Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Artis Remaja Sekarang Ramai Yang Syok Sendiri"

14-1-2021 08:52 AM| Komen: 70

Pengarah Osman Ali mengakui buntu mencari pelakon remaja yang benar-benar serius menjadi pelakon yang bagus dan bukan sekadar teruja mengejar jumlah pengikut.

Osman berkata, industri hiburan tempatan masih kekurangan pelakon remaja berbakat dan lebih menyedihkan, segelintir pelakon yang ada pakej rupa lebih seronok mengejar populariti dan bukannya kualiti.

Osman Ali, Foto: Harian Metro

"Kalau kita tonton drama atau filem dari Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Jepun dan Hollywood, kita nampak ada ramai pelakon remaja yang berbakat dan popular memenuhi filem-filem remaja dan mereka benar-benar masih di usia remaja.

"Di Malaysia kita amat kurang pelakon remaja yang popular dan benar-benar berbakat besar. Kita ada pelakon remaja berbakat tapi hanya beberapa orang saja kalau disebut.

"Yang lain ada pakej rupa tapi tidak begitu serius mendalami ilmu lakonan sebaliknya mereka lebih seronok mempopularkan diri di laman sosial dan cuba meraih seberapa banyak pengikut. Dengan cara itu mereka fikir dapat buka peluang untuk diambil menjadi pelakon," katanya.

Kini dalam persiapan untuk melakukan penggambaran sebuah drama bersiri remaja, Osman mengakui alami kesukaran mencari calon pelakon tepat yang menepati kriteria dikehendaki.

"Buat masa sekarang sedang dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja. Apabila mencari pelakon yang terbaik untuk watak-watak utama berkenaan, seolah-olah terbuntu seketika. Kalau ada pelakon muda remaja pun ramai yang sudah berlakon dengan imej dewasa, watak suami isteri untuk memenuhi tuntutan drama cinta semasa," kata pengarah filem Ombak Rindu itu.

Terdahulu, Osman berkongsi pandangannya itu menerusi Instagram dan meminta cadangan daripada pengikutnya siapakah pelakon remaja yang benar-benar bagus ada dalam industri sekarang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 70
Komen

Previous : “Sedih Dengar Suara Anak, Isteri Dari Tingkat Bawah” -Instafamous, Hafiz Mahamad Positif Covid-19

Next       : Tak Sampai 2 Minggu Kahwin, Ayda Jebat Disuruh Bercerai Dan Kahwin Dengan Zul Ariffin!

Komen Terbaru

Quote wirazam 17-1-2021 04:16 PM
jasmeen replied at 16-1-2021 10:34 PM
dia model je kan..hari tu macam model phonr ke make up ke apa tak silap..tapi x belakon la...peran ...

Tapi jugak tgk lmk berlakon..takmau watak biasa2.. nak tgk dia berlakon jd anak org kampung yg kena siksa dgn ibu tiri dan kakak kakak tiri ..menangis hari hari..namun ada seorg anak gembala kambing yg bersimpati dgn nasibnya..satu hari dia nekad cabut lari dari rumah yg selalu menyiksa jiwa dan perasaannya..dia nekad lari ke bandar utk bekerja waktu siang dan belajar diwaktu hujung minggu dan malam utk mengambil SPM...saksikan kesudahan drama ini..hahaha..

Lain-lain Komen

Quote mat_arof 14-1-2021 09:28 AM
pelakon remaja yang bagus sekarang

Saorsie Ronan
timothee Chalamet


hahahaha

malaysia ada ke pelakon remaja yang bagus?
Quote sokmogitu 14-1-2021 09:29 AM
pelakon baru syok sendiri atau kau yang syok sendiri? pelakon2 baru lelaki ramai betul kerumun pengarah ni.. muka sekor2 bajet Remy Ishak je taste dia. bini kat rumah tak curiga ke?
Quote MsCinderella 14-1-2021 09:35 AM
mat_arof replied at 14-1-2021 09:28 AM
pelakon remaja yang bagus sekarang

