Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PKP Mungkin 4 Minggu, Kata KP Kesihatan

14-1-2021 12:01 AM Komen: 123




PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu.

Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik.

Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu, katanya pada sidang media.

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini,

Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata, KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad ICU yang semakin hari bertambah jumlah pesakit, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini, katanya.

Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangkiti virus itu manakala bakinya adalah warga asing, katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularan dalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif.

Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal, katanya.



Sumber : Freemalaysiatoday

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 123
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pu3_rania 16-1-2021 01:04 PM
kimsa-ra replied at 14-1-2021 03:10 PM
Yg menyumbang covid ni kilang2 / tempat kerja wpon ada gejala/close contact/patut kuarantin tp majik ...

Bila aku baca article ni buatkan aku semakin gerammm
https://www.malaysiakini.com/news/559181

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 14-1-2021 12:04 AM
Dah leh agak dah
Quote anony-mous 14-1-2021 12:10 AM
Mau lebih dari tu. Xkn 4 mggu punya. Mkn pasir je la
Quote mbhcsf 14-1-2021 12:15 AM
aah aaaaaa AAAAA dah agak dahhhhhhh.....hehehehehe....pandai netizen...kan. mustahil 2 minggu aje kan bial kita dengar , ...ni dah kata 2 minggu lagi.
Quote AbukRokok 14-1-2021 12:18 AM
200 kes  pkp 3 bulan
3000 kes 1 bulan?
Quote slavehunter 14-1-2021 12:18 AM
angan angan aku by Feb or March tahun ni dah ada ditepi pantai Cheweng noi boleh la  bungkus ikat mati.....
Quote slavehunter 14-1-2021 12:19 AM
Edited by slavehunter at 14-1-2021 12:21 AM
anony-mous replied at 14-1-2021 12:10 AM
Mau lebih dari tu. Xkn 4 mggu punya. Mkn pasir je la


Yang berniaga pasar malam kesian. Pasar tak boleh kann. Ada kata sampai 12 weeks sebab nak flatten curve sebelum May.
Quote silencekiller 14-1-2021 12:33 AM
Cukop kaa 4 weeks tu? tambah laa sampai betul2 kes jadi zero kan... baru laa best pakat ramai2 berlapaq demi c19 yang golongan meninggal tak sampai 1% pun + majoriti ada penyakit kronik... ntah2 meninggal sebab penyakit kronik kebetulan +ve... teruih label sebab c19 ...

Harap2 DG p nasihat PM tuu.. lanjutkan sampai kes jadi 0 atau bawah 10 ..
Quote kuzaime 14-1-2021 12:39 AM
Aku stay selangor. Dah berbulan terbiasa dah dr pkp, pkpp, pkpb sampai ke pkp balik cuma pkp kali ni rasa lega sikit sebab boleh bekerja.
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:56 AM
Ada ke bezenya kilang yg ada kes beribu2 pun keje lg tiape ari. Bukannya dorm tiba2 jadi madter bedroom ada bilik air.

Belum lg penjara tu dik non dag setaun sop tak check ke?

Yg construction tu rumah kongsi ada ke perubahan?

Akak pelik tak dengar pulak kluster restoran selain sivangga dah berbulan dah.  Kalau 2, 3 org kena covid tu ok la lagi agaknya kat opis akak pun dah brp org dah
Quote zehra2 14-1-2021 01:06 AM
ntah ler. aku cuma nk pergi skolah. mengajar dlm sistem yg betul..
pdpr tu berkesan 2 % je

sekurang2 abiskan spm2020.
tk nk ler berhutang dgn budak.
jadi 19hb ni  pendaftaran on.
Quote cha-cha 14-1-2021 01:29 AM
Selagi pekerja sekilang/construction tinggal berhimpit-himpit tidur setilam sebantal, jangan harap ler nak covid sifar. Kosser.
Quote pyropura 14-1-2021 01:58 AM
Alang alang buat sampai.Ogos terus lar kan senang. Kes akan mencanak naik juga nanti, sebab puak kayangan Vip mana ada Pkp pkpp ppkkp bagai semua tuh.
Quote -electrifying- 14-1-2021 02:13 AM
agk dh, mustahil dpt kurangkan kes dlm 2 mgu je
Quote Nana_Man 14-1-2021 06:34 AM
zehra2 replied at 14-1-2021 01:06 AM
ntah ler. aku cuma nk pergi skolah. mengajar dlm sistem yg betul..
pdpr tu berkesan 2 % je


Kak angkat i ada 2 org anak yg nk amik SPM tahun ni.  Yang sorang patut untk tahun lepas.Stress berganda.
Quote domestobot 14-1-2021 07:13 AM
so kata lah nanti majoriti rakyat Malaysia dah dapat vaksin Covid. pastu kalau ada peningkatan kes Covid jugak, masih kena PKP lagi ke?
Quote krustykrab 14-1-2021 07:40 AM
Tercapai la hajat golongan yg suka pkp lama2
Untung sapa tak nak, duk rmh berbulan2 tak keje tp gaji masyuk...tak gitewww
Quote me12345 14-1-2021 08:00 AM
domestobot replied at 14-1-2021 08:13 AM
so kata lah nanti majoriti rakyat Malaysia dah dapat vaksin Covid. pastu kalau ada peningkatan kes C ...


Vaksin ni bukan lps injection terus kebal..sistem badan ambik masa ...lps tu tgk juga badan setiap org tu mcm mana..setiap org cara hidup dan kualiti makanan yg di makan tak sama...jd dah ambik vaksin pun mesti jaga SOP sementara tu..lgpun pun vaksin ni dua kali..ada jarak dia..banyakkan membaca...so yg penting time pkp ni lah jaga diri
Quote domestobot 14-1-2021 08:08 AM
me12345 replied at 14-1-2021 08:00 AM
Vaksin ni bukan lps injection terus kebal..sistem badan ambik masa ...lps tu tgk juga badan seti ...

ya betul jugak kan. bukan dengan cucuk vaksin terus dapat immunity. patut la ada dua kali suntikan ok lah next question, kalau majoriti rakyat Malaysia dah imun dengan covid, tapi masih juga kes naik, masih lagi kena PKP ke tidak? sebab kerajaan takde maklumkan apa jadi seterusnya lepas dapat vaksin. setakat yang aku tau la.
Quote LadyCarefree 14-1-2021 08:26 AM
Edited by LadyCarefree at 14-1-2021 07:27 AM

6 minggu la minimum. Kalau perlu 3 bulan direct whole malaysia.

Tapi border tu betul2 tutup la. Kenapa bersepah foreigner youtuber lek je dalam negara? Segala konon model dn pelakon asing pon lek je kat sini. Industri hiburan ni mudah ke dapat work permit?

Lihat semua komen(123)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top