Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Siapa Ahli Politik Buat Sendiri Dan Edar Dadah?

22-1-2021 09:01 PM Komen: 19
Kegiatan seorang ahli politik terlibat dalam pengedaran dadah terbongkar selepas dia ditahan apabila disyaki memiliki dan mengedar dadah jenis cecair ketamin di Fraser Business Park, Pudu, Kelmarin.

Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 1.45 petang.


Gambar hiasan

Turut ditahan iaitu isterinya  berusia 34 tahun dan pembantu rumah warga Filipina.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan penahanan itu. Kata beliau, suspek ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan polis menemukan bungkusan putih tertera logo sebuah syarikat penghantaran barang yang mengandungi cecair disyaki dadah ketamin dianggarkan seberat 400 milileter (ml).

Susulan soal siasat ke atasnya, satu serbuan dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Duta Suria 8, Ampang, kira-kira pukul 7.30 petang hari yang sama sehingga membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah, katanya.

Mengulas lanjut, kata Saiful Azly, dadah yang ditemukan di kediaman ahli politik berkenaan terdiri sembilan batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja dianggar bernilai RM3,000 serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC yang dianggar bernilai RM53,100.

Difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini, manakala isteri dan pembantu rumah mereka direman di Mahkamah Ampang, jelasnya.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Churchill 26-1-2021 12:27 PM
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni

masyaAllah

ummah lgbt kah ini?


Lain-lain Komen

Quote Supersirap 22-1-2021 09:16 PM
Siapakah ahli politik yang dimaksudkan tu?
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 09:21 PM
Supersirap replied at 22-1-2021 09:16 PM
Siapakah ahli politik yang dimaksudkan tu?

kejap je tu. nanti lepas semula. org politik paling xblh percaya kt malaysia selepas tengku jalal
Quote ina_na 22-1-2021 10:16 PM
Nak tau sape je..
Quote 234126 22-1-2021 10:45 PM
Dekat2 rumah pasah sandah dgn dato badminton tu. Siapa ahli politik ni. Muda 35 umo
Quote Lengkong 22-1-2021 11:21 PM
Nak tau jugak sapa

Quote GigaMom 23-1-2021 12:10 AM
Bilis2 aktif join politik pun ahli politik jg kn
Quote Epal40 23-1-2021 07:12 AM
Siap ye.. muda lagi..
Quote tokchik 23-1-2021 08:26 AM
Armada bersatu
Quote tokchik 23-1-2021 08:33 AM
Ahli biro Armada ditangkap atas dakwaan miliki ganja dalam jumlah besar

Hariz Mohd

22 Jan 2021, 3:34 pm
Dikemaskini 14 jam lepas

2
A
+
A
-

Seorang ahli sebuah biro dalam Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Dia berkata polis bertindak setelah menerima maklumat dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.


Kredit to Malaysiakini
Quote nikaido 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni
Quote jalfa 23-1-2021 08:47 AM
Amboi x cukup duit ke dek sampai dadih pon ko jual..memalukan parti bunga je tau...letih abah berdoa siang malam untuk raykat,ko rosakkan dgn jual dadih kat raykat..mohon mereput dlm tirai besi
Quote Orix 23-1-2021 08:51 AM
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni

Alahai, muka nya pon tak selari dgan kegiatan... adehh
Quote sidewinder 23-1-2021 10:10 AM
nanti keluar laa tu statement dia kena setup.....org cemburu dgn kejayaan politik dia .....org saje nak perkena parti abah.....
Quote honeybee1802 23-1-2021 10:25 AM
jalfa replied at 23-1-2021 08:47 AM
Amboi x cukup duit ke dek sampai dadih pon ko jual..memalukan parti bunga je tau...letih abah berdoa ...

Segalanya sbb duit...bayang sebotol rm300..dia jual 10 000 botol?dadah for duit..politkk for power
Quote Yunbin 23-1-2021 04:40 PM
Orix replied at 23-1-2021 08:51 AM
Alahai, muka nya pon tak selari dgan kegiatan... adehh

Hahahahahaha slalu kalau dlm movie muka camni tak layak watak jual dadih
Quote Nenasketum 23-1-2021 08:58 PM
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni

Aku pun diberitahu dia ni. Anak Asmuni Awi orang Umno kah? Dia pun stok Umno gak
Quote alinone78 24-1-2021 10:46 PM
Ada thread lain tak
Quote Ain_h 26-1-2021 12:09 PM
Siapa Kah??????? {:run
Quote Churchill 26-1-2021 12:27 PM
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni

masyaAllah

ummah lgbt kah ini?


Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top