Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Harian COVID-19 Di China Cecah Angka Tertinggi Dalam 10 Bulan

15-1-2021 05:58 PM Komen: 15
Petugas perubatan mengambil sampel saringan COVID-19 di bangunan pejabat di Harbin, wilayah Heilongjiang, China. - Foto AFP


SHANGHAI: China merekodkan jumlah tertinggi membabitkan kes harian COVID-19 dalam tempoh 10 bulan susulan lonjakan kes di kawasan timur laut negara itu yang menyaksikan lebih 28 juta penduduk dikenakan perintah berkurung.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, sebanyak 144 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat daripada 138 kes yang direkodkan sehari awal, sekali gus menjadikan bilangan tertinggi sejak 202 kes yang pernah dilaporkan pada 1 Mac tahun lalu.

Menurut suruhanjaya itu, 135 daripada kes harian itu membabitkan jangkitan tempatan dengan 90 direkodkan di wilayah Hebei, iaitu berhampiran Beijing yang dilanda gelombang baharu wabak berkenaan.

Katanya, 43 lagi dilaporkan di bahagian timur laut wilayah Heilongjiang dengan wilayah Guangxi dan Shaanxi masing-masing melaporkan satu kes positif.

Susulan itu, pihak berkuasa meminta orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan perjalanan tidak penting ketika cuti Tahun Baharu bulan depan.

Ratusan juta penduduk di China kebiasaannya mengambil peluang cuti itu untuk pulang ke kampung atau melancong.

Jumlah kes COVID-19 tanpa simptom di mana China tidak mengklasifikasikannya sebagai kes yang disahkan, menurun kepada 66 daripada 78 pada hari sebelumnya.

Keseluruhan jumlah kes positif COVID-19 di Tanah Besar China ialah 87,988 kes dengan bilangan kematian kekal 4,635.

Pengiraan suruhanjaya itu bagaimanapun tidak membabitkan kes di Macau dan Hong Kong yang melakukannya secara berasingan meskipun ia adalah wilayah China. 




Sumber : AGENSI/BHonline


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote zjen 17-1-2021 11:20 PM
naper bodoh sgt deols tak reti wat kat xinjiang

Lain-lain Komen

Quote nazzse 15-1-2021 06:02 PM
Dalm 10 bulan semalam baru bertambah 1 kematian meanwhile negara lain hari2 ada kematian..

Senyilum sinis je lah
Quote adelea 15-1-2021 06:13 PM
seriusss china free covid in the last10 months ?
cam menipu je ...  
Quote ais_kosong 15-1-2021 06:38 PM
WHO masuk terus kes mencanak.. hmmmm
Quote Belibis 15-1-2021 11:53 PM
adelea: seriusss china free covid in the last10 months ? cam menipu je ...

Tak nipu bukan cina lahhh..
Quote RatuDunia94 16-1-2021 12:34 AM
Negara dia yg buat virus ni.. negara lain yg mcm nak mampus..
Quote azwanaliori 16-1-2021 12:44 AM
saje la tu nk push vaccine igt org bodoe ke dan dan laaa
Quote chinta89 16-1-2021 07:20 AM
RatuDunia94: Negara dia yg buat virus ni.. negara lain yg mcm nak mampus..


Lps tu dang2 je dulu tu tiberrr langsung xde angka peningkatan. Statik. Penipu btl.
Quote kakakpositifker 16-1-2021 08:22 AM
Biar betul. Rakyat punya ramai. Tiba2 kosong 10 bulan. Ni mana datang pula datang balik. Membohong!
Quote epuepy 16-1-2021 01:44 PM
Terbaik China. Covid asal dri tmpt dia, Alih2 negara dia rilek2 je. Negara lain separuh mati control covid. Senyum sinis jahh
Quote pyropura 17-1-2021 04:09 AM
Ni sebab gomen PH China tak sekat pelancong China la ni, sebab tu kes mencanak. Masih kajian demi kajian. Coronapalatau.
Quote merrissa 17-1-2021 08:17 PM
Edited by merrissa at 17-1-2021 08:18 PM

Alahai china ... semua benda dia boleh tipu... telur tipu...sayur tipu... angka covid takkan lah dia tak leh tipu #donespeku
Quote AniSani 17-1-2021 08:19 PM
drama queen beraksi kembali..fear mongering is back babey
Quote VirginLady 17-1-2021 09:41 PM
ye ke...ari tu elok2 bersesak2 new yeat cam xde pa per.


Kita tgk pulak CNY camner
Quote ultra78 17-1-2021 10:00 PM
adelea replied at 15-1-2021 06:13 PM
seriusss china free covid in the last10 months ?
cam menipu je ...

Mmg menipu pun. Dari awal lagi cover-up.
Quote zjen 17-1-2021 11:20 PM
naper bodoh sgt deols tak reti wat kat xinjiang

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top