Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Aku Dah Cium Kaki Tapi Kau Buat Lagi, Tinggal Aku & Anak-anak" - Isteri Shuk

23-1-2021 03:37 PM| Komen: 158


Pergolakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat apabila isterinya Rossalennah membuat dakwaan suaminya curang.

Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.




“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.

"Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.

"Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni... aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!" tulisnya.




Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

"Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

"Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana,” ujarnya.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

"Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?

"Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari... kau tipu aku... aku dah puas menangis.

"Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau,” katanya.



Kredit foto: IG Rossa

MStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk yang juga penyampai radio Hot FM ini.

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.



Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.


Sumber: mStar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 158
Komen

Previous : Nyanyi Lagu Mandarin, Layla Sania Tak Dapat Elak Dibandingkan Dengan Shila Amzah

Next       : Roy Sesak Nafas, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Komen Terbaru

Quote me12345 30-1-2021 03:25 PM
Shuk ni kalau tak kena gantung kerja confirm dia tak sedar lg  silap...xde duot baru nk pujuk bini...

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 23-1-2021 03:45 PM
The bellas club membership

bella 1.0 - bini alip najis
bella 2.0 - gula2 sugus
bella 3.0 - sarah sol3
bella 4.0 - bini syuk gundu suara itik gembo2

Laki dlm ni semua hauks gred E except sol3 sebab dia mmg mampu. Cuma bini perangai mcm bella bising2 pastu sanggup jilat balik aib laki Hehehe
Quote AbukRokok 23-1-2021 04:01 PM
gemok is ausome
Quote teen_angelJB 23-1-2021 04:02 PM
Serius la minah Fara ni...
OMG sangat
Quote makadek 23-1-2021 04:06 PM
Malas nk bekap..jap lagi kena gentel terus cair..tp sedap ke main si suk ni...dgn boroi mcm tu yih..
Quote MontanaHannah 23-1-2021 04:06 PM
Being single is all about you and yourself-Dajjei
Quote MontanaHannah 23-1-2021 04:08 PM
Sudah baca permasalahan ko ,jadi aku komen sikitlah ....bagi aku ko lebih tahu siapa suami ko,dengan siapa ko berkahwin ,luar dalam ko kenal dia...

ko yg tanggung segala rasa ...jaid ko berhak buat keputusan.

Jadilah buatlah keputusan yang terbaik.

Quote friedfishsoup 23-1-2021 04:10 PM
https://mforum.cari.com.my/forum ... 233528&mobile=2

Thread dah ada
Quote Acun 23-1-2021 04:10 PM
syuk syuk....dah la takde rupa ..perangai pun hauk
Quote lavendernovella 23-1-2021 04:34 PM
Perempuan boleh jadi racun terkuat atau madu berkualiti
Terpulang pada lelaki nak yang mana.
Quote Budakmomok 23-1-2021 04:39 PM
Stuk kawen la ngan fara tu. Baru tunggang terbalik hidup
Quote msdummy.2018 23-1-2021 05:03 PM
Lembablah staff csri ji..forrunees lagi laju. Haiz..dhlh mcm tuh..double.post plak
Quote virgo19 23-1-2021 05:14 PM
Jahatnya farah tu, cakap pokpek tak berenti, siap maki mak bapak syuk pulak tu, itupun syuk masih nak hadap, cakap baik2, nak bank in duit bagai.. tapi lagi bodoh si bininya, laki macam tu pun masih nak sabar, nak merayu, bodoh!
Quote CiliPadiSedap 23-1-2021 05:27 PM
friedfishsoup replied at 23-1-2021 04:10 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1233528&mobile=2

Thread dah ada

potong je kredit tt ni. jenis lambat buka thread
Quote Nham22 23-1-2021 05:34 PM
virgo19 replied at 23-1-2021 05:14 PM
Jahatnya farah tu, cakap pokpek tak berenti, siap maki mak bapak syuk pulak tu, itupun syuk masih na ...

Shuk suke kot pompuan yg mulut mcm bertih jagong nih... Die sejenis suke melayan.. Hahaha.. Agaknye lah..  Lgpon fara ni x pernah beranak lg kann... Kann..
Quote akies 23-1-2021 05:47 PM
Tinggal kn je laki tk guna tu sis
Baik ko cari kebahgian sendiri dari terus terluka.
Sian anak2 tu jd mangsa
Quote Cibuya 23-1-2021 06:20 PM
Kesian anak2
Quote nuralisa 23-1-2021 06:46 PM
Video tu sbnrnya syuk rekod utk apa?
Quote amirulazam77 23-1-2021 06:47 PM
0178898205...hahaha
Quote aemon 23-1-2021 06:58 PM
yes.giliran syuk gedempol ni plak kena tendang dek hot fm

Lihat semua komen(158)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top