Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

“Saya Akan Seimbangkan Antara Lagu Cinta Dan Dakwah,” -Haqiem Rusli Kejar ‘Saham’ Akhirat

12-1-2021 11:30 AM| Komen: 8

Setelah meraih pelbagai kejayaan dan penghargaan sepanjang tahun lalu, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia akan terus menghasilkan karya muzik yang lebih berkualiti selain dapat memberikan manfaat buat pendengar.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia merancang untuk memberikan keseimbangan dalam ciptaan lagu yang tidak hanya tertumpu kepada kisah berkaitan cinta dan air mata.

Foto: mStar Online

"Saya tidak nafikan di Malaysia kalau nak dapat jumlah tontonan tinggi, kena buat lagu cinta atau lagu putus cinta.

"Saya akan cipta juga lagu-lagu sebegitu tapi akan cuba seimbangkan dengan lagu-lagu lain yang lebih menerapkan unsur positif dan dakwah.

"Macam sebelum ini, saya dah pernah buat lagu Jatuh Bangun dan Adlina Marie... semua yang bawa mesej baik dan positif.

"Saya cuba nak ke arah itu, sekurang-kurangnya dalam lagu ciptaan saya itu nanti akan ada saham untuk saya bawa ke sana (akhirat) kelak," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai kebangkitannya sepanjang tahun lalu apabila berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) dan Top Top MeleTOP Lelaki menerusi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), Haqiem hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas penghargaan tersebut.


"Penghargaan dan anugerah yang saya dapat ini memang sangat besar untuk anak muda seperti saya. Allah bagi rezeki yang tak dijangka akan berlaku dalam hidup saya.

"Bagi saya, ini juga satu kebangkitan untuk anak muda lain yang mana karya-karya kami sudah semakin diterima ramai, contohnya seperti Yonnyboii dan Zynakal.

"Kami ingin tunjukkan yang kami pun ada potensi untuk keluarkan lagu-lagu berkualiti demi membangunkan industri muzik tanah air," ujarnya.

Dalam pada itu, Haqiem kini tampil dengan single terbaharu, Mimpi yang turut menjadi runut bunyi (OST) drama Bidadari Salju lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Terkinja-Kinja Menari, Netizen Minta Ain Edruce Jaga Kandungan

Next       : "Hanya Kerana Aku Berpakaian Wanita..." - Sajat Mengaku Tukar Jantina?

Komen Terbaru

Quote tuntasha 13-1-2021 06:04 PM
Ulang alik news pasal ni je.
Kata tahun ni nak kawin kan ngan Anis Sofea. Tunang lah dulu dik.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 12-1-2021 12:01 PM
Dah hampir kedut atas bawah pun masih lagi guna nam asweet ke pompuan?????
Quote husna_amal 12-1-2021 12:19 PM
Budak haqiem ni dah sama level bts. Tak boleh dikecam nanti ada peminat fanatik muncul.
Quote selyusi 12-1-2021 03:14 PM
husna_amal: Budak haqiem ni dah sama level bts. Tak boleh dikecam nanti ada peminat fanatik muncul.


Plot twist heols sendiri peminat fanatik itu
Quote makadek 12-1-2021 03:19 PM
Knpa aku rasa dekqq lala ni kuat naa propaaa
Quote LadyCarefree 12-1-2021 03:45 PM
Nasib xdepresi baca komen kt sini ya dik qiemkepampropa
Quote slyfynx 12-1-2021 04:10 PM
Ntah la.
Maybe sbb aku dah tua kot...
Tp mcm lantak ko la kiki lala oi
Quote espri6006 12-1-2021 04:15 PM
abang minat je dia ni dik, lagu2 dia pun boleh tahan. Semuga Ridzwan Haqiem akan lebih berjaya.
Quote tuntasha 13-1-2021 06:04 PM
Ulang alik news pasal ni je.
Kata tahun ni nak kawin kan ngan Anis Sofea. Tunang lah dulu dik.

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top