Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Saiz Makin Kecil Tapi Kerang Makin Mahal

12-1-2021 04:40 PM Komen: 27
Tidak mustahil dalam tempoh dua tahun lagi hidangan istimewa char kuetiau kerang, kerang bakar, rendang kerang atau sambal kerang hanya 'tinggal nama' jika kepupusan spesies kerang darah (Tegillarca granosa) tidak diatasi.

Trend kemerosotan sumber makanan laut ini kian ketara apabila harga kerang darah semakin mahal manakala saiznya semakin mengecil berbanding beberapa dekad lalu.


Gambar hiasan
Kredit foto: Harian Metro

Mengambil perbandingan 10 tahun lalu, sekilogram kerang boleh dibeli pada harga RM3 sekilogram namun kini harganya melangkau hingga RM18 sekilogram. Ia dianggap harga paling mahal dalam sejarah.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Azimah Jumatli berkata, pihaknya menyedari isu ini dan keluhan pengguna susulan kenaikan harga kerang yang dianggap tidak munasabah.

Beliau berkata, kecurian dan pencemaran laut juga antara faktor yang tidak boleh dielakkan apabila membabitkan hayat haiwan bercengkerang itu.

"Wujud aktiviti mengutip benih kerang secara haram sebelum diseludup ke negara jiran terutama Thailand berikutan negara itu tidak memiliki spesies kerang darah.

"Oleh itu, kami mohon dengan kerajaan negeri memperkasakan penguatkuasaan kami dengan peralatan yang sesuai.

"Jabatan ini juga sudah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang nelayan perlu mendapat permit atau lesen dari Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam jika mahu mengutip hidupan ini. Hanya kerang bersaiz melepasi 4 milimeter dibenarkan untuk dikutip.

"Selepas diluluskan, barulah nelayan boleh mengutip benih kerang ini dan kebiasaannya, mereka akan bawa bersama kad nelayan mereka," katanya.


Sumber: Harian Metro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote xLillyx 14-1-2021 03:48 PM
Iols suka nasi lemak kerang je

Lain-lain Komen

Quote ifanonline 12-1-2021 04:41 PM
mungkin perlu beli kerang tua yg lebih murah
Quote drivethru 12-1-2021 04:44 PM
Betul tu. Aritu makan sepiring rm10. Sbb anak nak makan, beli jugak lah.
Quote Belibis 12-1-2021 04:45 PM
ifanonline: mungkin perlu beli kerang tua yg lebih murah

Kerang tua dah takde value boss..less 80% pun belum tentu laku.
Quote LadyCarefree 12-1-2021 04:45 PM
Kerang berbulu mahal tak? iols xmakan kerang.
Quote genUmi 12-1-2021 04:57 PM
awas pemakan kerang


kerang ni bahaya ya boleh kumpul logam berat dalam badannya bergantung di mana dia diternak


kalau ternak dekat kawasan industri, nasihat saya x yah makan


elok la mahal


https://www.sinarharian.com.my/a ... icemari-logam-berat
Quote sarah82 12-1-2021 05:13 PM
Bila orderr kuetiau ja aku makan kerang
Quote krustykrab 12-1-2021 05:15 PM
Mujur aku x minat mkn kerang...kuis2 kt tepi je bila nmpk
Quote nazsh 12-1-2021 05:18 PM
ada kerang tu vip sanggup nak beli 32k..tapi tuan punya kerang takmo jual ada trbaca kt mana ntah..
Quote exclusive_vvip 12-1-2021 05:21 PM
nazsh replied at 12-1-2021 05:18 PM
ada kerang tu vip sanggup nak beli 32k..tapi tuan punya kerang takmo jual ada trbaca kt mana ntah..

oh...dia tgh tggu harga up lagi kot..
Quote Redmyvi 12-1-2021 05:37 PM
Lama tak makan kerang.. selalu mkn dgn charkueyteow jaa.. nak beli buat masak sndiri alahai malasnya..
Quote Orix 12-1-2021 05:52 PM
kerang dah siap kopek dekat pasaraya Segi kampung iols mur mur jah chuols... dah la siap kopek, bersih pulak tu.... masak mee kari haritu hambek kau selambak kerang dalam kuah so sedappp
Quote ajinomotonosuga 12-1-2021 06:32 PM
genUmi replied at 12-1-2021 04:57 PM
awas pemakan kerang



Depa agen cuci laut..mcm babi ejen cuci darat..Allah swt maha bijaksana

Yahudi ortodok tk mkn mkn laut yg cengkerang..ada shell..ketam udang kerang oysters..syiah pun gitu

Nk mkn buleh tp jgn bnykkk...kerang tu tarik plumbum n toksik dlm laut..so laut bersih..tak la haram tp tak gak di galakkan

Susah buah pinggang nk.cuci teruk..problem nnti so jaga2 seafoods ni
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2021 06:46 PM
Syiah pun banyak yang haramkan makanan laut ni.

Quote ~boolean 12-1-2021 07:03 PM
Aku beli kerang siap kopek, lagi murah walaupun kadang2 ragu2 kot2 lah kerang kopek ni bercampur dengan benda2 lain tapi ditambah perasa kerang

Nak beli kerang besar kewangan tak mengizinkan...tengok orang lain beli kerang, beli udang galah terasa kerdil sangat berbanding ummah kayangan..
Quote Tinot7 12-1-2021 07:35 PM
Lama tak makan kerang.. nak pekena ckt ka mi kari ka, esok dah pkp.. potong betul
Quote dizekni 12-1-2021 08:20 PM
Kerang russia paling mahal katanya

sedap sangat ka
Quote Normabaru 12-1-2021 08:23 PM
Alang2 mahal.. tuka la makan sipot plak.. Rasa still sama
heheh
Quote batu kikir 12-1-2021 08:56 PM
Ada orang kata kerang Afrika tiada tandingannya.
Quote jari10 12-1-2021 09:06 PM
Hanya kerang bersaiz melepasi 4 milimeter dibenarkan untuk dikutip.

4mm? So 5mm boleh kutip laa..? Biar benar?

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top