Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Nak Rentas Negeri? Ini Cara Mohon Permit Pergerakan PKP, PKPB

14-1-2021 10:04 AM Komen: 0
Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 13 hingga 26 Januari, orang ramai adalah dilarang untuk melakukan pergerakan merentas daerah dan negeri melainkan dengan sebab tertentu.


Gambar hiasan/HMetro

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah perlu mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB sebelum mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk melakukan pergerakan.



Borang kebenaran ini boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:




Berikut pula langkah-langkah bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Mana-mana individu yang tidak mempunyai kebenaran ini akan diarahkan untuk berpatah balik di sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis.


Sumber: PDRM, Era.je

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top