Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PKP: Kelantan Hadkan 12 Jemaah Solat Jumaat, Fardu

17-1-2021 11:57 PM Komen: 3


Kota Bharu: Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Januari ini bagi masjid di negeri itu, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai langkah membendung penularan Covid-19 di negeri berkenaan.

Tengku Mohamad Rizam menjelaskan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadat itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa masjid.

"Bagi surau dan musalla pula bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya membuat saringan suhu badan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir.

"Bagi mereka yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.4 celsius tidak dibenarkan memasuki masjid termasuk mereka yang bergejala seperti batuk, demam, selsema dan sakit tekak. Malah, ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat itu," katanya.

Beliau turut berkata jemaah hendaklah memakai pelitup muka dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran masjid selain perlu mengamalkan penjarakan fizikal antara jemaah ketika menunaikan solat sekurang-kurangnya satu meter.

"Bagi memastikan kebersihan, penyediaan cecair pembasmi kuman perlu disediakan di pintu-pintu utama untuk kegunaan pegawai dan jawatankuasa ketika masuk dan keluar masjid dan mereka juga diingatkan supaya membawa sejadah serta mengambil wuduk dari rumah masing-masing sebelum ke masjid.

"Kesemua jemaah perlu segera meninggalkan ruang solat setelah selesai menunaikan solat dan khutbah dan solat Jumaat di semua masjid perlu diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat," katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan berkuat kuasa esok hingga 26 Januari, susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu.


Sumber : Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote TOPwind 18-1-2021 07:58 AM
12 jemaah tu bukan solat jumaat- tu solat zohor

Lain-lain Komen

Quote Belibis 17-1-2021 11:59 PM
Masih relevan lagi ke check suhu? Kebanyakan takde demam pun +ve kobid.
Quote wnwa05 18-1-2021 12:16 AM
Belibis replied at 17-1-2021 11:59 PM
Masih relevan lagi ke check suhu? Kebanyakan takde demam pun +ve kobid.


tak kot. PKP tahun lepas relevan sebab ada yg jaga. sekarang scan pakai my sejahtera nak tulis mana suhu? yg tulis pun ntah betul tak.main scan pakai tapak tangan je aku tengok


Quote TOPwind 18-1-2021 07:58 AM
12 jemaah tu bukan solat jumaat- tu solat zohor

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top