Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim Abu Shah kembali ke UiTM

16-1-2021 01:17 PM Komen: 26



Putrajaya: Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, bermula 18 Januari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam satu hantaran melalui Facebook pagi ini menyampaikan ucapan tahniah kepada Ibrahim, 73, atas pelantikan itu.

"Tahniah saya ucapkan kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya yakin berbekalkan pengalaman luas dalam dunia pendidikan di negara ini, beliau mampu meneruskan kegemilangan UiTM dalam usaha membantu anak Bumiputera mendapat pendidikan tertinggi dan menghasilkan profesional bersaing di dalam dan luar negara," katanya.

Difahamkan pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 18 Januari 2021 hingga 17 Januari 2024.

Ibrahim menggantikan pengerusi sebelum ini, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang tamat tempoh perkhidmatan pada semalam.

Anak kelahiran Melaka itu memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang pada 1975 dan Naib Canselor Kedua UiTM bagi tempoh sembilan tahun bermula pada 1 Januari 2001 dan bersara pada 31 Disember 2009.

Pada 14 Oktober 2017, beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada Istiadat Konvokesyen ke-87, UiTM.



Sumber : HarianMetro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote SkinnyLejen 17-1-2021 07:51 PM
Napa yusuf haslam x amik as cameo gerak gerak gerak khas (tibahhh)... misai da sajak da... uitm dihatiku

Lain-lain Komen

Quote jalfa 16-1-2021 01:23 PM
Dia nc masa iols mengaji kat uitm dulu...dah 73 tahun..meols pon dah kertu.....tahniah
Quote Mopiko 16-1-2021 01:25 PM
jalfa replied at 16-1-2021 01:23 PM
Dia nc masa iols mengaji kat uitm dulu...dah 73 tahun..meols pon dah kertu.....tahniah



hi alumni.. kos apa



Quote Themilo 16-1-2021 01:26 PM
jalfa replied at 16-1-2021 05:23 AM
Dia nc masa iols mengaji kat uitm dulu...dah 73 tahun..meols pon dah kertu.....tahniah

Sama la..
Quote nazzse 16-1-2021 01:26 PM
Kuat main politik jgk masalahnya
Quote syamzana 16-1-2021 01:29 PM
Themilo replied at 16-1-2021 01:26 PM
Sama la..

muda lagi uols ni. dia ni nc masa i ngajar dulu. stress. malangnya lepas dia pun naik org peel lbh krg je.huhu
Quote Tinot7 16-1-2021 01:31 PM
tahniah... slamat bekerja
Quote jalfa 16-1-2021 01:32 PM
syamzana replied at 16-1-2021 01:29 PM
muda lagi uols ni. dia ni nc masa i ngajar dulu. stress. malangnya lepas dia pun naik org peel lbh ...

Hi lecterer..haha peel camno..kawan sebilik meols cukup bangga dgn nc ni..org melakau katanya
Quote sharlenetexas 16-1-2021 01:33 PM
Baca tajuk ingatkan kembali ke rahmatullah.

Quote syamzana 16-1-2021 01:38 PM
jalfa replied at 16-1-2021 01:32 PM
Hi lecterer..haha peel camno..kawan sebilik meols cukup bangga dgn nc ni..org melakau katanya

lectr apooo...meols bertunggu tangga kat forum ni ha skrg.hahaha.houswife oledi.
biasa lar peel org2 atasan ni...kuat politik pun ye jugak.kite yg bilis2 ni jenuh nak hadap.tak sgka masuk blk uitm dia ni.
Quote merrissa 16-1-2021 02:00 PM
sharlenetexas replied at 16-1-2021 01:33 PM
Baca tajuk ingatkan kembali ke rahmatullah.

tula terkejut..lepas tu baca komen...cakap tahniah.....ap ke org meninggal ckp tahniah...hehe...

rupanya kembali
Quote sharlenetexas 16-1-2021 02:02 PM
merrissa replied at 16-1-2021 02:00 PM
tula terkejut..lepas tu baca komen...cakap tahniah.....ap ke org meninggal ckp tahniah...hehe ...

Kat page depan Cari nampak tajuk sekerat je

Quote ayorsuam 16-1-2021 02:05 PM
Edited by ayorsuam at 16-1-2021 02:09 PM

Cheh aku baca "rahmatullah"...

Masa aku ambik dip, misai dia hitam..masa aku ambik degree misai dia hitam...masa aku amik master misai dia hitam...Ni aku dah tua bangka beruban pun misai dia menten hitam lagi..... Apa rahsia?
Quote merrissa 16-1-2021 02:07 PM
syamzana replied at 16-1-2021 01:38 PM
lectr apooo...meols bertunggu tangga kat forum ni ha skrg.hahaha.houswife oledi.
biasa lar peel o ...

dengar cter rasa abu shah ni tidak di gemari oleh staf uitm...ke si sahol..ntah...sapa tahu citer hehehe #jomgosip
Quote ayorsuam 16-1-2021 02:11 PM
merrissa replied at 16-1-2021 02:07 PM
dengar cter rasa abu shah ni tidak di gemari oleh staf uitm...ke si sahol..ntah...sapa tahu citer  ...

Hahaha. Sebabkan dia dipanggil Abu Shah ....lupa dah nama dia Ibrahim...
Quote bondeh 16-1-2021 02:12 PM
sharlenetexas replied at 16-1-2021 01:33 PM
Baca tajuk ingatkan kembali ke rahmatullah.

Khenzzzz... anyway ramai alumni UiTM dihatiku jadi acik forum kikiki termasuk meolls
Quote makneng 16-1-2021 02:18 PM
Benang dak2 uitm nih... Mak minggir lahh
Quote ifanonline 16-1-2021 02:21 PM
uitm ramai andartu
Quote KIM.K 16-1-2021 02:22 PM
merrissa replied at 16-1-2021 02:07 PM
dengar cter rasa abu shah ni tidak di gemari oleh staf uitm...ke si sahol..ntah...sapa tahu citer  ...

Si sohai tu alumni buang pasal kacang suda lupakan kulit. Kemain layar perakkan diri dia
Quote Nenolen 16-1-2021 04:02 PM
Masih berbini dua kah abu shah
2nd wife dia sebaya kaka

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top