Saorsie Ronan

depa berlakon cter apa tu
Quote nanies 14-1-2021 09:48 AM
mat_arof replied at 14-1-2021 09:28 AM
pelakon remaja yang bagus sekarang

Saorsie Ronan

hahahha sweet qistina - bidadari salju. hahahhaa nyampah aku tgk citer tu. keras cam kayu berlakon
Quote Redmyvi 14-1-2021 10:16 AM
Industri filem kita mmg ramai yg syok sndiri.. tengok jela cerita2 yg terhasil..
Quote Zirara99 14-1-2021 10:19 AM
Sebab tu la cerita “remaja” budak sekolah ambil pelakon 30an, 40an sarung baju sekolah ek? Sebab tk ada yg bagus? Gitu ke alasannya?
Quote Themilo 14-1-2021 10:40 AM
Motif tak kenal Cik B yang gah & mahsyur sekarang..
Quote beatgirlX 14-1-2021 01:59 PM
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas
Quote ilya 14-1-2021 02:33 PM
Salah korang juga.
cari dak dak tik tok, dak dak IG jadi retis. Rasain loorr
Quote Mulotkoyak 14-1-2021 03:27 PM
Usah risau amik je cik b tu...
Quote LembingDayanti 14-1-2021 03:45 PM
yg bagus berlakon semuanya bermuka buruks. dah kau nak sgt amik  anak ikan handsome belakon dlm produksi kau mmg syok sendiri le dia org ingat kau amik dia sebab dia feeling bagus... what do you expect.
Quote sleepandream 14-1-2021 04:01 PM
iols rasa ramai je bbnu yg berbakat...
iols aritu tengok cite butak...
bagus budak yang jadi buntat tu belakon... walaupun muka nan hado tp lakonan heols bagus yach
Quote lavendernovella 14-1-2021 04:44 PM
mat_arof: pelakon remaja yang bagus sekarangSaorsie Ronantimothee Chalamethahahahamalaysia ada ke pelakon remaja yang bagus?


Shersha tu acting mmg power ... mula2 tgk dia berlakon Lovely Bones. Sedih citer tu ...  tak sampai level pengarah malaysia. Kikiki...
Quote Nozot 14-1-2021 10:51 PM
beatgirlX replied at 14-1-2021 01:59 PM
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas

kan..best..ada dapat anugerah kan
Quote Hoola 14-1-2021 10:59 PM
Pelakon, pnnnyi bbnu sekrg..
20thn mndtg,agak2 siapa yg bakal bytaraf lejen
Spt artis2 pioneer,senior tdahulu

Sekian.
Quote TerataiMelur02 14-1-2021 11:39 PM
nanies replied at 14-1-2021 09:48 AM
hahahha sweet qistina - bidadari salju. hahahhaa nyampah aku tgk citer tu. keras cam kayu berlakon ...

Tajuk pun tak agak2.. Bidadari salju.
Bidadari je pun tak terjangkau dek akal cantiknya d tambah lagi salju tapiiii sedih hauss pelakonnya.

Tak kira la kiasan ke apa.. Jangan la guna perkataan bidadari.
Quote no_el 14-1-2021 11:51 PM
TerataiMelur02 replied at 14-1-2021 11:39 PM
Tajuk pun tak agak2.. Bidadari salju.
Bidadari je pun tak terjangkau dek akal cantiknya d tambah  ...

Kan. Dgn katiknya. Ade hati jadi bidadari. Tajuk xbleh bla cite ni.
Xselera nak tgk
Quote sugarlovebutter 15-1-2021 12:32 AM
beatgirlX replied at 14-1-2021 01:59 PM
Aku suka pelakon SMK..klakar dan nampak ikhlas

Die ni sape?
Quote SkinnyLejen 15-1-2021 07:12 AM
lavendernovella replied at 14-1-2021 04:44 PM
Shersha tu acting mmg power ... mula2 tgk dia berlakon Lovely Bones. Sedih citer tu ...  tak sa ...

Yes byk gak oscar nominees yg si cerca ronan tu dapat. Si 'timoti al yahudi al buah peach selamat' tu pun boleh tahan lakonan... pandai acting...

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top