Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Pusaka Sebab Tak Dapat Wang

14-1-2021 09:01 AM Komen: 9
Berang tidak diberikan wang, lelaki membakar rumah pusaka bapanya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan di sini kelmarin.

Tindakan lelaki berusia 42 tahun itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah tersebut musnah terbakar selain sebuah rumah lain yang terbakar satu peratus.


Gambar hiasan

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.40 pagi itu adalah dua Honda CRV, sebuah Perodua Viva dan tiga motosikal serta peralatan elektrik dan perkakasan rumah yang dianggarkan membabitkan kerugian bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat isteri suspek yang mengesyaki suaminya telah membakar rumah pusaka bapa mertuanya.

Katanya, isteri suspek memberitahu ada bergaduh dengan lelaki itu dan suspek yang merupakan penagih dadah mengugut akan membakar semuanya jika tidak diberikan wang yang diminta.

Selain isteri suspek, abang kandung lelaki itu juga turut membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Dalam rakaman percakapan, abang lelaki itu mengesyaki adiknya telah membakar rumah pusaka bapa mereka kerana suspek mengaku membuat unggun api di halaman rumah dan berdekatan motosikal, katanya di sini hari ini (semalam).

Menurut beliau, pegawai penyiasat melawat tempat kejadian dan mendapati terdapat dua buah rumah dalam geran tanah sama iaitu bahagian hadapan adalah rumah pusaka bapa suspek dan pada bahagian belakang pula rumah abang kandung suspek.

Katanya, dalam kejadian itu, rumah pusaka tersebut terbakar 90 peratus manakala rumah abang suspek pula terbakar sebanyak satu peratus.

Siasatan juga mendapati rumah jiran di hadapan lokasi kejadian mempunyai liputan kamera litar tertutup (CCTV) yang menghala ke kawasan kebakaran dan telah meminta kerjasama jiran untuk mendapatkan salinan rakaman tersebut, katanya.

Tambah beliau, Bahagian forensik bomba telah hadir ke tempat kejadian dan telah mengambil sampel untuk dianalisis punca kebakaran.

Katanya, cawangan D10 IPK perak juga telah mengambil beberapa sampel untuk di hantar ke Jabatan Kimia Perak.

Suspek telah ditangkap dan akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api, katanya. 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 14-1-2021 02:34 PM
Moga lepas ni rumah pengedar celaka yg supply dadah kat hanat ni pulak terbakar

Lain-lain Komen

Quote miznora 14-1-2021 09:49 AM
Bila tak sedar macam tu lahh..
Itulah bahana dadah
Quote Supersirap 14-1-2021 09:49 AM
Kesan bahayanya kepada kaum keluarga jika ada saudara yang mempunyai masalah dadah
Quote nanies 14-1-2021 09:51 AM
pandai. skrg duit tak dapat, lokap yg dapat
Quote chenta_dewi 14-1-2021 10:30 AM
Dadah ni kes berat..xtau kenapa besepah mat pit nk bekeluarga jua..besepah kes kat grup mahkamah syariah jantan amek taik dadah ni bini lak nk becerai..
Quote uori 14-1-2021 10:57 AM
Supersirap: Kesan bahayanya kepada kaum keluarga jika ada saudara yang mempunyai masalah dadah


tak payah keluarga, jiran pun dah cukup pening. umah mak aku ni, depan belakang kiri kanan atas bawah semua ada anak penagih. tak salahkan anak sangat, tapi aku lebih salahkan makpak. yang best tu, bila dah tak dapat jaga, makpak terus gi pondok untuk belajar agama, tinggal anak penagih ni. dulu oklah makpak bagi duit, sekarang dok merayau curi barang mintak duit kat mak aku pulak. hanat betul
Quote sepiITUindah 14-1-2021 11:26 AM
Tindakan lelaki berusia 42 tahun itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah tersebut musnah terbakar selain sebuah rumah lain yang terbakar satu peratus.



1%?? ...apa benda ler yang terbakar agaknya
Quote salimrock 14-1-2021 11:40 AM
Edited by salimrock at 14-1-2021 11:44 AM
uori replied at 14-1-2021 10:57 AM
tak payah keluarga, jiran pun dah cukup pening. umah mak aku ni, depan belakang kiri kanan atas  ...

kalo report plak, tak lama pastu dia lepas balik kan?  lepas tu bermasam muka dgn family, sebab suspek jiran2 report,  dulu jiran aku pn cam tu la, tak tau sapa report, tp dia suspek jiran sebelah rumah, dah bergaduh diorang ni, tp apakan daya, buat baik berpada2, buat jahat akhirnya tupai jatuh ketanah jua...

selalu org2 cam ni, kena ikat jamin, pastu ada kes mahkamah, tp kes mahkamah pn tak pergi, sebab itu la selalu kita dgr kes seorang suspek yg mempunyai 10 kes jenayah yg masih dlm siasatan bebas...

aku tanya polis apsal tak cari je org2 yg ingkar kes mahkamah ni,

kata dia, mahkamah tak bagi warrant jd polis tak cari lah, kecuali kalo ada org report atau polis nampak dia buat kes jenayah lagi,  jd org2 mcm ni cuma tak dapat balik duit ikat jamin la,  so berhati2 la jamin org, kalo dia tak hadir mahkamah burn la duit korang,



sebab itu lah baru2 ni ada kes seorang penjenayah merentas negeri dgn selambanya,
Quote Artemesiaa 14-1-2021 11:48 AM
Kes sama berulang semua sebab penagih
Quote MarryPottet 14-1-2021 02:34 PM
Moga lepas ni rumah pengedar celaka yg supply dadah kat hanat ni pulak terbakar

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top