Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Shuib Berhenti Jadi Penyampai Radio, Mahu Fokus Kepada Perniagaan

18-1-2021 01:26 PM| Komen: 71

Pelawak yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada stesen berkenaan.

Mengumumkan berita sedih itu semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH), Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, berkata dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu sehinggalah nekad dengan keputusan tersebut.


Foto: IG

“Ini masa sesuai... nak kata sesuai sangat pun tak pastilah tapi saya nak umumkan secara rasmi hari ini 18 Januari saya tidak lagi bersama GPH.

“Keputusan ini dah lama saya fikirkan... saya dah maklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan dan penerbit program.

“Beberapa hari lagi genap dua tahun saya di sini dan tarikh akhir kontrak bersama Hot FM adalah pada 31 Januari ini, ” katanya semasa bersiaran di konti pada pagi.




Pengumuman Shuib itu bukan sahaja mengejutkan pendengar, malah rakan penyampai GPH iaitu Shuk dan Fizie turut memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai perkara ini.

“Kau biar betul Shuib? Apa yang drastik sangat keputusan kau ni. Main-main ke betul-betul?



“Kita dah janji GPH kita bertiga... dah la kita baru tahu masa kau buat pengumuman ni je, ” kata Fizie dan Shuk.

Sementara itu, menerusi Instagram Hot FM memaklumkan Shuib mengambil keputusan untuk meninggalkan Hot FM kerana memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.



“Setelah dua tahun bersama GPH, Shuib memutuskan untuk menumpukan perhatian dalam businessnya.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Shuib. Dengarkan minggu terakhir Shuib bersama GPH minggu ini, ” tulis pengendali akaun berkenaan.



Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM pada awal Februari 2019.

Sebelum ini, Shuib bersama Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya. -CARI

Sumber: mStar Online


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 71
Komen

Previous : 'I Panas Hati, Jangan Sebab Nak Bisnes You Lancang Bersuara’ – Catriona Rose

Next       : Padu! Amy Search Jual Asam Pedas Daging Keting Sebab Bosan PKP 2.0

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 23-1-2021 02:28 AM
Buat hal sgt buat lawak lucah masa sepahtu.. High ke bang.. Elok la ko x kuar kt tb ke radio ke.. Camni nk jd dato ke

Lain-lain Komen

Quote lee_sakura 18-1-2021 01:33 PM
aku tak kisah dia xde kt radio, kt sepahtu reunion live pon xde gak...sesuatu sgt ni
Quote harkktuih 18-1-2021 01:48 PM
Bagus la xde kat radio.. Tiap kali topik mesti nak kaitkan dgn bini la, anak la, mak mertua la..
Quote kakakpositifker 18-1-2021 01:54 PM
Acah2 datuk
Quote Normabaru 18-1-2021 01:55 PM
lee_sakura: aku tak kisah dia xde kt radio, kt sepahtu reunion live pon xde gak...sesuatu sgt ni


Baru nk ckp benda sama. Dh otw kena dakwa ke.. Hehe
Quote Normabaru 18-1-2021 01:56 PM
harkktuih: Bagus la xde kat radio.. Tiap kali topik mesti nak kaitkan dgn bini la, anak la, mak mertua la..


Org xbyk baca.. Tp berangan nk gaji mahal jadi DJ tp SS mmg pesen tu

Cer dgr mix or hitz.. Mana ada sume kait dgn life sendiri je?
Quote toynme 18-1-2021 01:58 PM
alhamdulillah......
Quote kaseh80 18-1-2021 02:30 PM

Jgn kuar tv  lagi
Quote mamajawie 18-1-2021 02:32 PM
bagus la, kalu segmen GPH asyik nk ckap ko main golf la buat benda2 nk menampakkn ko tu kaya raya aku lak naik rengsa..
Quote Denco 18-1-2021 02:39 PM
dia pun selalu kena tibai dgn jep kan kat live sepahtu
Quote tikusmontok 18-1-2021 02:48 PM
Aman sikit...rentikan ambik pelawak jd dj walaupun tak lwk mana pun
Quote LadyCarefree 18-1-2021 02:51 PM
Apa kes money laundering ya
Quote Madel 18-1-2021 02:52 PM
Tak pernah dengar n layan pun radio yg ada dj2 pelawak sampah ni.
Bye2 aje la shuib
Quote kaseh80 18-1-2021 03:11 PM
Harap asteruk tak buat program SEPAHTU lagi so     lame and  silly


setakat buat lawak bodoh
Quote SkinnyLejen 18-1-2021 03:32 PM
Dulu dj Sinar... kluar sinar nk fokus bisnes n bidang seni katanya... then masuk hot fm... benti dj bg alasan sama juga
Quote sleepandream 18-1-2021 03:53 PM
bisnes die lagi masyuk la tu...
kes sprm senyap jah... ada yg dah dpt gula2 ke
Quote menjad 18-1-2021 03:58 PM
Sejak kes main ngan mesin kelapa terus suib lenyap.... Ni reunion sepahtu dah berapa episod xdo muke dia...zaman jatuh dah tiba kot
Quote haruslah 18-1-2021 04:06 PM
Ramai yg syukur
Mesti sedih baca komen2 netizen
Banding kak bed bersara, ramai sedih
Quote MsCinderella 18-1-2021 04:09 PM
Ok la x yah jd DJ. X menceriakan pagi rakyat malaysia pun.lepas ni nak buka kedai bubble tu pastikan ada lesen semua. Buka sehari saja dah kena tutup.
Quote laksmanabentan 18-1-2021 04:20 PM
bagus la takde..... bukan best pun....

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top