Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

“Risau Kalau Saya Buat Perkara Tak Elok”-Ibu Bapa Minta Usop Balik Kampung

14-1-2021 10:03 AM| Komen: 5

Tak sampai dua minggu menjalani kehidupan baharu di Kuala Lumpur, penyanyi Usop terpaksa pulang semula ke kampungnya di Kulim Kedah berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata dia diminta pulang ke kampung disebabkan ibu bapanya bimbang sekiranya anak kesayangan mereka tinggal berseorangan di ibu kota.




"Baru nak mulakan kehidupan baru di KL... dah kena balik Kulim semula sebabkan PKP. Ibu bapa saya suruh balik sebab risau kalau saya seorang dekat KL. Sebelum ini, saya duduk rumah sepupu atau ulang alik Kedah ke KL.

"Tapi tahun ini saya nekad untuk duduk di rumah sewa bersama pengurus dan rakan. Pertama kali saya duduk berjauhan dengan keluarga. Mula-mula itu, ibu bapa saya memang berat hati nak biarkan saya tinggal di KL.

"Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok tapi saya ini bukan orang yang buat benda merapu. Kalau habis kerja, balik rumah terus. Bila dah duduk sendiri, baru ada tanggungjawab... kena berjimat cermat," katanya kepada mStar.


Foto: IG

Sebelum ini, naib juara program Big Stage 2020 itu kerap berulang alik dari Kedah ke KL sekiranya mempunyai kerja atau tugasan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun ini memberitahu dia terpaksa bergegas pulang ke Kedah sebaik sahaja selesai menjalani rakaman sebuah program pada malam, Selasa.

Menurut Usop, dia sepatutnya perlu menjalani penggambaran sebuah drama selama sebulan di Kuala Lumpur namun ditunda disebabkan PKP.




Biarpun berasa sedih tidak dapat meneruskan penggambaran buat masa kini, namun Usop meluahkan rasa teruja apabila lagu terbaharunya berjudul Lenyap bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

"Malam Selasa, saya bergegas pulang ke Kulim selepas selesai rakaman sebuah program sebab bimbang terlambat dah nak mula PKP. Ikutkan jadual saya sepatutnya sebulan ini sibuk dengan penggambaran drama.


"Tapi disebabkan PKP, terpaksa penggambaran drama itu ditangguh sehingga PKP tamat. Kalau selepas 26 Januari PKP bertukar PKPB, boleh la buat surat untuk merentas negeri tapi kalau PKP juga, terpaksa tunggu saja la.

"Nasib baik, saya sempat selesaikan penggambaran untuk MV lagu terbaharu saya berjudul Lenyap masa awal Januari lalu. Insya-Allah dalam masa terdekat, lagu terbaharu saya itu akan dilancarkan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Previous : Tak Sampai 2 Minggu Kahwin, Ayda Jebat Disuruh Bercerai Dan Kahwin Dengan Zul Ariffin!

Next       : "Berhenti Hentam Mama Ziela" - Anak Tiri Nafi Ziela Jalil Perampas

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 14-1-2021 07:22 PM
debab_78 replied at 14-1-2021 03:57 PM
kesian dia ni... popular time program realiti berlangsung je.. abis program terus sendu.com semula

jadi kena tunggu ler program realiti lain ler pulak wokey untuk popular..
hihihi...
gegar vaganza la pulak... tp tak tahu ler tahun bila tu nak popular balik... hihi...

Lain-lain Komen

Quote zaraaqilah 14-1-2021 10:53 AM
Musim2 PKP ni duduklah ontok2 kat umah tu Usop....
Quote nanies 14-1-2021 03:54 PM
ucop ucop..
Quote debab_78 14-1-2021 03:57 PM
kesian dia ni... popular time program realiti berlangsung je.. abis program terus sendu.com semula
Quote midori_katana 14-1-2021 07:17 PM
Semoga ucop tak ada covid dan dibawa sekali ke kampung... tindakan yg tak bijak kalau sayangkan mak ayah di kampung...
Quote laksmanabentan 14-1-2021 07:22 PM
debab_78 replied at 14-1-2021 03:57 PM
kesian dia ni... popular time program realiti berlangsung je.. abis program terus sendu.com semula

jadi kena tunggu ler program realiti lain ler pulak wokey untuk popular..
hihihi...
gegar vaganza la pulak... tp tak tahu ler tahun bila tu nak popular balik... hihi...

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top