Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"I'm Sorry Baby Girl," -Anak Aepul Roza Turut Dijangkiti Covid-19

18-1-2021 01:18 PM| Komen: 7

Selepas empat hari disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza memaklumkan anaknya, Nur Saffiya Alisha turut dijangkiti virus itu.

Menerusi Instagram, Aepul berkata dia dan anak perempuan berusia lima tahun itu akan dikuarantin bersama sehingga sembuh dan bebas daripada jangkitan tersebut.


Foto: IG

“My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak okay, ” tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada Khamis lalu, Aepul memberitahu keputusan ujian calitan atau swab test mendapati dirinya positif Covid-19.

Bagaimanapun, isterinya iaitu Leez Rosli disahkan bebas daripada jangkitan.

Foto: Via mStar Online

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif. Isteri (Leez Rosli) negatif. Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga” katanya.

Meskipun berat berdepan ujian sukar itu, Leez berkata dia kuatkan diri memberi sokongan moral agar suami dan anaknya segera sembuh.

“Hasil keputusan ujian swab test, anak perempuan kami disahkan Covid-19.... Allahu beratnya rasa bahu ni!




“Duduk elok-elok dengan daddy okay, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang... daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya di Instastory.

Sebelum ini, beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong disahkan positif Covid-19. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Previous : 'I Panas Hati, Jangan Sebab Nak Bisnes You Lancang Bersuara’ – Catriona Rose

Next       : Shuib Berhenti Jadi Penyampai Radio, Mahu Fokus Kepada Perniagaan

Komen Terbaru

Quote Ain_h 31-1-2021 01:25 PM
Semoga sihatt... Dah 14 days kan

Lain-lain Komen

Quote imanda 18-1-2021 01:50 PM
dah knp post gambo anak pmpn tkangkang gitu??
Quote Asdira 18-1-2021 09:04 PM
Emma kembong tu pernah positif covid ek? Tak tahu la pula
Quote zeitabaei 18-1-2021 09:11 PM
Skrg sape positif hospital x angkut dah ke.  Hanya kuarantine sendiri je ke?  Mcm tahfiz mamat tu positif tp elok je kat rumah.
Quote captainQUE 18-1-2021 09:16 PM
Hospital dah penuh, sekarang ni nak cari katil pun susah dah. Hospital cuma akan bawa yang Serius & perlu bantuan je dah sekarang ni. Member I positive dapat duduk hospital 8 hari je Sebab doktor kata gejala Dia Tak teruk sangat so Dia dikeluarkan untuk masukkan orang lain yang lagi teruk dari Dia. Dia kena Kuarantin kat rumah je.
Rasanya KKM dah keluar kenyataan sapa2 positive ada gejala 1 & 2 kena duduk rumah ke kuarantin kecuali gejala 3 baru dorang bawa ke hospital. Hospital dah Tak mampu nak tampung dah.
Quote Perawankota 19-1-2021 01:37 AM
Asdira replied at 18-1-2021 09:04 PM
Emma kembong tu pernah positif covid ek? Tak tahu la pula

Dkt ig latest dia ckp dh kuarantin 10hari.tp dia post yg mengesahkan dia positive baru beberapa hari je.. Harap artis2 blh bagi kerjasama bgtau bila kena covid.. Sbb dorg ni jumpa ramai org.
Quote Nenasketum 19-1-2021 07:38 AM
imanda replied at 18-1-2021 01:50 PM
dah knp post gambo anak pmpn tkangkang gitu??

Khas untuk peado yang melawat ig dia. Macam ig tin ngit, anak pompuan tembun seakan ada boobies, elok ja bagi baju tak cukup kain kekadang.  Hadap sangat life dalam soc med.
Quote Ain_h 31-1-2021 01:25 PM
Semoga sihatt... Dah 14 days kan

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top