Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Tolonglah Jangan 'Dakwah' Orang Muda Kahwin Awal" - Fedtri Yahya

18-1-2021 10:51 AM| Komen: 48

Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, urusan perkahwinan melibatkan urusan undang-undang kini dipermudahkan dan ramai pasangan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Seolah-olah menjadi ‘trend’ kini, ramai golongan remaja mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda dan ianya membuatkan penulis lirik dan pengacara Fedtri Yahya tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.


Gambar hiasan
Kredit foto: Kosmo

Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya menganggap bahawa pernikahan di usia muda tidak patut menjadi ikutan kerana memikirkan ramai remaja sekarang tidak matang dan kurang berkemampuan.

Dia menyuarakan pendapat tersebut menerusi sebuah ciapan yang mendapat respons pelbagai daripada pengguna Twitter.


Kredit foto: Twitter

Malah, Fedtri turut memberitahu bahawa terdapat banyak kes melibatkan penceraian di kalangan pasangan muda hanya selepas beberapa minggu berkahwin kerana merasakan diri tidak bersedia selain enggan menanggung sebarang komitmen setelah mempunyai anak.

Tambahnya, tidak perlu ‘berlumba’ untuk menjadi yang terawal dalam perihal ini kerana ianya melibatkan tanggungjawab dan amanah yang berat untuk dipikul buat mereka yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan kukuh.


Kredit foto: IG Fedtri

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fedtri dan ada juga yang berpandangan bahawa urusan jodoh seseorang itu merupakan rahsia Allah S.W.T.



Sebelum ini, beberapa kisah mengenai remaja yang masih bersekolah berkahwin di usia muda mencetuskan ruang kritikan sehingga tular di media sosial.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 48
Komen

Previous : Rita Rudaini Bersusah Payah Besarkan Anak- "Jangan Nanti Bila Dah Berjaya Ada Pula Orang Kata Dia Punya Jasa”

Next       : "Saya Bukan Kayu," -Aisar Khaledd

Komen Terbaru

Quote azimodin 20-1-2021 09:56 PM
Nak kawen silakan tapi jagan sesekali guna alasan tak nak berzina sebagai sole reason ko nak kawen. Ni iouls nak share beberapa kes yg jadi depan mata
1. Habis spm sibuk berskandal dengan laki orang. Kawen kat siam, dah mengandung baru nak bagitau mak bapak. Ikut laki balik kamoung rupanya jadi babu kat rumah mertua. Laki duduk tempat lain & ulang cycle berskandal. Jadi janda muda pastu balik rumah parents
2. Habis PMR sibuk nak kawen dengan mat rempit xde kerja. X buat family planning. Masa mengandung & bersalin ada komplikasi.badan lemah2 asyik sakit. Sekarang mak bapak bela, suami x tau gi mana
3. Mak bapak hantar belajar tinggi2 tapi terjebak cinta online, terperdaya dengan romantika drama melayi cinta xkenal pangkat darjat harta. Habis duit simpanan bagi kat jantan. nak bayar duit bersalin hospital gomen pon xmampu. Lelaki kerja ikut mood, yg bini kerja kilang balik malam pastu meniaga macam2 nak cukupkan duit.

Kawen muda tapi tahu tanggungjawab ok la. Tapi kalau bercerai berai yg susah biasanya perempuan dan keluarga perempuan.

Lain-lain Komen

Quote salimrock 18-1-2021 11:04 AM
common orang muda, kawin lah awal dunia nak kiamat,
Quote ArnabAtasBulan 18-1-2021 11:50 AM
teringat zaman britney spears muda2 lagi, ada trend ibu2 muda. umur tak sampai 20 dah mengandung. tapi bukan trend orang malaysia la, ni orang barat. nasib baik trend tu tak lama, kahwin pon entah ya ke tak. macam2 orang buat untuk trend.
Quote pakwetizzaqyah 18-1-2021 11:59 AM
habis tu nk dngar dakwah kau
tunggu tua2 baru nak kawin nak ada zuriat?
sibuk anak org nk kwin awal
bukan kau yg bg bdk2 tu makan
yg tua2 pun belambak tak matang dn blum tentu mampu hingga akhir hayat
yg kerja kerajaan pun mcm2 cerita
dpt gaji perabis beli mcm2
last2 bini anak tak tertanggung
asyik tak de duit memanjang
udah2 le mempopularkan pendapat half baked so called tv personaliti ni
hehehehe
Quote Daftpunk_shine 18-1-2021 11:59 AM
Kawin sebab tengok semua orang dah kawin. Nak ada anak sebab tengok semua orang ada anak.
Quote TerataiMelur02 18-1-2021 12:03 PM
Betul sangat. Kawin ni toksah la tergesa2.
N sebenarnya kalau tak kawin pun ok je bukan 1 dosa pun. Cuma masyarakat kita ni je gelabah kalau orang tak kawin.
Quote ussopp 18-1-2021 12:13 PM
dalam bab kahwin..tidak ditetapkn apa apa...bebas nk kawin muda atau tua...
org nk kawin biar lh.....islam nk jga dr zina ank haram. cerai berai ni  mmg akn ada ja. itu bkn alasan
Quote bakingsoda 18-1-2021 12:18 PM
aku setuju kalau couple bbnu tu reti tahan nafsu tau batas sblm kawin, kalau iman goyah baik kawin je la dari beranak dapat baby tak sah taraf. kesian gila baby tak bersalah, kena pulak baby girl. nanti dah besar nak kawin habis orang tau dia dulu hasil zina. yg kolot sikit anggap budak tu kotor. yg tua di kata matang pada umur ramai gak kawin cerai nya, perangai tak kurang mana pon dari bbnu bila bertekak.
Quote URUHA 18-1-2021 12:21 PM
Orang yg sibuk persoalkan orang lain yg jodoh lambat ni mungkin x percaya qada’ & qadar. Jodoh cepat atau lambat semuanya Allah tentukan. Buat orang yg selalu kecoh pasal isu andartu, Siti Khadijah pun kahwin masa umur 40. Ada bran ke nak panggil beliau andartu?

