Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Anak Nash Sambung Perguruan Di Akademi Bola Sepak FC Malaga City, Sepanyol

17-1-2021 03:34 AM| Komen: 39



Misi menakluk bumi Sepanyol kini bermula buat anak penyanyi rock terkenal negara Nash Lefthanded, Aniq Asri yang berangkat ke Eropah malam semalam untuk menyambung latihan di akademi bola sepak FC Malaga City.

Jelas Aniq, dia amat teruja untuk kembali ke Sepanyol selepas terpaksa pulang pada pertengahan tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 dan kali ini pemergiannya adalah untuk mencabar tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Kata bekas pemain belia UiTM FC itu, dia enggan menoleh ke belakang dan berazam memanfaatkan sebaiknya peluang beraksi di sana sekali gus cuba memikat perhatian kelab yang lebih besar.



"Itu (curi perhatian kelab lain) sasaran utama untuk dapat pasukan dekat sana, kira ada pencari bakat yang akan pantau dari sana sebab saya pergi sana pun untuk orang lihat dan nilai.

"Jadi sasaran utama adalah untuk dapat tempat dalam pasukan. Mana tahu dapat dipanggil oleh kelab lain macam Real Madrid atau Villarreal," katanya kepada Arena Metro.

Menurutnya, sebaik tiba di Sepanyol nanti, dia akan terus menjalani latihan pada Isnin ini.

"Sana tak ada kuarantin dan bila sudah sampai, terus buat pemeriksaan kesihatan macam ujian calitan dan kemudian sudah boleh mulakan latihan Isnin ini," katanya yang akan beraksi dengan pasukan bawah 19 Malaga City.

Sementara itu, Nash atau nama sebenarnya, Nasharudin Elias yang mengiringi Aniq di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang malam semalam, mendoakan anak lelakinya itu akan pulang dengan membawa kejayaan.

"Dia sambung balik latihan yang tergendala sebelum ini dan InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral, dia akan beraksi semula dengan Malaga.

"Saya cuma mendoakan supaya dia dapat pergi sana dapat kejayaan. Bila dia balik ke Malaysia nanti, mudah-mudahan dia dapat tempat.

"Selain itu, semoga dia dapat menaikkan nama negara dan kelab di Malaysia pula bila dah balik sini," kata Nash.

Selain Aniq, terdapat tiga lagi pemain muda negara bersama akademi itu antaranya Allee Putra Azril, M Devekumaran dan Mubashshir Azizi.



Sumber: HarianMetro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 39
Komen

Previous : Wany Hasrita Tak Suka Pakai Ketat, Tak Kisah Kalau Baju Selalu Kena Kutuk

Next       : Kenapa Baru Sekarang Sarah Hildebrand Dedah Makan Hati Dengan Hos MeleTOP?

Komen Terbaru

Quote refleCtion 23-1-2021 12:26 PM
Bukan nash ni pernah kawin dgn arwah sosilawati ke....tp jodoh x panjang

Lain-lain Komen

Quote Rhyno 17-1-2021 04:03 AM
so apa kaitan perguruan dengan bola sepak?

confuse iols.
Quote doubleA 17-1-2021 04:50 AM
"Berguru" bola sepak la ni iols ingatkan course cikgu2 mengajar di sekolah tu. semoga berjaya dik
Quote little_sis 17-1-2021 04:52 AM
Baca tajuk aku ingatkan dia amik kursus perguruan nak mengajar org main bola sepak, rupanya dia yg jd pemain bola sepak tu...
Quote cap_ayam 17-1-2021 05:03 AM
Teringat gambar lama masa Nash ni bersanding dengan maknya si footballer ni.. rambut panjang pakai baju songket. Google gambar tu tak jumpa pulak.
Quote Kurex 17-1-2021 06:49 AM
Nak main bola aniq
Quote Fafaaisa 17-1-2021 06:54 AM
Kurex replied at 17-1-2021 06:49 AM
Nak main bola aniq

Amboi kurex, bola apa tu..bola bola api ke
Quote Fafaaisa 17-1-2021 06:55 AM
Hensem anaknya..maknya cantik kah?
Quote Acikgomen 17-1-2021 07:04 AM
Fafaaisa replied at 17-1-2021 06:55 AM
Hensem anaknya..maknya cantik kah?

Budak ni takde muka Nash langsung. Konfem muka maknye nih
Yg acik ingat, bekas bini Nash ni tibahhhhhh ja lari tinggai Nash
Ape yg heshe tak tahan dgn si Nash ni tatau la
Terer jugak Nash kaberlain
Quote kiah_mai_pulak 17-1-2021 07:11 AM
tahniah dan semoga berjaya
Quote faraway1 17-1-2021 09:29 AM
Ceh ingatkan dia belajar nak jadi jurulatih bola sepak.
Quote missHaidiD 17-1-2021 09:49 AM
Bagus nash ni. Bapak yg suport minat ank.  Mak aniq kalau gk dlm gmbau kawen nash yg baju songket tu kecik comel je orgnya.  
Quote kuzaime 17-1-2021 10:28 AM
Ingat2 lupa dah dia ngan bininya dulu cerai hidup / mati. Sbb ada baca kat majalah dulu2 yg bila anak ppuan dia kali pertama datang haid, dia menggelabah x tau nak buat / cakap apa. Dia mintak tolong kawan retis ppuan dia utk ajar apa yg patut kat si anak.
Quote Rob07 17-1-2021 10:33 AM
Kat sana  covid tengah bermaharajalela dik
Quote Fafaaisa 17-1-2021 10:55 AM
Sepatutnya anak nash sambung berguru di sepanyol...ni perguruan..jd guru pulak..haha
Quote sukacactus 17-1-2021 11:05 AM
Fafaaisa replied at 17-1-2021 06:55 AM
Hensem anaknya..maknya cantik kah?

Cantik...masa kawin tu dia stewardess
Slps beberapa org ank, xtahan hidup sederhana kot, blah ikut laki lain
Quote exclusive_vvip 17-1-2021 11:24 AM
not bad rupa anak dia..ikut rupa mak sungguh
Quote asamfish 17-1-2021 11:30 AM
Bekas bini Nash dulu lawa...(bagi aku yang selebet time dulu2 la)
Hidung mancung, dagu runcing
Kalau ikut gossip2 dulu, cerai sbb bini dia ada org lain
Kecoh juga la dulu...ini aku baca dlm Mingguan Perdana and Bacaria la
URTV, Variopop semua tu rasanya tak bagi detail sgt
Quote VespaSilbe 17-1-2021 11:37 AM
Acikgomen replied at 17-1-2021 07:04 AM
Budak ni takde muka Nash langsung. Konfem muka maknye nih
Yg acik ingat, bekas bini Nash ni  ...

Anak Nash ke kaka
Nih bukan anak binik baru ke
Nama dia bukan bin Nasharuddin tapi bin Asri
Anak tiri kan
Quote Tasikchini 17-1-2021 11:48 AM
Tajuk pun...konpius aku

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top