Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tanah Mendap Dekat Tapak Lombong Kuala Selangor, Tiada Kemalangan Jiwa

17-1-2021 01:58 AM Komen: 4
Tangkap layar kejadian tanah mendap berhampiran kawasan perlombongan mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor pada 16 Januari 2021.


SHAH ALAM, 16 JAN: Insiden tanah mendap dilaporkan berlaku berdekatan kawasan perlombongan mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor pada jam 6.45 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata tanah berkenaan menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun tapak operasi telahpun ditutup dan semua aktiviti operasi dan penjualan dihentikan.

Pasukan tindakan kecemasan kami sedang bekerjasama dengan bomba dan polis untuk memantau keadaan tapak operasi, kata Suhaimi Khalidi dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti kerosakan dan kerugian lain di kawasan tapak dan lokasi berhampiran.

Menurutnya, pasukan khas juga ditubuhkan dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

Keselamatan tetap menjadi keutamaan KSSB dan kami ingin meyakinkan pihak awam bahawa keadaan terkawal dan tidak terdapat risiko kesihatan dan alam sekitar setakat ini, katanya.



Sumber : Selangorkini

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 01:29 AM
Terkawal apa camtu dah macam lombong tergolek
Ngeri tengok

Lain-lain Komen

Quote wnwa05 17-1-2021 03:25 AM
Quote MissyMolly 17-1-2021 12:22 PM
Edited by MissyMolly at 17-1-2021 12:27 PM

Takodnyaaa.. musim hujan lagi la kot kn
Quote dudaberhias 17-1-2021 12:25 PM
omg scarynya dan seriau...
iols sekarang ni seriau tengok yang kat bukit antarabangsa tu je...

apartment2 di tepi bukit nampak pemandangan meletop kl...
Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 01:29 AM
Terkawal apa camtu dah macam lombong tergolek
Ngeri tengok

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top