Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Cikgu Pun Stres Sampai Gantung Kain Rentang Minta Pindahkan Pengetua Mental

15-1-2021 08:15 AM Komen: 163

Setiap latar belakang kerjaya tidak dapat lari dari tekanan kerja termasuk lah guru di sekolah.

Lazimnya, para guru terkenal dengan sikap sabar dan penyayang kerana bukan mudah menghadapi 1,001 perangai murid sekolah dan sudah pasti mereka juga mempunyai sikap rasional sesama rakan sekerja jua.

Jarang sekali kita lihat protes para guru di negara kita, tapi lain pula ceritanya dengan guru-guru di SMK BB Seri Petaling seperti dikongsi pengguna akaun Twitter ini.



Berdasarkan kain rentang itu, para pendidik di sekolah berkenaan menggelarkan Puan Pengetua Norwaja Binti Nordin sebagai 'pengetua mental' dan menggesa pihak atas memindahkan segera pengetua itu.

Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warga maya termasuk bekas pelajar pengetua itu sendiri.


Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1


Salah guna kuasa pengetua/guru besar memang wujud

Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1


Kenapa tak bersemuka sebelum gantung banner?

Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1


Nak timbulkan kontroversi ke?

Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1

Jika difikirkan, siapa yang sanggup untuk bekerja dalam persekitaran toksik? Manusia toksik di tempat kerja bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana mereka adalah golongan pembuli mental dan fizikal yang boleh dikatakan profesional. 

Malah, dalam diam mereka membunuh mental dan kemampuan orang lain. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 163
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote emera 18-1-2021 06:15 PM
amira_adlina replied at 17-1-2021 01:28 AM
-kuat maki hamun dan suka doa bukan2 kpd bdk, cikgu dan semua warga sekolah
- penderaan emosi bil ...

Hadap laaa.. sendiri perangai x senonoh.. org keliling dia boleh jd gila sbb dia..

Lain-lain Komen

Quote kikuri 15-1-2021 08:38 AM
pastu bila tukar sekolah lain... cikgu sekolah tu pulak stress... camno?
Quote Knowlee 15-1-2021 08:39 AM
Hahaha... Ni gantung banner ni maknanya dah taktau nak buat apa lagi dah. Yg suruh face to face bagai tu, sejenis tak reti nak letak diri dalam masalah orang lain. Lebih diam daripada sibuk nak bagi komen. Yg melalui tu tahulah rasa teruk macam mana. Yg pernah kerja dgn bos gila saja faham benda gini.
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 09:08 AM
kenapa gantung banner? tak bawa isu ke PPD/KPM ka?
Quote syamzana 15-1-2021 09:25 AM
EvieWanKenobi replied at 15-1-2021 09:08 AM
kenapa gantung banner? tak bawa isu ke PPD/KPM ka?

mesti la dah guna saluran betul tapi tak diambil tindakan la kot.entah2 dah byk kali. takdenya cikgu2 tu tup2 terus nak naikkan banner. skrg ni kalau viral baru la dapat perhatian sikit.

p/s: i bukan cikgu ya. tapi faham la kalau dpt sejenis bos sewel camni
Quote Guccibamboo 15-1-2021 09:28 AM
EvieWanKenobi replied at 15-1-2021 09:08 AM
kenapa gantung banner? tak bawa isu ke PPD/KPM ka?

Dah bawak tp x berkesan lah tu....xde siape nak viralkan bende mcmni...tp kalau dh x jd langkah2 sepatutnye...diaorg wat la camni
Quote Guccibamboo 15-1-2021 09:29 AM
Pengetua mental mmg wujud ...cikgu mental pun mmg wujud....suri rumah mental pun wujud...acik2 jual pisang goreng pun boleh mental...sesape je boleh jd mental
Quote cepheid 15-1-2021 09:31 AM
Kesiannya. Bos yang zalim memang akan buatkan ko suffer habis-habis. Sebab dia orang besar senang saja convince kan orang bawahan yang salah bukan bos. Mana-mana tempat kerja memang ada macam ni
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 09:31 AM
tq kaka @syamzana @Guccibamboo for pencerahan..

jangan marah.. i tanya aje tau..
Quote sarahmirza 15-1-2021 09:32 AM
EvieWanKenobi replied at 15-1-2021 09:08 AM
kenapa gantung banner? tak bawa isu ke PPD/KPM ka?

Mungkin dah ikut saluran yang betul tapi kadang2 sebab kau org biasa, org yang kita komplen tu org luar biasa......maka abaikan je komplen kau tu..

Begitulah....

I tak side mana2 pihak...tak adil nak percaya pengetua tu memang mental.. Entah2 pengetua tu sejenis komited pada kerja dan very punctual tapi majoriti cikgu sekolah itu jenis cikgu hujung bulan dapat gaji je.... Siapa tau?
Quote haruslah 15-1-2021 09:32 AM
Guru kencing berdiri.....
Murid kencing berlari
Nanti anak murid pulak viral cikgu 'mental'
Quote zach2008 15-1-2021 09:32 AM
Ada je jenis2 gb atau pengetua yg Gila. Nak mama Naik, tp tanpa sedar menindas org lain.
Takkan wujud f2f pun.. sebab lepas tu nanti mmg akan kena la guru2 tu. Paling susah kalau mereka pun ngam dgn PPD
Quote mizzmimi 15-1-2021 09:33 AM
ADA sesapa tahu ke apa yang berlaku? Anyone? Kengkadang staff/cikgu dah tak tahan sangat report tak jadi apa, kasi viral je. Baru tindakan pantas & tuntasss
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 09:34 AM
sarahmirza replied at 15-1-2021 09:32 AM
Mungkin dah ikut saluran yang betul tapi kadang2 sebab kau org biasa, org yang kita komplen tu org ...

tulah.. kita pun tak tau keadaan sebenar
di sekolah tu..

nak tau juga apa komen pengetua atas
dakwaan banner tu..
Quote faraway1 15-1-2021 09:35 AM
Pengetua tu buat apa sampai dibenci sekali
Quote isseliparjepun 15-1-2021 09:37 AM
I faham aja perasaan mereka berada di bawah ketua jabatan yang tak mahu memahami orang bawahan. I rasa mereka dah jumpa bersemuka, bawa ke pihak atasan juga ni. Kalau tak, takkanlah sampai gantung kain rentang begini. Mungkin pihak atasan pun menyebelahi pengetua itu la agaknya. Bersyukurlah jika anda ada ketua jabatan/boss yang baik dan adil.
Quote MadameOnion 15-1-2021 09:40 AM
aku suka tweet yang terakhir tu..benda dah viral baru nak take action
Quote star_karat 15-1-2021 10:22 AM
Pernah satu kes kat melaka dorang santau principal pompuan mental. Dah lah andartu, jenis bentak2 kat cikgu2. Regulation tak masuk akal.  Sekali kena santau. Tah sapa punya kerja. Biol sampai sekarang. Duduk dlm bilik jer.  
Quote jalfa 15-1-2021 10:25 AM
Tak professionalnya cikgu esok jgn marah kalao murid gantung banner suruh cikgu yg dia x suka berambus
Quote izwan_izi 15-1-2021 10:36 AM
Menjadi guru yg baik terhadap murid tak semestinya mampu menjadi pengetua yg baik kepada cikgu2 / pentadbiran sekolah..

Lihat semua komen(163)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top