Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Terdesak Kekalkan Kuasa, Dr Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator

15-1-2021 03:57 PM Komen: 26
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator.

Menurut Dr Mahathir, penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa.

Kata Dr Mahathir, meskipun sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun Muhyiddin tetap memilih untuk melaksanakan darurat kerana terdesak untuk mengekalkan kuasanya.

Kita mengorbankan demokrasi untuk berikan beliau kuasa penuh... buat apa beliau suka. Beliau dalam erti kata sebegitu adalah seorang diktator.

Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh, katanya dalam temu bual bersama stesen radio BFM pada Jumaat.

Foto: Awani

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang tersendiri untuk mengawal pandemik malah keadaan negara ini juga bukanlah di luar kawalan seperti negara lain.

Tegasnya, di negara lain ada yang rakyatnya melakukan protes bagi membantah keputusan kerajaan namun di Malaysia, keadaannya berbeza dan rakyat patuh kepada arahan kerajaan.

Walaupun Muhyiddin ada kuasa mutlak, beliau tidak melakukan secukupnya untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan pandemik ini.

Beliau tidak buat apa sangat dalam mentadbir negara. Ekonomi merosot dan rakyat merana akibat tindakan yang dilaksanakan. PKP menjejaskan rakyat dengan hilang pendapatan dan ramai yang tidak ada makanan, ujarnya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memperkenankan permohonan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos 2021.

Pengisytiharan itu menyebabkan semua persidangan Parlimen dan DUN digantung hingga Ogos.

Sehari sebelum itu, kerajaan mengumumkan PKP sekali lagi di enam negeri C Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah C dari 13 hingga 26 Januari.

PKP Bersyarat (PKPB) pula dikuatkuasakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan sementara Perlis dan Sarawak, kekal dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP). -CARI

Sumber: Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ifanonline 17-1-2021 09:30 AM
org tua sudah nyanyuk

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 15-1-2021 04:02 PM
Kalau baca apa yang prof shamrahayu tulis.. Yang berkuasa skrg ni actually Agong.

Kuasa executive anytime Agong nk bubar dia blh buat mcm thanos.. Petik jari ja.

Semoga Mumia96 dpt bersabar ye.. Hehehe
Quote axl_bach 15-1-2021 04:10 PM
Normabaru replied at 15-1-2021 04:02 PM
Kalau baca apa yang prof shamrahayu tulis.. Yang berkuasa skrg ni actually Agong.

Kuasa executiv ...

Harap btollah apa yg diterangkan oleh Pyof Syamrahayu tu iaitu YDPA yg pegang kuasa....
Quote angelofish 15-1-2021 04:39 PM
ai baca tajuk pon buat ai tergelak.diktator fosil mengata orang lain diktator.dia tak cermin muka ke?
Quote makneng 15-1-2021 04:40 PM
Atok cakap depan cermin ke? {:smile
Quote TuntungReturn 15-1-2021 04:55 PM
zaman dia dlu tesilap kata siapa mahathir pun kena gam
Quote Tinot7 15-1-2021 05:05 PM
tak tau nak gelak ke apa... pot calling kettle black
Quote Zeatyisaac 15-1-2021 05:09 PM
Talking to the man in the mirror?
Quote irish_ieka 15-1-2021 05:23 PM
siapa tahu alamt rumah tun M? nak hantar cermin
Quote iman_kasih 15-1-2021 07:08 PM
Barangkali.....hanya diktator yg mengenal diktator yg lain
Quote Belibis 15-1-2021 08:07 PM
Siri bercakap dengan jin,ehhh dengan cermin.
Quote xemo 15-1-2021 08:42 PM
terbahakkkkkkkk!

so kalau yg nak jadi PM berkali2 n PM sampai mati tu dipanggil apa pulak ek?
Quote rogayahtop 15-1-2021 08:43 PM
Hanya johari yg kenal maniam
Quote MontanaHannah 15-1-2021 08:47 PM
Bila diktator  kata org lain diktator ....
Quote jalfa 15-1-2021 08:51 PM
Sama macam bodokan rakyat 22 tahun kan
Tapi part ni aku setuju dgn atok.word darurat beri kesan besar kpd ekonomi negara walau darurat politik..malaysia bukan mcm negara lain yg asik merusuh sana sini
Quote noor2 15-1-2021 08:58 PM
Kagum dgn tun yg x penat2 berpolitik...
Quote dizekni 15-1-2021 09:03 PM
Atok menangis je,

habis semua korang pangkah PH

mudahnya korang kena kencing dengan orang tua tu
Quote Decaffeinated 15-1-2021 09:06 PM
Atuk diktator tu semua tau

Aku tertarik apa yang dia nak sampaikan tu. So abah Din diktator ka tak? Nampak macam lembut di luar...


Quote Perawankota 15-1-2021 09:28 PM
Sapa sebenarnya yg Beria2 nk pru? Rakyat marhean x ckp Apa2 pon
Quote underground 15-1-2021 09:42 PM
contohi la atuk. zuhud. demokratik.

m nasir baru cakap "siapa mahathir???" terus kena ban dan gam bagai..

nasib tak kena tahan ISA.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top