Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Najib Didakwa Dalang Di Sebalik Surat, Hanya 7 Menyokong - Sumber

21-1-2021 12:14 AM Komen: 21



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.

"Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat 'menderhaka kepada Agong' manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor mengantar surat kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad yang didakwa menghantar surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Dalam pada itu, sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO, www.umnobaru.org turut menyediakan laporan terperinci beserta gambar dan surat SUA UMNO itu yang dialamatkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO kian lemah setelah usahanya mendapatkan akaun bersumpah (SD) baru-baru ini gagal.

Tegas sumber itu lagi, ia juga bukti jelas ahli-ahli UMNO harus segera 'merehatkan' Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti kerana sanggup mengikut telunjuk Najib bersama beberapa ahli-ahli Parlimen UMNO yang diheret dalam pelbagai tuduhan di mahkamah.



Sumber : Astro Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote badaksumbu 4-2-2021 09:25 AM
seronok tak korang bila muhyiddin kekal jd pm?



Lain-lain Komen

Quote xy_daen 21-1-2021 12:16 AM
Kahkahkah...
Quote bangcak 21-1-2021 12:36 AM
kat dewan haritu dok gelakkan rakyat.
hari nih turn rakyat gelakkan pokjib.

abah cow dah bergayut kat pagar istana.
da terlambat da uol nak buat apa2.


bukan setakat takdpt sokongan ahli2 umngok lain.
even @dizek @Simunggu @dino @ashilalat @bioessence pon da segan nak sokong pokjib.
deyol lebih rela sokong abah pengkhianat dari menahan malu sokong pokjib.

Quote Reymz 21-1-2021 12:46 AM
Makan popcorn.... Hidup Najib untuk bangsa, agama dan negara

#donebackup
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2021 12:48 AM
Super ring lazat, super ring riang, super ring super ring gembira


Quote rastaf 21-1-2021 12:49 AM
kadang2 aku tengok awani ni macam pro PH je. dekat tv pun dok tanya pendapat tun, interview tun suruh ulas isu semasa ke pasal covid ntah lupa
Quote jalfa 21-1-2021 12:59 AM
Mmg awatni lebih kurang sama malaysiakuno...wadah penghasut...sumber dr mana tah..moga moga berkubur senasib utusan:lol

Yg benar,
Puteri yumno
Quote ashilalat 21-1-2021 07:21 AM
bangcak replied at 21-1-2021 12:36 AM
kat dewan haritu dok gelakkan rakyat.
hari nih turn rakyat gelakkan pokjib.


Hahaha..org macam kau ni baru dengar khabar angin dah terinzal sendiri dah. Patut lah duduk bawah tempurung dok percaya apa kau nak percaya je. Sejenis sokong membuta tuli tak kira salah betul, otak tak reti nak berpikir. Pastu dok laga lagakan orang, padahal orang x peduli pon berita remeh temeh tanpa fakta.
Quote bangcak 21-1-2021 08:35 AM
ashilalat replied at 21-1-2021 07:21 AM
Hahaha..org macam kau ni baru dengar khabar angin dah terinzal sendiri dah. Patut lah duduk bawah  ...

pokjib yg berlaga dgn abah cow.
tetiba i plak yg disalahkan.

sendiri kompius nak sokong sapa,
i jugak yg salah ka??


Quote tripleid 21-1-2021 09:17 AM
umngok yg berpolitik sakan time covid,ujung2 petik nama DAP
Quote ifanonline 21-1-2021 09:18 AM
najib kuat sangat bermasturbasi ni
Quote swateng1 21-1-2021 09:45 AM
tak heran pun kalau dalang tu laki si rosmah tuu..
Quote rashiman 21-1-2021 09:47 AM


terhabis-habis meratib najib.....
najib,najib.najib....

pertamanya.....betul ke, ini usaha najib...
keduanya....dapat sokongan ke, usaha2 najib nie...kata PH, DAP tak mahu nak berkerjasama dengan org yg dikatakan rasuah, songlap duit rakyat dll.
Quote batusembilan 21-1-2021 10:20 AM
najib = banduan yg diberikan kebebasan sementara.

kesian.
Quote zidane_ziege 21-1-2021 10:26 AM
Dia hantar surat je..bukan ajak pengikut buat demo..
Semua kena ada check and balance..

Tak nak check and balance istihar aje la negara kita dh jadi negara kominis
Quote tripleid 21-1-2021 11:23 AM
Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan
Oleh ARIF ATANJanuary 14, 2021 7:54 pm 0



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyifatkan Pas menurut jejak Donald Trump yang dikenali sebagai pemuja keunggulan orang kulit putih (white supremacy).

Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 sejak tahun 2016 itu juga didakwa menghasut penyokongnya menyerang ganas bangunan Capitol minggu lalu.

Saya berucap di Parlimen menentang kempen white supremacy yang dibawa oleh Trump.


Tetapi Pas perjuangkan Malay supremacy demi peroleh kuasa walaupun tidak ada satu pun isu Melayu Islam yang mereka bisingkan sebelum ini diselesaikan.

Yang ada lulus judi 22 kali. Pas ikut sunnah Trump. Yang ikut sunnah Trump itu Pas. Kalah pilihan raya tapi nak jadi kerajaan, ujarnya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Untuk rekod, kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi daripada lapan kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Trump mengisytiharkan darurat di Washington DC selepas penyokong menyerang Parlimen iaitu bangunan Capitol kerana takut hilang kuasa.

Pas dan Trump sama sebiji. Cara sama. Tujuan pun sama, tempelak Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.



Beliau turut mengingatkan sikap Pas sebelum ini yang kerap menggunakan alasan kerana Islam untuk pelbagai situasi politik.

Dahulu ketika lawan Umno kerana Islam, nak kerjasama dengan Umno pun kerana Islam, rampasan kuasa tebuk atap juga kerana Islam, menyokong Muhyiddin mohon darurat untuk pertahan kuasa juga kerana Islam.

Naikkan cabutan khas judi 22 kali setahun pula kerana apa? Islam jadi bahan gadaian, tambah Mohamad lagi.


Quote ashilalat 21-1-2021 02:36 PM
bangcak replied at 21-1-2021 08:35 AM
pokjib yg berlaga dgn abah cow.
tetiba i plak yg disalahkan.



Perlu ke nak sokong salah satu? Ko ingat semua org barua dapig ke jenis sokong buta tuli? Lantakkan je la depa nak berlaga. Takut ko je lebih awal dah masturbasi dengar khabar angin, diorg kt belakang laga pipi comolot lg..
Quote dizekni 21-1-2021 03:12 PM
Takut betul puak2 yang fitnah Najib dengan nama Najib

apa je benda semua pakat tala ke Najib

tu la bahana kuat tipu dan  kencing

hidup tak aman

Quote dodolgemok 21-1-2021 07:33 PM
Dasar penjenayah bebal! Patut la gemuk, makan super ring jah. Kahkahkah
Quote bangcak 21-1-2021 09:52 PM
ashilalat replied at 21-1-2021 02:36 PM
Perlu ke nak sokong salah satu? Ko ingat semua org barua dapig ke jenis sokong buta tuli? Lantak ...

elok la tu,
pengkhianat berlaga dgn penyamun.

kita lepak layan super ring
sementara macai2 yg kompius dok ratib ph.




Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top