Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kahwin Muda Pun Boleh Berjaya, Wawa Zainal Dah Buktikan

19-1-2021 11:44 AM| Komen: 118

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dianggap sudah berjaya dengan kehidupan mereka.

Namun kejayaan kini bukanlah datang dengan mudah.

Jika diingat, pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan pada 2013 setelah mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.

Foto: IG

Mereka banyak menerima kecaman pada waktu itu namun pasangan ini tidak berputus asa.

Pada 18 Januari 2021, Wawa menerusi Instagramnya telah berkongsi satu video TikTok menceritakan tentang kisah lalu dengan kejayaan yang dicapainya kini.


Wawa menulis kata-kata berbentuk nasihat pada ruangan caption:

“Pernah tak orang pandang rendah pada korang? wawa juga pernah.. tapi kata2 mereka tu kita jadikan semangat utk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau.. dan ketika kita da capai apa yg kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganla sombong dan terlalu bangga dengan apa yg kita ada .. dan jgn pernah memandang rendah pada orang lain.. apa2 pun sentiasa syukuri apa yg kita ada ..Boleh?”


Sementara itu, menonton video yang dimuat naik Wawa, sedikit sebanyak dapat mengetahui dirinya kuat menempuh cabaran suatu ketika dahulu sehinggalah mampu berjaya sehingga kini.

Wawa berkongsi, impian untuk perniagaannya sudah tertunai apabila memiliki 3 buah wisma seperti yang diidamkan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kembali saat dirinya berkahwin di usia muda dengan Aeril Zafrel, Wawa dipandang rendah kerana perkara tersebut sehingga ada yang menjangkakan hubungan mereka tidak kekal.

Bagaimanapun, Wawa menjadikan kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.


Akhirnya kejayaan itu sudah berjaya dicapai, Alhamdulillah.

Wawa berkata, beliau mahu terus membantu orang lain pula untuk berjaya serta memberi semangat kepada yang lain agar jangan berputus asa jika dipandang rendah.


Perkongsian Wawa ini menunjukkan bahawa usaha berterusan mampu membuahkan hasil seperti yang diinginkan.

Semoga lebih ramai orang yang terinspirasi dengan kejayaan beliau. -CARI

Sumber: HOT FM


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 118
Komen

Previous : Trending Di Twitter, Wajah Dan Penampilan Norlia Ghani Diperlekeh

Next       : Azwan Kombos Risau Banjir Di Sabah, Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Ibu

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 27-1-2021 08:34 AM
CandyK replied at 27-1-2021 07:55 AM
Yaaa i think so lah. Jual harga yahudi pun diorang akan beli sebab rasa hebat dapat beli produk ar ...

Padahal harga xde lah murah kan....

Baik beli product yg dah well known kat farmasi

Lain-lain Komen

Quote dudaberhias 19-1-2021 11:54 AM
Betul la apa dia kata tu walaupun iolsss gerrlieww dengan tiktok2 theyols ni (ye iols tau theyols bertiktok tu untuk dapatkan views & impressions, sekaligus bagi free marketing untuk bisnes)

Berjaya ni bagi orang lain2 maksudnya yer.

Kadang2 kita rasa berjaya sekarang dengan apa yang ada, tapi in 10 years jualan syarikat merundum & back to square balik macam syarikat2 lain ataupun jadi papa kedana terus.

Ada yang rasa berjaya dengan memiliki rumah & keta.

Ada juga yang rasa berjaya dapat bantu orang2 sekeliling

Berjaya ni takde puncaknya
Quote matchstick 19-1-2021 11:57 AM
Bisnes baru beberapa tahun..brand pun belum kukuh. customer ntah bpa org (tak tahu golongan mana pakai produk oem gini. Ada loyal customer ke)..Dh kira berjaya sgt ke
Quote annehuda 19-1-2021 12:04 PM
Edited by annehuda at 19-1-2021 04:42 PM

True story nih. Hari tu, bertahun yg lepas la, aku penah tny dlm forum ni, apa produk diorg ni kat tv pun aku jarang nampak. Mcm takde pun drama tv meletop yg diorg berlakon kan. Sekali tu ada org pm siap pggl aku bodo lagi tu
Screenshot_20210119_121341.jpg

So aku percaya je diorg ni ada diehard fans borong produk2 diorg ataupun yg maki aku ni empunya badan sendiri hahaha
Quote Normabaru 19-1-2021 12:13 PM
Rasanya mamazat p panjat myipo sbb tgk psgn 'berjaya'ni trademark wawa kosmetik timbang kilo hari tu kot

Gittuh kaka speku. Hahah

On another note, dr sms yang dh mcm2 pencapaian pon xde acah2 humble brag mcm kapel ni..

