Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Maut, Bom Tangan Beli Di Kedai Antik Meletup

14-1-2021 08:56 AM Komen: 13
Seorang kanak-kanak lelaki di Virginia, Amerika Syarikat, meninggal dunia selepas bom tangan era Perang Dunia Kedua yang dibelinya di pusat beli-belah barangan antik meletup, kata pihak berkuasa.

People.com melaporkan, Asher Hurley, 12, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian 23 Disember lalu.

Bom tangan jenis MK2 itu dibeli mangsa di sebuah pusat beli-belah menjual barangan antik di Shallote di Carolina Utara, kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau dan Bahan Letupan kepada portal itu.

Kredit foto: People.com


Penjual dipercayai tidak menyedari bom tangan itu masih aktif ketika menjualnya kepada mangsa.

Dalam maklum balas kepada The New York Times, pusat beli-belah berkenaan memaklumkan penjual yang sama turut menjual bom tangan lain pada hari berikutnya.

Kata pengurusan itu lagi, mereka berdukacita dengan insiden yang berlaku kerana beranggapan barangan yang dijual, sudah lusuh.

Dalam siasatan lanjut, pihak berkuasa percaya ada sebutir lagi bom tangan dijual oleh penjual sama kepada individu lain, pada Jun tahun lalu.

"Kami memberi amaran kepada pembeli bahawa barangan berkenaan boleh menyebabkan letupan kepada orang awam," kata jurucakap pihak berkuasa. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote star_karat 15-1-2021 01:19 PM
Kat kedai benda tu terletak jer. Budak dpt bom goncang2, tarik pin, baling2. Meletup lah

Lain-lain Komen

Quote nanies 14-1-2021 09:50 AM
huissshh yg g beli bom pun nk buat apa. tp benarnya mmg ajal budak tu. sbb selama ni bom tu duk kat kedai antik tu, tak meletup pulak.
Quote Supersirap 14-1-2021 09:53 AM
Bahaya ya bom yang sudah lama itu  sebenar masih aktif
Quote rospinki 14-1-2021 09:56 AM
kalau tak aktif pon apa ke hey la budak tu beli bom.
yg tukang jual pun satu bodo.
Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 09:58 AM
xleh byg org yg slalu jungle tracking dlm hutan..
confirm ade lg sisa2 periuk api yg still aktif
time zaman perang dlu...
Quote grouper 14-1-2021 09:58 AM
Beli la bom main plastik...
Quote lolipopi 14-1-2021 10:02 AM
Dah nama budak2 ada la tu digodek2nya sampai kebabommmm
Quote Artemesiaa 14-1-2021 11:24 AM
Sebelum jual eloklah gi hantar periksa dulu bom tu pada pihak keselamatan.  Nampak buruk atau lusuh belum tentu dah tak aktif.  Membahayakan nyawa orang lain je.
Quote Scheherazade 14-1-2021 12:32 PM
Murah ke bom tu smpai budak 12 tahun pun mampu beli?
Quote tripleid 14-1-2021 12:37 PM
budak tu cabut pin bom tu kot sbb tu meletup
Quote acik79 15-1-2021 01:13 AM
Tak pasal2
Quote chinta89 15-1-2021 01:22 AM
Buat ape la beli...
Quote -electrifying- 15-1-2021 01:30 AM
ntah ap dia godeknya benda ala tu smpi meletop
Quote star_karat 15-1-2021 01:19 PM
Kat kedai benda tu terletak jer. Budak dpt bom goncang2, tarik pin, baling2. Meletup lah

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top