Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Aku Kat Penjara, Kau Skandal Dengan Bini Aku!"

15-1-2021 03:40 PM Komen: 51
Angkara tidak melunaskan hutang termasuk mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang menyebabkan seorang lelaki dipukul sebelum dilarikan tiga individu di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nyior, Butterworth dekat sini, petang semalam.

Terdahulu, mangsa berusia 38 tahun keluar daripada Proton Wira di persimpangan lampu isyarat berkenaan sambil berlari dan menjerit meminta tolong.

Insiden jam 5.38 petang itu disaksikan seorang wanita yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar sebelum tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, saksi yang bekerja sebagai kerani melaporkan yang dia berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum ternampak seorang lelaki keluar daripada sebuah kereta sambil menjerit meminta tolong.

Foto: Harian Metro

"Saksi turut memaklumkan, sejurus kemudian, keluar dua lagi lelaki daripada kereta berkenaan dengan memegang seutas tali. Kedua-duanya mengejar sebelum menangkap mangsa.

"Susulan laporan, kami melakukan risikan sebelum menahan tiga suspek, termasuk dalangnya, pada jam 11.30 malam hari yang sama di sebuah rumah flat di Mak Mandin. Ia turut dijadikan lokasi mangsa dikurung.

"Kami menemui mangsa dalam keadaan tangannya diikat selain ada kesan kecederaan pada kepalanya. Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, suspek utama iaitu lelaki berusia 40 tahun bertindak sedemikian kerana berang mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang berusia 32 tahun ketika dia menjalani hukuman di penjara.

Selain itu, mangsa juga dikatakan meminjam wang RM2,300 daripada isteri suspek dan tidak membayarnya semula.

"Pada masa sama, mangsa turut dipercayai menggunakan nama isteri suspek untuk membuat pinjaman daripada along menyebabkan suspek bertambah berang," katanya.

Menurut Noorzainy, pada mulanya, suspek utama yang baru tiga bulan dibebaskan daripada penjara bersama dua lagi rakan jenayahnya berusia 24 dan 25 tahun mengajak mangsa berjumpa di sebuah tempat.

Suspek mendesak mangsa membayar hutang malah membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

"Bagaimanapun, baki akaun bank mangsa hanya tinggal RM23. Suspek utama yang berang kemudiannya menculik mangsa dengan bantuan dua lelaki terbabit," katanya.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati ketiga-tiganya positif dadah.

"Suspek utama yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan dua rakannya yang mempunyai lima serta enam rekod lampau kini direman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bluebutter 20-1-2021 11:18 AM
xy_daen replied at 15-1-2021 05:04 PM
Asal usul mereka ni adalah mat rempit awal tahun 2000..

betuiiii.

bad habit last forever....

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 15-1-2021 03:56 PM
bini hang, hang cepuk dak lagi?
dah sama ja merenyamnya..
Quote Mina2215 15-1-2021 04:01 PM
Geram plak dengan bini dia tu. Haihhhhhhhhhh
Quote nazzse 15-1-2021 04:02 PM
Hidup dalam kejahatan..
Rugi betul
Quote meteorspeed 15-1-2021 04:05 PM
Cash la tp sila lepuk jugak, bini hang..
Quote manehnya 15-1-2021 04:12 PM
Fuhhh mmg patut la kena mcm tu, tp kantoi pula kan

Yg bini awat x p tabuh skli?!

Segak ngat kut??!
Quote kucingitam 15-1-2021 04:14 PM
3-3 takleh pakai, suspek, mangsa dan bini..elok tampaq tiga2 sekali
Quote c===8 15-1-2021 04:20 PM
si bini tu nak bagi poen pree bagi la kat skendel yg berduit
tarak guna punya mangsa.... poen pree, pow duit tuan poen, hutang along guna nama tuan poen
Quote najib888 15-1-2021 04:24 PM
Bini meqenyam cik pit dok main MiChat cari keli hitam... bini lagu tu dok simpan lagi ka? Dayus mastayus la hang ni..
Rimbok jantan takguna tu pasai hutang ka?

Dilema PPRT sungguh...
Quote jofizo 15-1-2021 04:25 PM
kesiannnn.....baru keluar penjara dah sebelah kaki nak masuk blk......mamat yg celup bini hang blh celup lg pasnih........
Quote nanies 15-1-2021 04:30 PM
bini ko tu pun pastu di sesahkan jugak
Quote renko 15-1-2021 04:30 PM
elok mampos jela suma dorg ni sekali bini dia
kurang sikit orang2 bangsat ni habiskan oksigen
Quote lasagnaklcc 15-1-2021 04:30 PM
Tak jadik kesian. Perangai masing2 pon hansuang.
Quote Adrif 15-1-2021 04:32 PM
wow. kesimpulannya, kesemua dalam kes ini tak boleh pakai
Quote dua_chzy 15-1-2021 04:35 PM
c===8 replied at 15-1-2021 04:20 PM
si bini tu nak bagi poen pree bagi la kat skendel yg berduit
tarak guna punya mangsa.... poen pree, ...

Selayaknyalah sheol menikoh banduan.
Quote syamzana 15-1-2021 04:42 PM
dahsyat nya...berliku2 cerita.ahaha. mesti reporter jenuh nak hadam susur galur cerita kot terbelit.
apa pun semua bodoh...gara2 pompuan habis terlondeh.yg bekas banduan maybe jadi banduan balik.yg kaki skandal pun sedih beno duit rm23 jah dlm acc
Quote MontanaHannah 15-1-2021 04:43 PM
Betina itu ko mesti hentam sampai hijau biar jalan terkangkang seumur hidup,tengok jantan mana lagi nak skandal dgn dia.
Quote mamajawie 15-1-2021 04:46 PM
cepuk la skali bini kau tu..cm kes arwah along spoon n arwah polis tu..ujung2 betina birah cari kontol lain n aman2 je kawen lepas dedua da meninggal..hati kering tol tino tu
Quote chinta89 15-1-2021 04:50 PM
Bininya dah dibalun blm?
Quote Nenasketum 15-1-2021 05:02 PM
Aku tak tau samada nak kesian ke atau nak tepuk tangan. Ape ler punya bengap laki bini ni pun

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top