Bak kata pepatah.. Lagi berisi semakin tunduk.. Humble jaaaa

Hrp nnt income tax dgn zakat bg byk2 jugak la ye Nur Hawa dan Suhairil Sunari
Quote bintangct 19-1-2021 12:17 PM
matchstick replied at 19-1-2021 11:57 AM
Bisnes baru beberapa tahun..brand pun belum kukuh. customer ntah bpa org (tak tahu golongan mana pak ...

aku pernah tnya kwn aku nape jual produk wawa ni and nape tak amik produk alha alfa sb pd iols alha ni lg femes as MUA. Dia ckp komisyen wawa lg tinggi dr lain2 produk
Iols tgk dia agak berjaya dgn wawa ni Skg dh jd stokis.. ramai je yg suka wawa produk selain drp mekap ada madu juga
Quote mdmy 19-1-2021 12:26 PM
takda lah muda sangat pun.

beza kapel ni dgn kapel muda lain adalah si aeril ni sebatang kara, jadi dia sentiasa dlm survival mode. Wawa pulak parents jauh kat Sabah. Jadi by hook or by crook kena survive, kena cari kehidupan sendiri.

yg budak2 lain tu kawen tapi dok harap makbapak lagi.  yg laki dok harap convenience mak bapak bagi, makan ada atas meja , duit mintak kat mak. yg pompuan ingat kawen terus jadi mem mcm slot maghrib. kain baju pinggan mangkok semua ada yg uruskan. depa boleh marathon drama korea sepanjang hari.
Quote chinta89 19-1-2021 12:33 PM
Ko bkn kawen muda sgt pun. Muda ni means umur 17-21 gtuh baru muda bg iols.
Ape pun reason iols x sokong kawen usia sgt muda. Mmg nafsu tgh melonjak nk cintan cintun tp ko takkan puas enjoy lg ngn kawan, life muda ko. Dh umur nk masuk 30 nt kawan yg lain dh mtg dah nk kawen ko plk terkinja2 baru nk merasa bujang sb anak dh start besar darjah 1 ko pun nk merenyam blgak jd bujang.
Quote Catpaw 19-1-2021 12:46 PM
Berapa umur diorang ni
Quote lavendernovella 19-1-2021 12:49 PM
Sebenarnya bila perkahwinan bahagia tu berjaya bertahan sampai akhir hayat, dan masa nikah mmg muda belia, baru boleh kata berjaya.
Quote bulanbulat 19-1-2021 12:53 PM
Sebab hang segak dan artis wawa.

Kalau hang jadi aku, tak kemana
Quote pxlbb 19-1-2021 12:55 PM
Ambil nasihat ikut konteks yea kalau tak kena pada batang hidung kau boleh duduk diam. Kalau dah mampu dari segi kewangan dan mental malam ni mimpi basah besok dah boleh bernikah tak payah nak kecoh-kecoh. Kau tu pun Hawa kawin senyap-senyap bukan muda sangat lagi masa tu. Yg aku paham Fedtri bagi nasihat supaya kawin awal ni tak jadi trending di kalangan bbnu tengah basah sbb perkahwinan bukan ngeseks je. {:hero
Quote pxlbb 19-1-2021 12:55 PM
chinta89: Ko bkn kawen muda sgt pun. Muda ni means umur 17-21 gtuh baru muda bg iols. Ape pun reason iols x sokong kawen usia sgt muda. Mmg nafsu tgh melonjak n ...


Rugi chuols x kawin awal nanti umur 40 tak boleh main tiktok dgn anak
Quote KucingBiru 19-1-2021 12:59 PM
So... kalau consider jadi kaya raya sebab jual kosmetik timbang kilo as berjaya...

Yeah right. Sepatern dengan keknis, hafiz mahamad, budak fail spm 9g.

Quote Redmyvi 19-1-2021 01:06 PM
okla, aku tgk ramai gak la org boleh cari income melalui produk depa ni..

Rela baca kisah kejayaan depa dari lopa
Quote dua_chzy 19-1-2021 01:10 PM
annehuda replied at 19-1-2021 12:04 PM
True story nih. Hari tu, bertahun yg lepas la, aku penah tny dlm forum ni, apa produk diorg ni kat t ...

Aku nak tuduh ni Wawa.
Quote azimodin 19-1-2021 01:11 PM
Jangan lupa "privilege" orang cantik/handsome. Cer muka desa nan permai, terpaksa guna mo lain nak berniaga. Muka lawa ko jua serum yg ko x pakai pon laku
Quote kakakpositifker 19-1-2021 01:11 PM
okay.alhamdulillah dik. semoga kekal kekayaan dan kebahagiaan hingga ke jannah hendaknya. amin
Quote tick 19-1-2021 01:13 PM
ooo mcm tu eh? ye lah labuuuuu
Quote irvene 19-1-2021 01:13 PM
bukan ke ko terpaksa kawen awal sebab kena buatan org ke? nama ko tgh naik masa tu, kalau tak kena buatan org, takkan kawen awal ye dok?

Lihat semua komen(118)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top