Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Kalau Kena Kecam Lagi, Biarlah!" -Wani Kayrie Tak Akan Sedih Atau Tutup Akaun Media Sosial

18-1-2021 01:10 PM| Komen: 5

Penyanyi Wani Kayrie, 21, menegaskan dia takkan lagi bersedih mahu pun menutup seketika akaun media sosialnya jika  menerima sebarang kecaman yang teruk daripada netizen selepas ini.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata dia yakin diri semakin matang dan mampu mengendalikan emosi sebaik mungkin apabila berhadapan dengan setiap kecaman mahu pun kritikan pedas itu.

Foto: IG

"Saya pasti, diri makin matang dan semangat pun kental. Namun, tak dinafikan pada tahun lalu saya pernah menutup akaun Tik Tok seketika kerana terlalu sedih dan tidak kuat emosi menerima kritikan netizen yang mengecam video tarian saya dengan mekap gelap hingga mencetus kontroversi dan tular.

"Apa pun, untuk tahun ini sekiranya saya berhadapan lagi dengan kecaman teruk sebegitu, biarlah dengan apa yang mereka (netizen) nak kata. Saya tak mahu mempedulikannya lagi.

"Malah, meski berdebar menunggu reaksi penonton untuk lakonan saya sebagai Fatin yang antogonis dalam drama Melastik Ke Hatimu yang disiarkan TV3 nanti, saya sudah bersedia," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Wani, sama ada watak berkenaan akan menyebabkan dia dikecam teruk atau pun tidak, semuanya biar penonton yang nilaikan.

"Untuk saya, Insya-Allah sudah bersedia berhadapan apa sahaja situasinya nanti kerana apa yang pasti keluarga, ibu bapa serta rakan-rakan rapat tetap menyokong saya.

"Lagi pun, pengalaman perit dihadapi pada tahun lalu banyak memberi saya pengajaran. Terutama, tidak semua orang akan dapat terima dengan baik dan positif pada apa yang dilakukan. 


"Kepada yang nak mengecam nanti, biarlah kerana sekarang ini, pengaruh media sosial sangat besar dan orang lain juga terbuka untuk menulis komen apa sahaja meski ada antaranya pasti melukakan hati," katanya.

Menurut Wani, dia akan positif dan berusaha cekalkan diri. Katanya selain drama Melastik Ke Hatimu, dia juga berdebar menanti reaksi penonton pada drama Dayang Senandung lakonannya untuk tayangan RTM.



Bagi kerjaya nyanyian pula, tahun lalu Wani baharu muncul dengan lagu berjudul Aksara Cinta hasil ciptaan penyanyi terkenal dan komposer berbakat, Hael Husaini bersama Ezra Kong. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 5
Komen

Previous : 'I Panas Hati, Jangan Sebab Nak Bisnes You Lancang Bersuara’ – Catriona Rose

Next       : "I'm Sorry Baby Girl," -Anak Aepul Roza Turut Dijangkiti Covid-19

Komen Terbaru

Quote diiyanazakaria 18-1-2021 09:14 PM
Nape bgambar mencangkung gitu? Hahaha

Lain-lain Komen

Quote Tukul.Besi 18-1-2021 01:12 PM
Kesian. Buat la apa pun. Lagu ke, berlakon ke dia ni tetap sendu. Aura sendu tetap kuat.
Quote Kurex 18-1-2021 01:14 PM
Who are yousssss pompuan???
Quote Aneem 18-1-2021 01:30 PM
Fokus belajar je dh la dik oii.
Habis study, caik keja elok2, kawin.
Takyah trying hard sgt nk jd retis.
Tak ke mana pun.
Quote atiqah_bea 18-1-2021 01:46 PM
Kenapa nampak lain sheols dalam video2 dan gambar2 di artikel ni?
Quote diiyanazakaria 18-1-2021 09:14 PM
Nape bgambar mencangkung gitu? Hahaha

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top