipta kejayaan atau menyumbang sesuatu kepada industri sukan nombor satu dunia itu seterusnya berhak bersuara menyatakan pendapat atau mengkritik pihak lain.

"Tetapi seorang pun tak beri apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak. Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan.

"Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak sebab sekarang ini anda hanya bercakap kosong," katanya.

Selain itu, Tunku Ismail juga melihat industri bola sepak negara termasuk prestasi pasukan kebangsaan semakin meningkat terutama di peringkat antarabangsa.

"Semua pasukan sudah semakin kompetitif dan proaktif. Ranking pasukan kebangsaan akan semakin meningkat.

"JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking pasukan negara.Dulu hanya ada JDT sahaja dalam pertandingan AFC sekarang alhamdulillah ada Kedah dan Terengganu.

"Secara tidak langsung ranking akan naik, jadi yang ada ini nak publisiti dan tak tahu pasal bola baik diam saja," katanya.

Sementara itu, beliau juga memberikan nasihat dan pendapat kepada pihak berkaitan jika mahu memajukan bola sepak dan pasukan kebangsaan perlu fokus kepada kelab terlebih dahulu.

"Kelab membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun maka tinggi ranking pasukan kebangsaan.

"Sekarang ini duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini," katanya.

Walaupun kenyataan Tunku Ismail tidak merujuk atau menyatakan lebih jelas siapa individu berkenaan, sebelum ini pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mempersoalkan ranking skuad Harimau Malaya di kedudukan ke-153 dunia meskipun menampakkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 113
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-2-2021 07:41 AM
MissYouSayang replied at 26-1-2021 05:40 PM
Dari dulu sampai skrg tmj ni butthurt betul dgn trw..trw naik, jdt pon nk naik jgk..lps puas dia j ...

harap rakyat kelantan budu kaya2 donate sorang sejuta rasanya setiap musim trw bolot piala. ramai je rakyat kelantan duk johor putrajaya selangor . mereka ni millionaire. derma sorang sejuta anggap bayar ufti kepada pasukan bola negeri dah boleh majukan trw.

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 25-1-2021 11:53 AM
Ni sampai ajm la duk bergaduh je
Quote KIM.K 25-1-2021 12:02 PM
Macam wasap stories aku jeh dia ni
Quote tagas 25-1-2021 12:43 PM
bdk budu
Quote Orix 25-1-2021 12:46 PM
Tun M said 'stupid little boy'............................................................................ what do u expect
Quote duri_durians 25-1-2021 12:48 PM
di kala pkp ni aku tak nampak bola sepak negara boleh bangkit.
buat masa sekarang aku focus 100% pada serie a, bundesliga, epl... nak try tengok game fenerbahce jugak sbb ozil dah pindah sana.
wbgmainapun aku harap player malaysia tak pemalas la. teruskan training, buat badan, inilah masanya. player malaysia ni siap ada perut boroi lagi.
Quote cikrosienona 25-1-2021 12:59 PM
Nak org dtg sembah dia jer, bajet dia sorang je yg pandai dlm bola sepak ni

Tak boleh brain macam mana dia ni boleh diberikan rezeki jadi anak raja, otak kecik!
Quote ResellerMaxis 25-1-2021 01:09 PM
Orix replied at 25-1-2021 12:46 PM
Tun M said 'stupid little boy'...................................................................... ...

Setakat unlimited funding hasil gadai tanah. Borong semua player terbaik team lain supaya team lain xleh bersaing dengan team dia.

Lepas tu bola sepak negara lingkup sebab semua pemain terbaik negara jadi pemain simpanan team dia. Xde apa nak dibanggakan pun. Player utama team dia tetap player import.

Offer player dengan gaji mahal sampai team lain terpaksa ikut. Kalau x, xde player nak join. Semua team penuh hutang kecuali team dia.

Apa pun xboleh.