Dalam hal ni meols sokong je statement Fedtri. Kahwin la bila betul2 dah ready nak pikul tanggungjawab & bukannya sebab nak ikut2 orang / fikir nak seronok je. Isu kahwin awal ni jadi annoying bila orang duk bangga kahwin awal & then ada mulut2 jahat yg mengata orang kahwin lambat. Kahwin awal pun x guna kalau rumah tangga berantakan. Jadi la orang yg open minded & x payah nak risau pasal jodoh orang lain. Setiap orang ada definition gembira yg tersendiri.
Quote makneng 18-1-2021 12:36 PM
Kang ada yg meroyan kawen lambat dikatanya menjatuhkan ekonomi negara..
Quote otai_g 18-1-2021 12:47 PM
Biasa dulu kalo nak buat kerja merbahaya dan blh membawa maut akan ckp mcm ni, ko lah buat dulu, aku belum kawen lg
Quote adikfatin 18-1-2021 01:04 PM
Kita dulu2 main kawen kawen je...budak skrg kawen betul...sebab teknologi gajet la budak skrg ni gatai lebih. Kita dulu bila kena kenen2 dengan lain jantina punyalah malu tersipu2...budak skrg darjah 2 dah siap booking itu pakwe aku makwe aku. Sebab tu sekarang kena elakkan kenen budak kecik sesama budak seusia depa sebab depa terlampau terkedepan dari kita yang dewasa ni sebab kecanggihan teknologi yg mana depa mudah belajar dan cepat dapat ilmu yang susah dikaw
Quote salmon-suki 18-1-2021 01:17 PM
Kawin sbb trend .pastu cerai pn trend jgk nti..sbb masing2 belum puas enjoy single life..n tgk y kawin muda ni sbb nafsu jgk,mnggedik xsabar nak buat s*x...and msti sbb duit,pmpuan xnak keje,xnk susah payah pk psl duit,kawin laa solusi dia,biar toklaki y tanggung. Bila dah xde duit,bercerai berai..sorry,not my type of life..
Quote seulgi 18-1-2021 01:31 PM
Your life,your choice..kahwinlah usia berapa pun asalkan tak menyusahkan mak bapak dan masyarakat sekeliling.biaq pi la budak2 muda nak kawen kadang bukan boleh dengar nasihat sapa2 pun kalau dah gatal meghela.doakan je la rumahtangga mereka aman damai.kalau ada masalah,janganlah bersedih page krt sentiasa ada untuk anda
Quote Aneem 18-1-2021 01:33 PM
Budak skrg cpt nau matangnya.
Umo 13 tahun dh mengelinjat nak berlaki bini.
Kena lak kawin fikir nak sedap je.
Kau tnggu ada anak nnti.
Dgn keja laki bini tak berapa nak semenggah, duit pn tak brp nak ada, hm melingkup.
Quote cicicumel 18-1-2021 01:37 PM
Kahwin jer but pls pakai kondom or makan ubat jgn kasi preknen.. Nak anak biar dh habis blaja..
Quote zeetot 18-1-2021 01:38 PM
Ada betul nya jugak. Sebab i dah encounter dua situasi yg mana si ayah beria nak anak perempuannya terus jalan. 1 tu red flags dah ada tapi insist jugak. And lagi 1 tu, kerja tetap pun belum ada, kebetulan mak nya meninggal, lagi didesak suruh cepatkan kahwin.
Quote fairy_fairy 18-1-2021 01:38 PM
Iols tau ramailah bebudak ni kahwin muda sebab nak menghalalkan seks saja. Yang penting, kalau tak bersedia dari segi mental dan duit nak beranak, tolonglah merancang okay.
Quote lee_sakura 18-1-2021 01:41 PM
iols setuju je dgn pendapat dia...perkahwinan bukan trial & error...
Quote hahahuhuhaha 18-1-2021 01:49 PM
Setuju sangat dengan fedtri..

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top