Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Buat Tatu Tapi Tak Bayar! Lelaki Diikat Pada Pokok Dengan Badan Dibalut Plastik

13-1-2021 08:48 AM Komen: 4
Gambar seorang lelaki dibalut plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar tatu dibuatnya, tular di media sosial Vietnam.

Lebih malang, kejadian itu berlaku ketika negara itu sedang berdepan 'musim sejuk' dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius.

Oddity Central melaporkan ketika kejadian, beberapa individu melihat seorang lelaki muda, tidak memakai baju dan hanya memakai topi keledar basikal.

Tubuhnya dibalut dengan plastik dan diikat pada pokok dengan kertas yang bertulis 'saya benci membayar tatu.'

Foto: Oddity Central

Gambar lelaki itu disiarkan di media sosial dan menjadi viral.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dikenali sebagai NQT mengaku sebagai artis tatu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Dalam catatan media sosial, pemilik kedai tatu menjelaskan lelaki dalam gambar itu hanya menyelesaikan sebahagian daripada wang khidmat mencacah tatu.

Rakannya berjaya menangkap lelaki itu dan membawanya ke kedai kemudian mahu memberinya pengajaran.

"Pemuda ini membuat tatu di tangannya, tetapi melarikan diri dan mengelak saya sehingga hari ini.

"Oleh itu, kami menanggalkan bajunya, membungkusnya dengan plastik dan mengikatnya di pokok sebagai hukuman," kata lelaki itu.

Tidak jelas berapa lama 'seksaan' dilalui lelaki itu, tetapi pemilik kedai tatu itu mendakwa dia kasihan dan akhirnya memutuskan untuk membebaskannya.

"Dia tidak mempunyai wang untuk membayar, tetapi saya memaafkannya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nanies 13-1-2021 10:11 AM
hahahhaha ni nama nya acah2 nk buat tatu supaya di anggap gangster. rupanya gangster kampung.. kihkihkih

Lain-lain Komen

Quote merrissa 13-1-2021 09:29 AM
lain kali cacah sendiri
Quote royaldanish 13-1-2021 09:32 AM
hahahaha padan muka..
Quote any42 13-1-2021 09:38 AM
Tattoo dh nk pnuh badan ingatkn mmpu mlawan, skli kna ikat kt pokok daaaa
Quote nanies 13-1-2021 10:11 AM
hahahhaha ni nama nya acah2 nk buat tatu supaya di anggap gangster. rupanya gangster kampung.. kihkihkih

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top