Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Luar Biasa! Siap Bina Pusat Kuarantin 1,500 Bilik Dalam Masa 5 Hari

17-1-2021 11:29 PM Komen: 5


SHIJIAZHUANG: Pembinaan fasa pertama 1,500 bilik pusat rawatan berpusat bagi jangkitan COVID-19 di ibu kota Hebei siap sepenuhnya dalam masa lima hari.

Pusat kuarantin itu yang dibangunkan di atas tanah sebuah kilang adalah satu daripada antara enam lokasi pusat penempatan dan rawatan sementara kes jangkitan COVID-19, di bandar Nangong.

Difahamkan, sebanyak 6,500 bilik lagi akan dibina di bandar itu dalam jangka masa terdekat sebagai persediaan mengekang penularan COVID-19.

Setiap bilik akan dilengkapi katil, pemanas elektrik, tandas, sinki dan kemudahan jalur lebar (WiFi), lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga semalam, lebih 800 penduduk yang didapati ada kontak rapat dengan individu positif COVID-19 sudah dipindahkan di pusat kuarantin yang disediakan.

Projek pembinaan itu dimulakan pada 10 Januari lalu selepas kluster baharu kes COVID-19 dikesan di bandar itu.

Sementara itu, pengurus projek pembinaan pusat kuarantin berkenaan, Qu Peicheng, berkata dianggarkan 300 pekerja bekerja secara dua syif siang dan malam bagi memastikan kemudahan itu siap dalam kadar segera.

"Tangan kami kerap kali kebas kerana bekerja dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk iaitu di bawah -16 darjah celsius.

"Kami amat berharap kerja keras ini berbaloi dan penduduk di sini dapat meneruskan kehidupan normal secepat mungkin," katanya.

Satu lagi pusat kuarantin yang sama dengan kapasiti 3,000 bilik akan dibina di sini. 



Sumber - AGENSI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anony-mous 18-1-2021 09:13 AM
Klau mcm ni sedap sikit kuarantin. Mcm dkt maeps xbest

Lain-lain Komen

Quote TOPwind 18-1-2021 08:02 AM
rakyat ramai system satu je bahasa pun satu budaya pun satu gaji ok cara berkerja pun tiada diskriminasi sbb rakyat dan bangsa sendiri so senng dikawal lagi pun tiada yg baca doa 100% Kerja.
Quote Tinot7 18-1-2021 08:08 AM
sapa bayar wifi air letrik tu nnt?

Setiap bilik akan dilengkapi katil, pemanas elektrik, tandas, sinki dan kemudahan jalur lebar (WiFi), lapor agensi berita Xinhua.
Quote dodolgemok 18-1-2021 08:54 AM
Meanwhile dekat tanah ayer, abahcow luluskan peruntukan 3 biji dewan kat kawasan dia dgan harga RM35 juta. Kahkahkah!
Quote ResellerMaxis 18-1-2021 09:04 AM
dodolgemok replied at 18-1-2021 08:54 AM
Meanwhile dekat tanah ayer, abahcow luluskan peruntukan 3 biji dewan kat kawasan dia dgan harga RM35 ...

50% dah confirm masuk kocek abah, family n friend. xpe nanti abah or geng geng pas boleh bacakan doa. berkat lah duit dan dewan tu
Quote anony-mous 18-1-2021 09:13 AM
Klau mcm ni sedap sikit kuarantin. Mcm dkt maeps xbest

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top