Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PKP: 1,200 Anggota JPJ Digerak Bantu Polis Mulai Hari Ini

16-1-2021 02:26 PM Komen: 1

Kredit : Harian Metro


PUTRAJAYA, 16 JAN: Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Jan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

JPJ berkata kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan tatacara operasi piawai (SOP) dengan lebih serius.

Gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.

Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS), kata JPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, langkah bersepadu ini wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.

Justeru, JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan.



Sumber C BERNAMA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
0
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rangerx 17-1-2021 03:09 PM
terima kaseh jpj

Lain-lain Komen

Quote rangerx 17-1-2021 03:09 PM
terima kaseh jpj

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top