Syed saddiq 1000x lagi bagus. Kerajaan sekat peruntukan mp beliau pun masih boleh buat initiatif sendiri cari dana untuk beri kerusi roda dan laptop kepada mereka yang memerlukan di Muar.
Quote zuuu 25-1-2021 01:28 PM
Excuse me???dia ni biar betul???lupa ka yg ko penah jadi president FAM satu ketika dulu???waktu ada kuasa pon tetap gitu jugakah kualiti bola sepak Malaysia,n x sampai setahun ko dh letak jawatan bola ranking Malaysia asyik jatuh
Quote sidewinder 25-1-2021 01:35 PM
nampak mcm dia tuju kat Zamsaham owner baru Kelantan FC...zamsaham je yg kutuk pasal ranking harimau malaya baru2 ni....tp apasal TMJ nak masuk campur....bukan dia sentuh pasal JDT pun.....lagi pun johor dgn johor tak kan nak fight.....x brotherhood la gini....tak homie laa ginie
Quote dess402 25-1-2021 01:35 PM
ResellerMaxis replied at 25-1-2021 01:09 PM
Setakat unlimited funding hasil gadai tanah. Borong semua player terbaik team lain supaya team lai ...

Setuju ..  aku pun terpikir sebenarnya apa sumbangan dia pada bola sepak negara ??  Setakat pukol orang kat lorong gelap stadium. ??
Quote ResellerMaxis 25-1-2021 01:37 PM
sidewinder replied at 25-1-2021 01:35 PM
nampak mcm dia tuju kat Zamsaham owner baru Kelantan FC...zamsaham je yg kutuk pasal ranking harimau ...

Johor dengan johor?
Quote sidewinder 25-1-2021 01:40 PM

yenaa deyyyy zamsaham tu anak johor laa deyyy amahhh....TMJ pun org johor jugak....tarak baca news kaa

https://www.johorkini.my/anak-jo ... n-the-red-warriors/
Quote MontanaHannah 25-1-2021 01:43 PM
cikrosienona replied at 25-1-2021 12:59 PM
Nak org dtg sembah dia jer, bajet dia sorang je yg pandai dlm bola sepak ni

Tak boleh brain macam ...

Dia anak ulul amri dan juga bakal ulul amri.

ko xperlu dengki dengan nasib dan rezeki takdir org lain...struggle kita semua xsama....indah indah ada  suramnya...cuma kita xtahu xbermakna dia pernah merasa susah.

susah xbermakna susah kerana duit ...susah nak tidur malam pun satu problem bro

tp aku xtahulah kesusahan dia.

mungkin dia sesak nafas dgn syed saddiq
Quote axl_bach 25-1-2021 01:46 PM
Hahahaha, bila kejayaan yg dicipta pun dgn tabur duit.....hmmmmm
Quote axl_bach 25-1-2021 01:47 PM
ResellerMaxis replied at 25-1-2021 01:09 PM
Setakat unlimited funding hasil gadai tanah. Borong semua player terbaik team lain supaya team lai ...

Itu lah, unlimited funding mmglah sedap nk sembang.....dah duit tabur x perlu fikir nk pulang modal balik ke x yg penting dpt byk piala....

Quote CiliPadiSedap 25-1-2021 01:48 PM
ResellerMaxis replied at 25-1-2021 01:09 PM
Setakat unlimited funding hasil gadai tanah. Borong semua player terbaik team lain supaya team lai ...

orang muar paling untung jua sbb dapat laptop kerusi roda dan duit. moga syed sadiq kekal yb parlimen muar dan parlimen lain yang penting bukan yb phd pisang goreng
Quote juruterra 25-1-2021 02:18 PM
cikrosienona replied at 25-1-2021 12:59 PM
Nak org dtg sembah dia jer, bajet dia sorang je yg pandai dlm bola sepak ni

Tak boleh brain macam ...

kan..muntah hijau tgk IG dia dan cara dia merempan kat IG. selayaknya lahir di pprt dan bkn istana
Quote Nenasketum 25-1-2021 02:37 PM
Too much time dalam tangan. Macam anak aku yang baru masuk skolah, suma nak citer, tapi dia ni citer kat public supaya warga Johor sembah kanjang ratu kat dia. Amazing sungguh.
Quote ResellerMaxis 25-1-2021 02:37 PM
sidewinder replied at 25-1-2021 01:40 PM
yenaa deyyyy zamsaham tu anak johor laa deyyy amahhh....TMJ pun org johor jugak....tarak baca news ...

Seriuslah dia anak johor. Iol ingat Saddiq sorang je anak muda johor yang berani dengan mereka ni.

Semoga orang orang hebat dan berani ni masuklah politik. Bawa perubahan sikit di johor tu. Lawan geng geng gadai tanah xguna sesen ni.

Nak wat train ringan jb singapore pun dia nak komisyen. Pastu bangga duit banyak n pandai meniaga. Mental betul.

Lihat semua komen(113)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top